Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Saturday, February 23, 2002
Al-Anfaal 27-40 Perang Khandaq YAHUDI LANGGAR KONTRAK SOSIAL
Pengajian tafsir Al-Anfaal 27-40 23/2/02 Ust Shamsuri. Di dalam pemerintahan Islam Madinah terdapat sebuah perkampungan besar kafir yahudi dari suku Khuraizah. Salah satu kontrak perjanjian penduduk antara Muslim dan bani Khuraizah ialah tidak membantu musuh ketika Islam diserang. Ketika perang Khandak, suku yahudi ini belot dan mungkir janji dengan bergabung dengan tentera kafir musyrikin Mekah yang datang menyerang Muslim Madinah. Salman Al-Farisi mencadangkan membuat perangkap parit sekeliling Madinah memandangkan musuh sekitar 12,000. Ketika peperangan, Allah menanamkan rasa takut Abu Sufyan dan tentera kafir Mekah sehingga mereka berundur sepenuhnya. Selepas perang, malaikat Jibril memberitahu Rasulullah SAW tentang pembelotan yahudi Madinah. Akhirnya penduduk yahudi kafir Madinah dihukum bunuh dan harta benda mereka dirampas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment