Hakikat menurut Al-Quran, kafir itu takut mati dan muslim itu mahu syahid tetapi Syaitan dan Iblis laknatullah yang menyamar menyerupai manusia itu berjaya mempengaruhi kafir sehingga menghadirkan hampir 1000 tentera. Abu Jahal bakal mengadakan pesta arak dan tarian ronggeng wanita seksi di medan Badar kerana dia amat berkeyakinan pasukannya yang hebat dan kuat itu pasti menang. Allah bantu tentera muslim kerana mengetahui hati mereka semua yang ikhlas bertawakal pada Allah dan kesemua muslim di medan perang Badar itu tiada langsung sifat riak, angkuh dan bersih dari sebarang dosa.
Semasa perang, Allah menjadikan penglihatan mata manusia 313 mukmin itu kelihatan seperti 2000 orang manakala kafir yang 950 seperti 70. Demikianlah kekuasaan Allah Yang Maha Esa. Serentak dengan itu, turun bala tentera malaikat JibrilNya dari langit. Iblis yang berjuang bersama kafir Mekah cemas apabila ribuan malaikat membantu Rasulullah dan kemudian Iblis beritahu sekalian kafir Mekah. "kamu semua perang lah, aku cabut dulu.." kemudian Iblis memberitahu dirinya. Abu Jahal dan tenteranya tidak mengenali Allah, tetapi aku sangat mengenali Allah dan sesungguhnya sekiranya Allah berkehendak tiada siapa dapat menghalang. Allah mengakhiri perang Badar dengan berfirman barang siapa bersungguh percaya Aku maka dia akan menang sekiranya tidak di dunia tetapi menang di akhirat. Lihatlah wahai Muhammad, saksikanlah roh dari jasad kafir yang telah mati itu diazab hina dengan tongkat besi sambil dicaci herdik roh keji mereka oleh Malaikat MautKu.
No comments:
Post a Comment