Nota Cinta

Thursday, February 28, 2002

Diharamkan Hasut, Talam 2muka & Batu Api

BM14 Silaturahim 28/2/2 UsShamsuri

Sahih AtTirmizi dari AbiHurairahRA sabda NabiSAW sejahat-jahat manusia dan sehodoh-hodoh buruknya keadaan manusia di hari kiamat ialah Penghasut, Talam Dua Muka, Batu Api dan Suka Melagakan orang lain bertujuan mewujudkan perbalahan dan pergaduhan ketika di dunia. 

Dari Amar bin YasirRA sabda NabiSAW barangsiapa seperti talam dua muka di dunia ini nescaya dia diazab di hari akhirat KECUALI maslahab agama tujuan talam dua muka untuk MENUTUP KEBURUKAN SESEORANG ITU dengan MENIMBULKAN KHABAR BAIK DEMI MENGERATKAN SILATURAHIM. 



Omar pecat Saad Abi Waqaz(Wali Allah/Pemanah Tepat Muslim/10 sahabat dijamin syurga)

Gambar Hiasan
Muqaddimah kuliah ust Shamsuri bahrulmazi14 bab Silaturahim 28/2/02

Sahih Ridhayus Saleh dari Jabir bin SamuraRA, Saidina Omar Al-Khattab selaku khalifah pada ketika itu memecat Gavenor Khufah-Saad Abi Waqas kerana dituduh solat tidak betul oleh penduduk Khufah. Sadina Omar mencadangkan Saad dan beberapa sahabat lain selidik dari mana datang berita tersebut. Hampir semua masjid memuji gavenor yang dipecat kecuali sebuah masjid dimana seorang jemaah Usamah bin Qatadah menerangkan Saad Abi Waqas adalah gavenor tak guna, suruh orang berperang sedangkan dia tak pergi malah dia tak berlaku adil dalam harta rampasan perang.

SAAD ABI WAQAS berkata Demi Allah aku memohon pada Allah supaya ditimpakan musibah kepada orang yang menuduh aku. Akhirnya Usamah dijumpai gila di jalanan. Dari Imam AnNawawi, Saad Abi Waqas yang difitnah rakyatnya sendiri ini adalah Wali Allah.

Muqaddimah Nurul Ihsan 5/4/10 Sahih Muslim Aisyah Radiallahu Anha. NabiSAW solat jenazah Suhail bin Baidha RA di Masjid. Saad Abi Wakaf ketika wafat dikafankan dari jubah yang dipakainya ketika Perang Badar. Saad Abi Waqaz merupakan satu-satunya sahabat yang disolatkan di Masjid oleh para isteri NabiSAW diketuai Aisyah Radiallahu Anha.

Wednesday, February 27, 2002

Al-Anfal 8:27-51 Perang Khandak, Badar

Pengajian kitab Nurul Ihsan jilid 2 ms 121 tafsir Al-Anfaal 8:27-40 23/2/02 Ust Shamsuri. 
Sahih Muttafakuhn Alaigh Itban ra sabda Nabi saw. Ucapan 2 kalimah syahadah tidak akan disentuh api neraka. HR AtTirmizi sabda Nabi saw. Menafikan berita jatuhkan maruah seseorang akan dielakkan api neraka dari kena padanya. 

27-2-02 Sahih Bukhari Ibni Omar ra sabda Nabi saw. Sekiranya manusia tahu bahaya berseorangan keluar malam maka tiada manusia keluar malam berseorangan.
HR Abu Daud & AtTirmizi sabda Nabi saw. Sebaik-baik musafir ialah sekurang-kurangnya 4 orang. Sebaik-baik kumpulan ialah 400 dan sebaik-baik pasukan tentera ialah 4000 atau lebih. Sekiranya pasukan tentera itu ada 12,000 orang, tidak mungkin mereka dapat dikalahkan.
Sahih Muttafakuhn Alaigh sabda Nabi saw. Jangan masuk tempat yang telah diazab Allah melainkan masuk dalam keadaan menangis. Sekiranya tidak dapat menangis apabila lalu maka lebih baik jangan lalu agar bencana ke atas mereka yang lepas tidak kena ke atas kamu. Kaum Samud ini tahu dengan bantah pesan Nabi mereka, mereka akan kena bala bencana tetapi mereka tetap bantah. Bantah mereka ini adalah perbuatan zalim diri sendiri.

An-Anfal (8)

8:1-26

Kesilapan Abu Lubabah pecah amanah kemudian bertaubat 
YAHUDI LANGGAR KONTRAK SOSIAL 


8:27-29 Di dalam pemerintahan Islam Madinah terdapat sebuah perkampungan besar kafir yahudi dari suku Khuraizah. Salah satu kontrak perjanjian penduduk antara Muslim dan bani Khuraizah ialah tidak membantu musuh ketika Islam diserang. Ketika perang Khandak, suku yahudi ini belot dan mungkir janji dengan bergabung dengan tentera kafir musyrikin Mekah yang datang menyerang Muslim Madinah. Salman Al-Farisi mencadangkan membuat perangkap parit sekeliling Madinah memandangkan musuh sekitar 12,000. Ketika peperangan, Allah menanamkan rasa takut Abu Sufyan dan tentera kafir Mekah sehingga mereka berundur sepenuhnya. Selepas perang, malaikat Jibril memberitahu Rasulullah SAW tentang pembelotan yahudi Madinah. Abu Lubabah telah menghianati amanah jurucakap muslim dengan kesilapan mesejnya menyebabkan yahudi Madinah tidak menyerah diri. Abu Lubabah kemudian bertaubat menambat dirinya di tiang masjid. Pada masa yang sama penduduk yahudi kafir Madinah yang enggan menyerah dihukum bunuh dan harta benda mereka dirampas. Taubat Abu Lubabah diterima Allah kerana Abu Lubabah seorang yang takut kepada Allah. Allah akan gugurkan kesalahan dan Allah akan mengampuni kerana Allah saja yang boleh memberi nikmat pada manusia. 
Kisah Hijrah Nabi saw. 
8:30 Ketika kafir Mekah mengadakan mesyuarat tidak puas hati dengan Nabi saw, Iblis merupai Syeikh Najad menyokong pendapat Abu Jahal meminta para pemuda dari setiap suku menetak Muhammad saw. Mala'ikat Jibril meminta Nabi saw hijrah ke Madinah melalui perjalanan sukar supaya mengajar umat Muhammad di hari kemudian akan strategi sekiranya Islam belum kuat untuk bersemuka dengan musuh. Nabi saw membacakan ayat Quran lalu debu yang ditiup menidurkan para pemberontak yang sedang mengepong rumah baginda. 
8:31 Kafir Quraisyh mengatakan Quran itu kisah dongeng.
8:32 Kafir berdoa meminta pada Allah supaya turunkan hujan batu sekiranya Quran itu betul.
8:33 Allah tidak akan turunkan bencana apabila tempat tersebut masih ada utusan Allah dan Allah masih beri peluang agar mereka bertaubat di hari kemudian. 
8:34 Kafir tidak layak jaga masjidil haram kerana mereka tidak menunaikan solat. 
8:35 Kafir hanya tahu buat bising apabila muslim beribadah. 
8:36 Sedekah kafir tiada pahala sekiranya tidak Islam.  
8:37 Kafir tempatnya di neraka dan itulah perbezaan antara muslim dan kafir. 
8:38 Perangilah kafir apabila mereka masih mengancam Islam selepas diberi peluang dengan seruan dakwah. 
8:39 Islam itu hak Allah dan sekiranya mereka memeluk Islam kemudian kufur, serahkan pada Allah kerana Allah saja yang mengetahui niat mereka. 
8:40 Allah sebaik-baik penolong dan pelindung bagi mukmin. 
8:41 Harta Rampasan perang dibahagi 1/5 untuk hak Allah, Rasul, miskin, anak yatim dan musafir manakala 4/5 dibahagi pada tentera berperang. Ketika tibanya hari Al-Furqan atau Hari bantuan Allah atau Hari Perang Badar, Allah turunkan tentera mala'ikat turun bersaf-saf dari langit. 
8:42 Pasukan Rasulullah saw turun untuk merampas barang dagangan Abu Sufian manakala tentera Abu Jahal lengkap bersenjata dan berperisai besi turun untuk mempertahankan barang dagangan Abu Sufian. Secara logik akal, mustahil berlaku perang kerana khemah muslim berdekatan Madinah sedangkan kafir berdekatan Mekah tetapi Allah mahu bukti jelas bahawa keajaiban tersebut adalah KEBENARAN ISLAM WALAUPUN MUSLIM HANYA 313 DAIF MISKIN TIADA ALAT PERANG. 
8:43 Allah turunkan pertolongan mala'ikat kerana Allah tahu keikhlasan hati seluruh tentera muslimin. 
8:44 Allah jadikan pandangan mata muslim bahawa kafir yang 950 jadi 70 manakala kafir yang melihat 313 muslim kelihatan 2000 muslim. Rasulullah SAW berdoa sambil menangis sepanjang malam sehingga subuh sebelum hari peperangan dan doa baginda diakhiri "Ya Allah, sekiranya Kamu tidak tolong dan kami semua syahid maka tiada lagi muslim di muka bumi ini" Abu Bakar As-Siddiq turut menangis lalu memeluk Nabi Muhammad s.a.w. sambil berkata Ya Rasulullah, takkan lah Allah tidak mahu bantu kekasihNya.  
8:45 Jangan cabar atau lari bila ditakdirkan berdepan musuh, hati muslim mesti serah 100% pada Allah.
8:46 Jangan bergaduh sesama muslim kerana tindakan tersebut menyebabkan tiada bantuan Allah.
8:47 Jangan sombong dan riak kerana ia juga menyebabkan tiada pertolongan Allah.
8:48 Abu Jahal menjanjikan tenteranya akan pesta arak dan tarian wanita seksi setelah menewaskan muslim. Apabila berlaku pertempuran, Iblis yang menyerupai manusia kafir bernama Surakah nampak ribuan mala'ikat lalu segera melarikan diri. 
8:49 Muslim munafik yang pada mulanya menyertai kafir akibat bilangan tentera Islam yang sedikit tidak terlepas dari diseksa Allah dalam perang Badar. 
8:50 Allah janjikan kemenangan sekiranya tidak di dunia tetapi menang syahid di akhirat. Lihatlah wahai Muhammad, saksikanlah roh dari jasad kafir yang telah mati itu diazab hina dengan cemeti sambil dicaci roh keji mereka oleh Malaikat MautKu.
8:51 Allah tidak zalim pada mereka kerana merekalah yang menzalimi diri sendiri.
8:52-75

Al-Anfal 41-51 JIBRIL bantu Islam VS IBLIS bantu Abu Jahal "PERANG BADAR"

Pengajian tafsir Al-Anfal ayat 41-51 syarahan ustaz Shamsuri 27/2/02 PERANG BADAR sokongan riwayat Ibnu Mas Ud dan tafsir Ibnu Kasir. Kesengsaraan muslim menyebabkan Allah takdirkan Perang Badar walaupun secara logik akal mustahil berlaku pertemuan disebabkan kedudukan jauh antara perkhemahan kafir Quraish Mekah dan muslim Madinah. Pasukan Islam seramai 313 serba daif kelengkapan perang sedangkan kafir Mekah seramai 950 itu berbaju besi dan lengkap bersenjata. Di kala para sahabat sedang tidur, Rasulullah SAW berdoa sambil menangis sepanjang malam sehingga subuh sebelum hari peperangan dan doanya diakhiri "Ya Allah, sekiranya Kamu tidak tolong dan kami semua syahid tertewas maka tiada lagi manusia di muka bumi ini yang menyembahMu" Abu Bakar As-Siddiq yang menemaninya turut menangis lalu memeluk Muhammad SAW sambil berkata Ya Rasulullah, takkan lah Allah tidak mahu bantu kekasihNya.

Hakikat menurut Al-Quran, kafir itu takut mati dan muslim itu mahu syahid tetapi Syaitan dan Iblis laknatullah yang menyamar menyerupai manusia itu berjaya mempengaruhi kafir sehingga menghadirkan hampir 1000 tentera. Abu Jahal bakal mengadakan pesta arak dan tarian ronggeng wanita seksi di medan Badar kerana dia amat berkeyakinan pasukannya yang hebat dan kuat itu pasti menang. Allah bantu tentera muslim kerana mengetahui hati mereka semua yang ikhlas bertawakal pada Allah dan kesemua muslim di medan perang Badar itu tiada langsung sifat riak, angkuh dan bersih dari sebarang dosa.

Semasa perang, Allah menjadikan penglihatan mata manusia 313 mukmin itu kelihatan seperti 2000 orang manakala kafir yang 950 seperti 70. Demikianlah kekuasaan Allah Yang Maha Esa. Serentak dengan itu, turun bala tentera malaikat JibrilNya dari langit. Iblis yang berjuang bersama kafir Mekah cemas apabila ribuan malaikat membantu Rasulullah dan kemudian Iblis beritahu sekalian kafir Mekah. "kamu semua perang lah, aku cabut dulu.." kemudian Iblis memberitahu dirinya. Abu Jahal dan tenteranya tidak mengenali Allah, tetapi aku sangat mengenali Allah dan sesungguhnya sekiranya Allah berkehendak tiada siapa dapat menghalang. Allah mengakhiri perang Badar dengan berfirman barang siapa bersungguh percaya Aku maka dia akan menang sekiranya tidak di dunia tetapi menang di akhirat. Lihatlah wahai Muhammad, saksikanlah roh dari jasad kafir yang telah mati itu diazab hina dengan tongkat besi sambil dicaci herdik roh keji mereka oleh Malaikat MautKu.

Monday, February 25, 2002

Berkumpul bersama RASULULLAH SAW

BM16 Zuhud UsShamsuri 25/2/02 Sahih AtTirmizi Sabda NabiSAW kepada sahabat Badwi "banyakkah sudah amal yang kamu buat apabila kamu bertanya tentang kiamat? Kiamat ada dua iaitu akhir umur dunia dan akhir umur jasad kamu di dunia" kata Arab Badwi itu "Saya tidak pernah tinggal solat 5 waktu, saya tutup aurat di pandangan umum dan saya tidak buat apa yang Allah marah. Jangan sesiapa mencerca Allah dan Rasul kerana saya sayangkan kamu Ya Rasulullah cuma solat dan puasa sunat saya tiadalah rajin." Jawab RasulullahSAW, Sekiranya begitu, kamu akan berkumpul dengan ku dan melihat wajah Allah di Akhirat.


Haram Sombong

BM16 Zuhud 25/2/02 UsShamsuri - contoh lintasan syaitan - Beristigfarlah tidak kurang 70 atau 100 kali apabila setiap kali bisikan syaitan. Sabda NabiSAW sesungguhnya syaitan berjalan pada salur darah manusia dan sentiasa mencari jalan menjayakan usul saranannya.Dari Abi HurairahRA, sabda NabiSAW didalam Jahannam terdapat kelebur neraka dan neraka sendiri tidak sanggup dengan beratnya seksaan di situ. Di situlah tempat Qari Al-Quran yang riak ketika di dunia.

Amalan menunjuk yang dituntut syarak ialah Solat Jemaah dengan niat berdakwah atau perpaduan Islam pelbagai bangsa dalam ibadat. Sekiranya hatinya kasihkan Allah dan Rasul, setiap kelakuannya berpandukan sunnah dan dia sentiasa mencari ilmu hadis dan makna Al-Quran. 

Saturday, February 23, 2002

Al-Anfaal 27-40 Perang Khandaq YAHUDI LANGGAR KONTRAK SOSIAL

Pengajian tafsir Al-Anfaal 27-40 23/2/02 Ust Shamsuri. Di dalam pemerintahan Islam Madinah terdapat sebuah perkampungan besar kafir yahudi dari suku Khuraizah. Salah satu kontrak perjanjian penduduk antara Muslim dan bani Khuraizah ialah tidak membantu musuh ketika Islam diserang. Ketika perang Khandak, suku yahudi ini belot dan mungkir janji dengan bergabung dengan tentera kafir musyrikin Mekah yang datang menyerang Muslim Madinah. Salman Al-Farisi mencadangkan membuat perangkap parit sekeliling Madinah memandangkan musuh sekitar 12,000. Ketika peperangan, Allah menanamkan rasa takut Abu Sufyan dan tentera kafir Mekah sehingga mereka berundur sepenuhnya. Selepas perang, malaikat Jibril memberitahu Rasulullah SAW tentang pembelotan yahudi Madinah. Akhirnya penduduk yahudi kafir Madinah dihukum bunuh dan harta benda mereka dirampas. 

Tuesday, February 19, 2002

Al-Mukminun 23:57, bawa berita fitnah diharamkan syurga.

15-1-02 Al-Qalam ayat 18, jangan dengar pengumpat pencela dan kerja-kerja merosakkan masyarakat@mengadu domba. Sahih Muttafakun Alai sabda Nabi saw, tidak akan masuk syurga pembawa berita bertujuan melaga-lagakan orang yang tidak bersalah.

Hanya Islam jalanKu yang lurus, maka jangan selain Islam "Quran Hadis" nescaya kamu ke lembah kesesatan- Allah

Nurul Ihsan ms112 Surah 23 Al-Mukminun 
23:57-60 Orang beriman tidak buat laranganNya, mengamalkan Quran, tidak syirik dan menyerahkan lebihan rezeki dengan harapan diredhai Allah.
61 Mereka inilah mati dalam husnul hatimah dengan ungkapan wahai jiwa yang tenang.
62 Kitab amalan menulis setiap amal baik jahat walaupun sehalus debu.
63 4 perkara 57-60 itu merupakan beza antara kafir dan beriman.
64 Sekaranglah masa memahami Quran kerana di akhirat sudah tidak berguna.
65-68 Setelah di neraka barulah sedar. Dahulu, tidak mahu dengar ayatKu dan tidak beramal Quran.
69 Wahai kafir Quraisyh Mekah, benarkah kamu kenal benar Rasul kamu?
70 Atau kamu kata Rasul itu tidak benar? Sebenarnya dahulu lagi kamu telah kenal Muhammad itu al-amin yang terkenal dengan budi pekerti mulia.
71 Kalau nafsu melebihi Quran maka binasa langit dan bumi.
72 Padahal Rasul itu tidak mengenakan upah dan dakwahnya mengharapkan ganjaran akhirat.
73 Sesungguhnya Muhammad itu pembawa jalan lurus buat umat manusia.
74 Yang tidak beriman itu mendahului dunia dari akhirat.
75-76 Kami berikan rezeki mereka tidak bersyukur tetap dengan perangai tidak juga insaf.
77 Bila Kami turunkan azab kematian mereka setelah dikalahkan dalam perang Badar, barulah mereka sedar tetapi ketika itu sudah tiada guna.

70000 terhad ke Syurga tanpa hisab

Pengajian Bahrulmazi jilid 17 ms64 Kelebihan Tawakal kepada ALLAH SWT Hadis At Tirmizi riwayat Ibnu Abbas r anhuma. sabda Nabi saw, Kelebihan tawakal ialah masuk syurga tanpa hisab. Para sahabat berusaha dan bertawakal, jadikan mereka sebagai panduan. Tidak boleh tawakal tanpa usaha dan usaha tanpa tawakal. Hasan Lagi Sahih At Tirmizi riwayat Ibnu Mas'Ud ra dan Abi Hurairah ra, sabda Nabi saw. Di kalangan umatku terhad 70000 sahaja ke syurga tanpa hisab dan ia menjadi rahsia Allah SWT, 1 quota telah diberikan pada Uqasha ra sebentar tadi dan yang lain antara kamu semua sahabatku terpulang pada Allah SWT. Kebanyakan kesimpulan himpunan hadis, Mustajab Doa hari Jumaat menurut pandangan ulama bersandarkan hadis, Doa antara 2 kutbah. Waktu imam turun dari mimbar. Lepas Asar menghampiri Maghrib Soalan awam, curi air buat kenduri. Jawapan, berdosa kecuali tetamu yang datang tidak tahu ia hasil curi Soalan awam, hadis mauduk. Jawapan: hadis mauduk ianya direka-reka atau bukan hadis

Al-Mukminun 23:78-100, Hati Rasulullah saw diterangi cahaya

19-2-02 Us Shamsuri 
Sahih Muslim Abu Hurairah ra sabda Nabi saw, demi Allah sekiranya semua manusia tidak buat dosa, Allah akan lenyapkan semua manusia di muka bumi dan adakan satu kaum yang buat dosa, yang kaum itu selepas buat dosa akan minta ampun pada Allah dan Allah akan ampunkan dosa mereka.
QS Ali Imran 3:135 Manusia apabila buat dosa menzalimi diri akan teringat dan akan minta ampun pada Allah, tiada kuasa lain boleh halang Allah ampunkan dosa mereka dengan syarat tidak mengulangi dosa yang mereka sedari.
Sahih Muslim Al-Arar Al-Muzzani ra sabda Nabi saw, hatiku diterangi cahaya kerana setiap hari, aku beristifar tidak kurang 100 kali.

Nurul Ihsan jilid 3 ms 12 surah Al-Mukminun yang diturunkan di Mekah
QS 23:78 Allah pemberi nikmat pendengaran dan penglihatan serta hati tetapi sedikit yang syukur.
79: Ambil ikhtibar akan kematian dan akan dihimpun di hari pembalasan.
80: Allah penentu tempoh siang malam.
81: Kenapa yang kafir tidak mahu berfikir? Manusia akhir sekali akan minta tolong pada satu kuasa tidak nampak di hari kesusahan dan kuasa itu hanya dari Allah
82-83: Seperti umat terdahulu, kafir menganggap hidup selepas mati ini kisah dongeng dahulu kala.
84-85: Fitrah naluri manusia mengaku bumi ini hak Allah tetapi kenapa masih tidak insaf?
86-87: Sekiranya mengaku langit itu milik Allah kenapa tidak takut dengan masih buat dosa?
88-89: Sekiranya sudah mengaku seluruhnya hak Allah kenapa masih BUAT LARANGANNya?
90-91: Bukan setakat ingkar malah menuduh Allah ada anak!
92: Allah Maha Mengetahui isi hati setiap manusia sebelum, sedang dan selepas.
93-95: Sekiranya Allah turunkan azab bencana alam, bila-bila masa saja Allah boleh lakukan!
96: Sekiranya ditohmah, pertahan diri dengan cara berhemah seperti diam kerana cukup hanya Kami yang mengetahui.
97-98: Mintalah berlindung dari bisikan syaitan dan dari gangguan syaitan dalam diri.
99-100: Mintalah mati dalam keadaan beriman dan jangan dalam keadaan hendak balik semula untuk beramal kerana roh simati terdinding dari kembali ke dunia sehingga hari kebangkitan.



Monday, February 18, 2002

Al-Baqarah 101-103 Kitab Sulaiman & Sejarah Sihir

Pengajian syarahan Dato' Shamsuri 18/2/02 tafsir kitab Nurul Ihsan AlBaqarah 101-103.Allah berfirman yahudi menolak Muhammad sedangkan taurat membuktikan kemunculan Nabi Muhammad SAW. Tafsir Ibnu Kasir dari Ibnu AbbasRA- Kitab catatan Nabi Allah Sulaiman telah diubahsuai disertakan mentera sihir oleh Iblis dan Syaitan sehingga berjaya mempengaruhi sebilangan manusia yang kebanyakan terdiri dari yahudi. Kenyataan Nabi Muhammad SAW tentang Nabi Sulaiman AS dieksploitasi yahudi mengatakan Muhammad itu juga penyihir seperti Sulaiman. Allah berfirman musuh nyata itu bukan Sulaiman sebaliknya Iblis dan golongan kufar. Allah menghantar malaikat Harut Marut membawa ilmu sihir sebagai ujian manusia untuk mengawal diri dari kekufuran.  

Riwayat tafsir Ibnu Kasir dari Aisyah Radiallahu Anha berkata setelah RasulullahSAW wafat, seorang wanita yang diabaikan suami memberitahuku dia dibawa seorang perempuan tua menaiki 2 ekor anjing hitam berjumpa 2 lelaki sedang bergayut kaki tergantung seperti kelawar pada sebatang pokok. 2 lelaki tersebut mengajar sihir pada wanita yang diabaikan suami itu tetapi melarang amalan sihir kerana ia menjadikan kufur. Golongan yahudi adalah kaum kufur apabila mengamal ajaran sihir oleh Harut dan Marut. Allah berfirman barangsiapa mengamal sihir wajib bagi mereka itu neraka.

Sebelum disumpah menjadi Iblis, Azazil merupakan guru segala ilmu dan berjanji menyesatkan generasi Adam. Allah berfirman matlamat sihir bertujuan memecah-belah manusia dan sesiapa belajar sihir akan mudarat dunia akhirat. Allah berfirman, apa saja masalah yang datang itu tidak akan berlaku tanpa kehendak dan keizinan Aku maka mengadulah padaKu. Sahih Muslim- istana iblis di tengah laut dan perceraian suami isteri adalah fokus utama iblis. Sabda NabiSAW Barangsiapa mengamal baca Qursi penuh keyakinan waktu pagi maka dia dipelihara dari niat jahat manusia, gangguan iblis syaitan dan sihir bermula pagi hingga petang kemudian apabila dibaca Qursi pada sebelah malamnya maka dia terpelihara sehingga pagi. 

Firman Allah 103 "Manusia sekiranya bijak, tidak akan dekati sihir kerana Quran dan hadis kekasihKu itu Iman"



Isyarat dan tempoh petunjuk Istiqarah

Sesi soalan akhir syarahan pengajian Nurul Ihsan ustaz Shamsuri surah Al-Baqarah 102-103 18/2/2

Soalan tentang Mimpi Istiqarah- Istiqarah merupakan memohon petunjuk Allah apabila dilanda kemusyhkilan 50:50 dalam membuat keputusan antara 2 pilihan. Mimpi kosong bukan hasil Istikharah dipengaruhi hasil konsentrasi pemikiran pilihan yang lebih berat ke arah 75 % berbanding 35 % pilihan satu lagi. Hasil Istiqarah tidak cepat. Ia biasanya memakan masa sehingga 3 bulan. Paling cepat dalam masa sebulan. Hasilnya juga kadangkala bukan berbentuk mimpi tetapi petanda baik atau buruk tentang pilihan yang bakal dibuat.

Friday, February 15, 2002

LARANGAN MENCACI ANGIN & HIKMAH MUSIBAH

BM18 Neraka 15/2/02 UsShamsuri Riwayat AtTirmizi sabda NabiSAW dia bukanlah orang beriman apabila mencela dan melaknat orang lain, membuat keji dan bercakap kotor.

Riwayat Abu Daud dari ABiHurairahRA sabda NabiSAW, udara adalah rahmat Allah, angin kadangkala rahmat dan kadangkala azab. Sekiranya angin membuat kamu rasa tidak selesa maka jangan kamu mencaci, memaki dan mengata tidak elok pada angin tu sebaliknya mintalah pada Allah bawakan kebaikan dan mintalah pada Allah memberi perlindungan dari angin itu.

Riwayat Muslim dari JabirRA Sabda NabiSAW apabila manusia ditimpa musibah penyakit, Allah mansuhkan sebahagian dari dosa kamu.

Riwayat AtTirmizi dari Anaz bin Malek sabda NabiSAW cela orang itu adalah tidak elok pada diri kita dan malu pada Allah dan dirinya sendiri itu hiasan diri kerana takutnya untuk mencela orang lain apabila memikirkan dirinya baikkah aku untuk mencela orang.


Thursday, February 14, 2002

TAFSIR MIMPI menurut Hadis Sahih At-Tirmizi

kuliah kitab pengajian Bahrulmazi jilid 16 tajuk Mimpi syarahan Ustaz Shamsuri 4/2/02 Sesiapa suka dengar, cuba sedaya upaya menghafal, beramal dan menunaikan Hadis NabiSAW dijanjikan mendapat wajah bersih yang berseri. Sahih AtTirmizi riwayat AbiHurairahRA sabda NabiSAW mimpi mukmin yang menjaga cakap benar pada akhir zaman merupakan isyarat yang hampir menjadi kenyataan. 3 jenis mimpi mengikut kategori:
  1. Mimpi diikat merupakan mimpi baik kecuali diikat pada leher.  
  2. Mimpi gangguan syaitan seperti mimpi kena tindih atau dihempap atau dicekik atau mimpi pelik seperti bertukar-tukar lokasi, mimpi jumpa kawan-kawan kemudian menjadi kanak-kanak kemudian menjadi binatang kemudian menjadi binatang berbisa nak gigit. 
  3. Mimpi jenis ketiga ialah mimpi keinginan yang kuat untuk mendapat sesuatu. 
Mimpi jumpa RasulullahSAW merupakan anugerah Allah. Mimpi melihat ahli keluarga yang telah meninggal dunia memakai pakaian putih merupakan berita baik. 

Mimpi syaitan ialah syaitan berpakaian hitam bertenggek di sebelah kiri kita kemudian mengusik memimpikan pergaduhan, pertelingkahan dan pembunuhan. Cara mengatasinya ialah bangun terjaga dari tidur kemudian menghalau syaitan seperti menghembus atau meludah tanpa air liur 3 kali disamping mengucapkan doa berlindung dari syaitan yang direjam. Kemudian digalakkan tunaikan sunat 2 rakaat sebelum kembali tidur. Mimpi hanya boleh diceritakan kepada orang rapat terdekat yang boleh dipercayai Hadis Sahih AtTirmizi ini Disokong Sahih Muslim & Sahih Al-Bukhari

Monday, February 11, 2002

KEISLAMAN OMAR AL-KHATAB MEMULAKAN KEKUATAN ISLAM

Dari himpunan kuliah pengajian UsShamsuri kisah Saidina Omar & bahrulmazi bab 1 jenis hadis 11Feb2002

RasulullahSAW berdoa supaya musuh seperti Abu Jahal atau Omar Al-Khattab mendapat petunjuk Allah supaya umat Islam tidak perlu solat secara sembunyi.
Ketika Omar Al-Khattab tiba di rumah adiknya yang tengah membaca Al-Quran surah Taha FIRMAN ALLAH, KAMI TIDAK TURUNKAN AL-QURAN UNTUK MENYUSAHKAN KAMU. TETAPI UNTUK PERINGATAN KEPADA MANUSIA TENTANG PENCIPTA DAN PEMILIK LANGIT DAN BUMI.  

Hati Saidina Omar menjadi lembut kerana menyedari kuasa yang jauh lebih hebat melebihi sekalian makhluk dunia. Setelah masuk ke rumah adiknya serentak itu dia diberitahu berita gembira tentang hidayah yang didoakan RasulullahSAW. Omar kemudian berjumpa NabiSAW di AsSafa di Mekah untuk menzahirkan keislamannya. Tiba Omar di muka pintu rumah, para sahabat terdiam dan cemas seketika. Bingkas bangun menerpa mendahului NabiSAW ialah Saidina Hamzah yang bersedia menghunuskan pedangnya kerana Hamzah amat mengetahui siapa Omar.

Sabda NabiSAW duduk wahai bapa saudara kesayanganku kerana Allah telah menghantar Omar kepadaku. Kemudian Omar datang memeluk dan melutut RasulullahSAW sambil menangis menyebut "Islamkan aku ya Rasululullah, Islamkanlah aku" . Maka sekalian para sahabat yang lemah peringkat awal perkembangan Islam bertakbir "Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!" sambil bersorak kegembiraan dan tersenyum akan kehadiran hidayah Omar Al-Khattab.

Omar Al-Khattab kemudian mengajak semua umat Islam yang ada disitu menuju ke Ka'bah untuk memberitahu keislamannya pada seluruh penduduk kafir Quraisyh Mekah. Tidak berapa lama selepas itu, keluar dua saf menuju ke kompleks masjidil haram dimana saf pertama dipimpin Saidina Omar dan saf kedua dipimpin oleh Saidina Hamzah bagi membuktikan yang benar dari yang batil.

Saidina Omar kemudian berteriak gertak pada sekalian penduduk kafir Quraisyh "Sesiapa yang ingin melihat isterinya menjadi janda, anaknya menjadi yatim maka datanglah menghadapiku"

Peristiwa keislaman Omar dan Hamzah menggemparkan kafir Mekah kerana kekuatan Islam sudah bermula. OmarAl-Khattab berjaya menjadi Ibu dan Ayah kepada rakyatnya pada zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rashidin. 

Omar Al-Khattab merupakan salah seorang 10 sahabat dijamin syurga tanpa dihisab dan pendapatnya disokong wahyu Allah disamping merupakan Ulama Besar yang hebat. Masalah rakyat masalah besar bagi dirinya, Al-Quran dan Sunnah Rasul melebihi urusan hidupnya.

Kenali pemerintah baik dan jahat

kuliah pengajian syarahan Ustaz Shamsuri bahrulmazi 14 bab fitnah 11Feb2002
Sahih AtTirmizi dari AbuHurairahRA kutbah NabiSAW. Pemerintah yang baik ialah tidak melakukan yang dia suka tetapi melakukan yang Allah suka. Pemerintah yang baik juga menjaga kebajikan dan tidak menzalimi rakyatnya. Manakala pemerintah yang jahat ialah makan rasuah atau melindungi ahli keluarga, orang bawahan dan kawannya yang rasuah. 
Mendoakan pemimpin diberi hidayah Allah

Maksud Hadis ialah kita di bawah Kita komplen memang sedap sebab tak duduk tempat pemerintah. Sekiranya kita jadi pemerintah kita bebas guna peluang dengan 10 kali ganda lebih teruk makan rasuah barulah kita tahu kita lagi jahat.

Dari Omar Al-KhattabRA sabda NabiSAW Sebaik-baik pemerintah itu ialah berdoa akan kesejahteraan rakyatnya dan mengasihi rakyatnya. Rakyatnya pula sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan mengasihinya secara sukarela. Sejahat-jahat pemerintah itu ialah menindas rakyatnya dan disumpah seranah rakyatnya akan pemerintahan tersebut. 

Dari Ummu SalamahRA sabda NabiSAW sekiranya pemerintah atau ulama itu tidak baik maka tegur menasihatinya. Sekiranya teguran itu membawa kepada kematian maka syahid ganjarannya. Cegah mungkar bermula dengan tangan kemudian atau teguran menasihat dan akhir sekali atau dengan hati yang tidak redha.  
Islam melarang keras menjatuhkan pemerintah secara kekerasan selama mana pemerintah tersebut solat 5 waktu. Hadis ini Hassan Lagi Sahih At Tarmizi disokong Sahih Muslim Syarah Hadis AnNawawi bab Islam meWajibkan Ketaatan Pemimpin. 

Sunday, February 10, 2002

Omar Al-Khattab ra

2002/02/11 Ustaz Shamsuri 14 - Bab Menyatakan Hadis Bicara Niat - BM1 ms05

gambar hiasan
Sahih Muttafakun Alaigh dari Anaz b Malek ra
, kutbah Nabi saw. sekiranya kamu tahu apa yang kamu tahu, nescaya kamu banyak menangis kurang ketawa.  

HR AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Barang siapa yang takut kepada Allah, dia berjalan malam sampai ke rumah (rajin solat malam sehingga ke syurga) syurga Allah ialah harta Allah.

Saidina Omar Al-Khattab ra mula memeluk Islam setelah mendengar bacaan surah Taha oleh adik perempuannya. Selepas Omar menzahirkan keislamannya dihadapan Nabi saw, muslim menuju masjidil haram dengan 2 saf. 1 saf pimpinan Saidina Hamzah ra dan 1 lagi diketuai Omar Al-Khattab ra. Empayar Islam berkembang 2/3 dunia ketika pemerintahan khalifah Omar Al-Khattab ra. 

Thursday, February 7, 2002

Sunah Jumaat & Sebab Mulut Badan Neraka

08022002 BM3 Solat Jumaat

Sebab Mulut Badan Neraka


Muttafakun Alai dari Sahal b Saad ra, sabda Nabi saw. Siapa berjaya menjaga lidah dan kemaluan dari melakukan dosa akan dijamin syurga. 


Sahih At Tirmizi dari Abi Abd Rahman / Bilal b Al-Harith sabda Nabi saw. Bercakap baik boleh membawa ke syurga manakala bercakap kotor atau jahat membawa ke neraka. 


Bahrulmazi jiid 3 ms237


Hasan AtTirmizi dari Al-Barraq b Aziq ra sabda Nabi saw. Sunah sangat dituntut mandi, membersihkan diri, mencukur bulu, mengerat kuku, bersugi, menghilangkan bau busuk dan memakai wangion haruman pada hari Jumaat sebelum pergi menunaikan solat Jumaat. 


Hadis Riwayat At Tirmizi dari Omar b Abd. Aziz. Sekiranya cukup 40 orang maka boleh dilakukan solat Jumaat. 

Wednesday, February 6, 2002

Al-Mukminun 69-82 Nabi 124,000 Rasul 315 Rasul 25 wajib Muslim ingat

Tafsir Nurul Ihsan jilid 4 surah Al-Mukminun ayat 69-82 Syarahan Ustaz Shamsuri 6/2/02. Allah menceritakan cabaran-cabaran yang dilalui 25 Rasul ketika  memperakukan Tuhan sebenar iaitu Allah di dalam Al-Quran kepada Nabi dan Rasul terakhirNya iaitu Nabi Muhammad SAW.

Sahih Musnad Ahmad sabda Nabi saw pada Abu Zar ra. Dari 124,000.00 Nabi, 315 dilantik menjadi Rasul untuk sepanjang zaman usia bumi. Di dalam Islam yang wajib beriman ialah sebanyak 25 Rasul. Nabi terakhir dan Rasul terakhir hanya baginda Muhammad bin Abdullah saw yang disayangi oleh kita semua.

Surah Ghafir / Taubat ialah kembali pada Islam

Muqaddimah Nurul Ihsan 6Feb2002
Sahih Bukhari Muslim AnNasa'e Ibnu Majah sabda Nabi saw. Firman Allah di hari kebangkitan padang mahsyar pada seorang lelaki umat terdahulu sebelum kedatangan Islam, "kenapa kamu memesan pada anak kamu supaya bakar mayat kamu kemudian hanyutkan debu ke laut." Jawab lelaki tersebut, "setelah bertaubat, aku banyak buat dosa, aku takut padaMu ya Allah." Allah mengampunkan dosa taubatnya.
Sahih Muslim Jundub ra sabda Nabi saw. Seorang lelaki benci seseorang sehingga berkata demi Allah, Allah tidak ampunkan dosa orang jahat ini. Firman Allah, siapa orang yang bercakap demikian? Adakah dia Tuhan atau Aku Tuhan? Aku sia-siakan amalan yang orang yang bercakap selain dari firmanKu.  

Huraian Ustaz, Sebarang tafsiran yang menyimpang Quran Hadis itu adalah tafsiran akal dan tafsiran akal ditolak Islam. Apapun mesti merujuk tafsiran Quran Hadis.  

Nurul Ihsan jilid 4 ms16 surah 40 Ghafir 69-85. 
40:69 Mereka yang tidak percaya Quran  
70 Mereka yang menolak bangkit selepas mati. 
71 Mereka ini akan dirantai besi 
72 Mereka kemudian direjam dalam leburan tembaga panas sebelum diheret ke neraka
73 Mereka disindir, dimanakah pertolongan yang kamu sembah ketika di dunia dahulu?
74 Mereka menipu, kami tidak sembah apa pun kecuali kamu wahai Allah. 
75 Ini balasan bagi yang seronok ingkar perintah Allah.
76 Neraka Jahanam sehabis buruk tempat seksaan.
77 Sabar dengan kerja dakwah kerana musuh Allah pasti diazab di akhirat. 
78 24 Rasul sebelum kamu wahai Muhammad juga melalui ujian yang sama. 
Nabi dibangkitkan seramai 8000 iaitu 4000 dari bani Israel dan 4000 selain bani Israel. Sahih Imam Ahmad dari Abi Zar sabda Nabi saw, nabi seramai 124,000 dan 315 Rasul pilihan. Akhirat itu janji Allah.
79-80 Kenderaan, pakaian dan makanan dari sumber ternakan ini semuanya milik Allah.
81 Jangan ingkar kerana terang-terangan bukti kekuasaan Allah akan hidup dan mati.
82-83 Lihatlah kesan tapak sejarah dimuka bumi yang dimusnahkan Allah seperti laut mati dan banyak lagi akibat ego dan kesombongan dengan perintah Allah.
84-85 Kami beriman dengan Allah tuhan yang esa dengan meninggalkan benda yang boleh menyebabkan syirik kerana apabila tiba azab, tiada guna lagi baru hendak beriman.




Tuesday, February 5, 2002

Sederhana itu pilihan Rasulullah SAW

Juadah pelbagai warna 
BM17 sifat-sifat kiamat part 1 UsShamsuri 5/02/02 Hadis (laporan sunnah RasulullahSAW) Hassan (boleh diamal) lagi Sahih (tepat) AtTirmizi riwayat Amirul Mukminin Saidina Ali bin Abi Talib RA Karamullah Huwajha (perawi adil yang menandakan apa-apa darinya adalah sahih) sabda NabiSAW pada para sahabat: "Adakala fakir itu mengundang kekafiran tetapi kamu tidak dituntut mengejar mahligai besar, pakaian harian siang malam dan juadah pelbagai warna kerana sudah tentu kamu tidak dapat memberi masa didikan Islam, mengajar membaca disamping memahamkan isi kandungan Al-Quran dan Hadis pada anak-anak kamu semenjak kecil dan kamu disibukkan dengan urusan dunia dari memperbanyakkan ibadah sunat malam. Hidup kamu yang sekarang sederhana ini adalah yang terbaik."  SEBARANG CAKAP BERSANDARKAN AL-QURAN DAN HADIS SAHIH MAKA SAMIQ'NA WA'ATOQ'NA- DENGAR & FAHAM. Mudah-mudahan tuan-tuan jangan pilih guru, kalau ada ilmu agama pergilah dengar. Sekiranya tuan-tuan dah dengar cerita macam-macam tentang saya, Tuan-tuan rasa nak bakar kitab, tak selesa, meluat menyampah, bakar keset. jangan datang kerana saya ikhlas kerana Allah, saya tetap halalkan ilmu saya ini. Saya tak suka bawak datang benda karut. Tuan-tuan bolehlah tarik diri dari kuliah saya. Ikhlas kerana Allah. Pertimbangkan berdasarkan neraca agama kerana Allah. Sekiranya saya ada salah silap dari saya, maafkanlah saya. Saya memaafkan tuan-tuan.

nota: mana-mana huruf besar blog NotaCinta ini ialah nada ketegasan oleh ustaz Shamsuri dan penulis bersetuju dengan hujah ketegasan tersebut.