Nota Cinta

Wednesday, February 27, 2002

Al-Anfal 8:27-51 Perang Khandak, Badar

Pengajian kitab Nurul Ihsan jilid 2 ms 121 tafsir Al-Anfaal 8:27-40 23/2/02 Ust Shamsuri. 
Sahih Muttafakuhn Alaigh Itban ra sabda Nabi saw. Ucapan 2 kalimah syahadah tidak akan disentuh api neraka. HR AtTirmizi sabda Nabi saw. Menafikan berita jatuhkan maruah seseorang akan dielakkan api neraka dari kena padanya. 

27-2-02 Sahih Bukhari Ibni Omar ra sabda Nabi saw. Sekiranya manusia tahu bahaya berseorangan keluar malam maka tiada manusia keluar malam berseorangan.
HR Abu Daud & AtTirmizi sabda Nabi saw. Sebaik-baik musafir ialah sekurang-kurangnya 4 orang. Sebaik-baik kumpulan ialah 400 dan sebaik-baik pasukan tentera ialah 4000 atau lebih. Sekiranya pasukan tentera itu ada 12,000 orang, tidak mungkin mereka dapat dikalahkan.
Sahih Muttafakuhn Alaigh sabda Nabi saw. Jangan masuk tempat yang telah diazab Allah melainkan masuk dalam keadaan menangis. Sekiranya tidak dapat menangis apabila lalu maka lebih baik jangan lalu agar bencana ke atas mereka yang lepas tidak kena ke atas kamu. Kaum Samud ini tahu dengan bantah pesan Nabi mereka, mereka akan kena bala bencana tetapi mereka tetap bantah. Bantah mereka ini adalah perbuatan zalim diri sendiri.

An-Anfal (8)

8:1-26

Kesilapan Abu Lubabah pecah amanah kemudian bertaubat 
YAHUDI LANGGAR KONTRAK SOSIAL 


8:27-29 Di dalam pemerintahan Islam Madinah terdapat sebuah perkampungan besar kafir yahudi dari suku Khuraizah. Salah satu kontrak perjanjian penduduk antara Muslim dan bani Khuraizah ialah tidak membantu musuh ketika Islam diserang. Ketika perang Khandak, suku yahudi ini belot dan mungkir janji dengan bergabung dengan tentera kafir musyrikin Mekah yang datang menyerang Muslim Madinah. Salman Al-Farisi mencadangkan membuat perangkap parit sekeliling Madinah memandangkan musuh sekitar 12,000. Ketika peperangan, Allah menanamkan rasa takut Abu Sufyan dan tentera kafir Mekah sehingga mereka berundur sepenuhnya. Selepas perang, malaikat Jibril memberitahu Rasulullah SAW tentang pembelotan yahudi Madinah. Abu Lubabah telah menghianati amanah jurucakap muslim dengan kesilapan mesejnya menyebabkan yahudi Madinah tidak menyerah diri. Abu Lubabah kemudian bertaubat menambat dirinya di tiang masjid. Pada masa yang sama penduduk yahudi kafir Madinah yang enggan menyerah dihukum bunuh dan harta benda mereka dirampas. Taubat Abu Lubabah diterima Allah kerana Abu Lubabah seorang yang takut kepada Allah. Allah akan gugurkan kesalahan dan Allah akan mengampuni kerana Allah saja yang boleh memberi nikmat pada manusia. 
Kisah Hijrah Nabi saw. 
8:30 Ketika kafir Mekah mengadakan mesyuarat tidak puas hati dengan Nabi saw, Iblis merupai Syeikh Najad menyokong pendapat Abu Jahal meminta para pemuda dari setiap suku menetak Muhammad saw. Mala'ikat Jibril meminta Nabi saw hijrah ke Madinah melalui perjalanan sukar supaya mengajar umat Muhammad di hari kemudian akan strategi sekiranya Islam belum kuat untuk bersemuka dengan musuh. Nabi saw membacakan ayat Quran lalu debu yang ditiup menidurkan para pemberontak yang sedang mengepong rumah baginda. 
8:31 Kafir Quraisyh mengatakan Quran itu kisah dongeng.
8:32 Kafir berdoa meminta pada Allah supaya turunkan hujan batu sekiranya Quran itu betul.
8:33 Allah tidak akan turunkan bencana apabila tempat tersebut masih ada utusan Allah dan Allah masih beri peluang agar mereka bertaubat di hari kemudian. 
8:34 Kafir tidak layak jaga masjidil haram kerana mereka tidak menunaikan solat. 
8:35 Kafir hanya tahu buat bising apabila muslim beribadah. 
8:36 Sedekah kafir tiada pahala sekiranya tidak Islam.  
8:37 Kafir tempatnya di neraka dan itulah perbezaan antara muslim dan kafir. 
8:38 Perangilah kafir apabila mereka masih mengancam Islam selepas diberi peluang dengan seruan dakwah. 
8:39 Islam itu hak Allah dan sekiranya mereka memeluk Islam kemudian kufur, serahkan pada Allah kerana Allah saja yang mengetahui niat mereka. 
8:40 Allah sebaik-baik penolong dan pelindung bagi mukmin. 
8:41 Harta Rampasan perang dibahagi 1/5 untuk hak Allah, Rasul, miskin, anak yatim dan musafir manakala 4/5 dibahagi pada tentera berperang. Ketika tibanya hari Al-Furqan atau Hari bantuan Allah atau Hari Perang Badar, Allah turunkan tentera mala'ikat turun bersaf-saf dari langit. 
8:42 Pasukan Rasulullah saw turun untuk merampas barang dagangan Abu Sufian manakala tentera Abu Jahal lengkap bersenjata dan berperisai besi turun untuk mempertahankan barang dagangan Abu Sufian. Secara logik akal, mustahil berlaku perang kerana khemah muslim berdekatan Madinah sedangkan kafir berdekatan Mekah tetapi Allah mahu bukti jelas bahawa keajaiban tersebut adalah KEBENARAN ISLAM WALAUPUN MUSLIM HANYA 313 DAIF MISKIN TIADA ALAT PERANG. 
8:43 Allah turunkan pertolongan mala'ikat kerana Allah tahu keikhlasan hati seluruh tentera muslimin. 
8:44 Allah jadikan pandangan mata muslim bahawa kafir yang 950 jadi 70 manakala kafir yang melihat 313 muslim kelihatan 2000 muslim. Rasulullah SAW berdoa sambil menangis sepanjang malam sehingga subuh sebelum hari peperangan dan doa baginda diakhiri "Ya Allah, sekiranya Kamu tidak tolong dan kami semua syahid maka tiada lagi muslim di muka bumi ini" Abu Bakar As-Siddiq turut menangis lalu memeluk Nabi Muhammad s.a.w. sambil berkata Ya Rasulullah, takkan lah Allah tidak mahu bantu kekasihNya.  
8:45 Jangan cabar atau lari bila ditakdirkan berdepan musuh, hati muslim mesti serah 100% pada Allah.
8:46 Jangan bergaduh sesama muslim kerana tindakan tersebut menyebabkan tiada bantuan Allah.
8:47 Jangan sombong dan riak kerana ia juga menyebabkan tiada pertolongan Allah.
8:48 Abu Jahal menjanjikan tenteranya akan pesta arak dan tarian wanita seksi setelah menewaskan muslim. Apabila berlaku pertempuran, Iblis yang menyerupai manusia kafir bernama Surakah nampak ribuan mala'ikat lalu segera melarikan diri. 
8:49 Muslim munafik yang pada mulanya menyertai kafir akibat bilangan tentera Islam yang sedikit tidak terlepas dari diseksa Allah dalam perang Badar. 
8:50 Allah janjikan kemenangan sekiranya tidak di dunia tetapi menang syahid di akhirat. Lihatlah wahai Muhammad, saksikanlah roh dari jasad kafir yang telah mati itu diazab hina dengan cemeti sambil dicaci roh keji mereka oleh Malaikat MautKu.
8:51 Allah tidak zalim pada mereka kerana merekalah yang menzalimi diri sendiri.
8:52-75

No comments:

Post a Comment