- Mimpi diikat merupakan mimpi baik kecuali diikat pada leher.
- Mimpi gangguan syaitan seperti mimpi kena tindih atau dihempap atau dicekik atau mimpi pelik seperti bertukar-tukar lokasi, mimpi jumpa kawan-kawan kemudian menjadi kanak-kanak kemudian menjadi binatang kemudian menjadi binatang berbisa nak gigit.
- Mimpi jenis ketiga ialah mimpi keinginan yang kuat untuk mendapat sesuatu.
Mimpi jumpa RasulullahSAW merupakan anugerah Allah. Mimpi melihat ahli keluarga yang telah meninggal dunia memakai pakaian putih merupakan berita baik.
Mimpi syaitan ialah syaitan berpakaian hitam bertenggek di sebelah kiri kita kemudian mengusik memimpikan pergaduhan, pertelingkahan dan pembunuhan. Cara mengatasinya ialah bangun terjaga dari tidur kemudian menghalau syaitan seperti menghembus atau meludah tanpa air liur 3 kali disamping mengucapkan doa berlindung dari syaitan yang direjam. Kemudian digalakkan tunaikan sunat 2 rakaat sebelum kembali tidur. Mimpi hanya boleh diceritakan kepada orang rapat terdekat yang boleh dipercayai Hadis Sahih AtTirmizi ini Disokong Sahih Muslim & Sahih Al-Bukhari
No comments:
Post a Comment