Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Saturday, February 23, 2002
Al-Anfaal 27-40 Perang Khandaq YAHUDI LANGGAR KONTRAK SOSIAL
Tuesday, February 19, 2002
Al-Mukminun 23:57, bawa berita fitnah diharamkan syurga.
Hanya Islam jalanKu yang lurus, maka jangan selain Islam "Quran Hadis" nescaya kamu ke lembah kesesatan- Allah
Nurul Ihsan ms112 Surah 23 Al-Mukminun
23:57-60 Orang beriman tidak buat laranganNya, mengamalkan Quran, tidak syirik dan menyerahkan lebihan rezeki dengan harapan diredhai Allah.
61 Mereka inilah mati dalam husnul hatimah dengan ungkapan wahai jiwa yang tenang.
62 Kitab amalan menulis setiap amal baik jahat walaupun sehalus debu.
63 4 perkara 57-60 itu merupakan beza antara kafir dan beriman.
64 Sekaranglah masa memahami Quran kerana di akhirat sudah tidak berguna.
65-68 Setelah di neraka barulah sedar. Dahulu, tidak mahu dengar ayatKu dan tidak beramal Quran.
69 Wahai kafir Quraisyh Mekah, benarkah kamu kenal benar Rasul kamu?
70 Atau kamu kata Rasul itu tidak benar? Sebenarnya dahulu lagi kamu telah kenal Muhammad itu al-amin yang terkenal dengan budi pekerti mulia.
71 Kalau nafsu melebihi Quran maka binasa langit dan bumi.
72 Padahal Rasul itu tidak mengenakan upah dan dakwahnya mengharapkan ganjaran akhirat.
73 Sesungguhnya Muhammad itu pembawa jalan lurus buat umat manusia.
74 Yang tidak beriman itu mendahului dunia dari akhirat.
75-76 Kami berikan rezeki mereka tidak bersyukur tetap dengan perangai tidak juga insaf.
77 Bila Kami turunkan azab kematian mereka setelah dikalahkan dalam perang Badar, barulah mereka sedar tetapi ketika itu sudah tiada guna.
70000 terhad ke Syurga tanpa hisab
Al-Mukminun 23:78-100, Hati Rasulullah saw diterangi cahaya
Sahih Muslim Abu Hurairah ra sabda Nabi saw, demi Allah sekiranya semua manusia tidak buat dosa, Allah akan lenyapkan semua manusia di muka bumi dan adakan satu kaum yang buat dosa, yang kaum itu selepas buat dosa akan minta ampun pada Allah dan Allah akan ampunkan dosa mereka.
QS Ali Imran 3:135 Manusia apabila buat dosa menzalimi diri akan teringat dan akan minta ampun pada Allah, tiada kuasa lain boleh halang Allah ampunkan dosa mereka dengan syarat tidak mengulangi dosa yang mereka sedari.
Sahih Muslim Al-Arar Al-Muzzani ra sabda Nabi saw, hatiku diterangi cahaya kerana setiap hari, aku beristifar tidak kurang 100 kali.
Nurul Ihsan jilid 3 ms 12 surah Al-Mukminun yang diturunkan di Mekah
QS 23:78 Allah pemberi nikmat pendengaran dan penglihatan serta hati tetapi sedikit yang syukur.
79: Ambil ikhtibar akan kematian dan akan dihimpun di hari pembalasan.
80: Allah penentu tempoh siang malam.
81: Kenapa yang kafir tidak mahu berfikir? Manusia akhir sekali akan minta tolong pada satu kuasa tidak nampak di hari kesusahan dan kuasa itu hanya dari Allah
82-83: Seperti umat terdahulu, kafir menganggap hidup selepas mati ini kisah dongeng dahulu kala.
84-85: Fitrah naluri manusia mengaku bumi ini hak Allah tetapi kenapa masih tidak insaf?
86-87: Sekiranya mengaku langit itu milik Allah kenapa tidak takut dengan masih buat dosa?
88-89: Sekiranya sudah mengaku seluruhnya hak Allah kenapa masih BUAT LARANGANNya?
90-91: Bukan setakat ingkar malah menuduh Allah ada anak!
92: Allah Maha Mengetahui isi hati setiap manusia sebelum, sedang dan selepas.
93-95: Sekiranya Allah turunkan azab bencana alam, bila-bila masa saja Allah boleh lakukan!
96: Sekiranya ditohmah, pertahan diri dengan cara berhemah seperti diam kerana cukup hanya Kami yang mengetahui.
97-98: Mintalah berlindung dari bisikan syaitan dan dari gangguan syaitan dalam diri.
99-100: Mintalah mati dalam keadaan beriman dan jangan dalam keadaan hendak balik semula untuk beramal kerana roh simati terdinding dari kembali ke dunia sehingga hari kebangkitan.
Monday, February 18, 2002
Al-Baqarah 101-103 Kitab Sulaiman & Sejarah Sihir
Riwayat tafsir Ibnu Kasir dari Aisyah Radiallahu Anha berkata setelah RasulullahSAW wafat, seorang wanita yang diabaikan suami memberitahuku dia dibawa seorang perempuan tua menaiki 2 ekor anjing hitam berjumpa 2 lelaki sedang bergayut kaki tergantung seperti kelawar pada sebatang pokok. 2 lelaki tersebut mengajar sihir pada wanita yang diabaikan suami itu tetapi melarang amalan sihir kerana ia menjadikan kufur. Golongan yahudi adalah kaum kufur apabila mengamal ajaran sihir oleh Harut dan Marut. Allah berfirman barangsiapa mengamal sihir wajib bagi mereka itu neraka.
Sebelum disumpah menjadi Iblis, Azazil merupakan guru segala ilmu dan berjanji menyesatkan generasi Adam. Allah berfirman matlamat sihir bertujuan memecah-belah manusia dan sesiapa belajar sihir akan mudarat dunia akhirat. Allah berfirman, apa saja masalah yang datang itu tidak akan berlaku tanpa kehendak dan keizinan Aku maka mengadulah padaKu. Sahih Muslim- istana iblis di tengah laut dan perceraian suami isteri adalah fokus utama iblis. Sabda NabiSAW Barangsiapa mengamal baca Qursi penuh keyakinan waktu pagi maka dia dipelihara dari niat jahat manusia, gangguan iblis syaitan dan sihir bermula pagi hingga petang kemudian apabila dibaca Qursi pada sebelah malamnya maka dia terpelihara sehingga pagi.
Firman Allah 103 "Manusia sekiranya bijak, tidak akan dekati sihir kerana Quran dan hadis kekasihKu itu Iman"
Isyarat dan tempoh petunjuk Istiqarah
Sesi soalan akhir syarahan pengajian Nurul Ihsan ustaz Shamsuri surah Al-Baqarah 102-103 18/2/2Soalan tentang Mimpi Istiqarah- Istiqarah merupakan memohon petunjuk Allah apabila dilanda kemusyhkilan 50:50 dalam membuat keputusan antara 2 pilihan. Mimpi kosong bukan hasil Istikharah dipengaruhi hasil konsentrasi pemikiran pilihan yang lebih berat ke arah 75 % berbanding 35 % pilihan satu lagi. Hasil Istiqarah tidak cepat. Ia biasanya memakan masa sehingga 3 bulan. Paling cepat dalam masa sebulan. Hasilnya juga kadangkala bukan berbentuk mimpi tetapi petanda baik atau buruk tentang pilihan yang bakal dibuat.
Friday, February 15, 2002
LARANGAN MENCACI ANGIN & HIKMAH MUSIBAH
BM18 Neraka 15/2/02 UsShamsuri Riwayat AtTirmizi sabda NabiSAW dia bukanlah orang beriman apabila mencela dan melaknat orang lain, membuat keji dan bercakap kotor.Riwayat Abu Daud dari ABiHurairahRA sabda NabiSAW, udara adalah rahmat Allah, angin kadangkala rahmat dan kadangkala azab. Sekiranya angin membuat kamu rasa tidak selesa maka jangan kamu mencaci, memaki dan mengata tidak elok pada angin tu sebaliknya mintalah pada Allah bawakan kebaikan dan mintalah pada Allah memberi perlindungan dari angin itu.
Riwayat Muslim dari JabirRA Sabda NabiSAW apabila manusia ditimpa musibah penyakit, Allah mansuhkan sebahagian dari dosa kamu.
Riwayat AtTirmizi dari Anaz bin Malek sabda NabiSAW cela orang itu adalah tidak elok pada diri kita dan malu pada Allah dan dirinya sendiri itu hiasan diri kerana takutnya untuk mencela orang lain apabila memikirkan dirinya baikkah aku untuk mencela orang.
Thursday, February 14, 2002
TAFSIR MIMPI menurut Hadis Sahih At-Tirmizi
- Mimpi diikat merupakan mimpi baik kecuali diikat pada leher.
- Mimpi gangguan syaitan seperti mimpi kena tindih atau dihempap atau dicekik atau mimpi pelik seperti bertukar-tukar lokasi, mimpi jumpa kawan-kawan kemudian menjadi kanak-kanak kemudian menjadi binatang kemudian menjadi binatang berbisa nak gigit.
- Mimpi jenis ketiga ialah mimpi keinginan yang kuat untuk mendapat sesuatu.
Monday, February 11, 2002
KEISLAMAN OMAR AL-KHATAB MEMULAKAN KEKUATAN ISLAM
Dari himpunan kuliah pengajian UsShamsuri kisah Saidina Omar & bahrulmazi bab 1 jenis hadis 11Feb2002RasulullahSAW berdoa supaya musuh seperti Abu Jahal atau Omar Al-Khattab mendapat petunjuk Allah supaya umat Islam tidak perlu solat secara sembunyi.
Ketika Omar Al-Khattab tiba di rumah adiknya yang tengah membaca Al-Quran surah Taha FIRMAN ALLAH, KAMI TIDAK TURUNKAN AL-QURAN UNTUK MENYUSAHKAN KAMU. TETAPI UNTUK PERINGATAN KEPADA MANUSIA TENTANG PENCIPTA DAN PEMILIK LANGIT DAN BUMI.
Hati Saidina Omar menjadi lembut kerana menyedari kuasa yang jauh lebih hebat melebihi sekalian makhluk dunia. Setelah masuk ke rumah adiknya serentak itu dia diberitahu berita gembira tentang hidayah yang didoakan RasulullahSAW. Omar kemudian berjumpa NabiSAW di AsSafa di Mekah untuk menzahirkan keislamannya. Tiba Omar di muka pintu rumah, para sahabat terdiam dan cemas seketika. Bingkas bangun menerpa mendahului NabiSAW ialah Saidina Hamzah yang bersedia menghunuskan pedangnya kerana Hamzah amat mengetahui siapa Omar.
Sabda NabiSAW duduk wahai bapa saudara kesayanganku kerana Allah telah menghantar Omar kepadaku. Kemudian Omar datang memeluk dan melutut RasulullahSAW sambil menangis menyebut "Islamkan aku ya Rasululullah, Islamkanlah aku" . Maka sekalian para sahabat yang lemah peringkat awal perkembangan Islam bertakbir "Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!" sambil bersorak kegembiraan dan tersenyum akan kehadiran hidayah Omar Al-Khattab.
Omar Al-Khattab kemudian mengajak semua umat Islam yang ada disitu menuju ke Ka'bah untuk memberitahu keislamannya pada seluruh penduduk kafir Quraisyh Mekah. Tidak berapa lama selepas itu, keluar dua saf menuju ke kompleks masjidil haram dimana saf pertama dipimpin Saidina Omar dan saf kedua dipimpin oleh Saidina Hamzah bagi membuktikan yang benar dari yang batil.
Saidina Omar kemudian berteriak gertak pada sekalian penduduk kafir Quraisyh "Sesiapa yang ingin melihat isterinya menjadi janda, anaknya menjadi yatim maka datanglah menghadapiku"
Peristiwa keislaman Omar dan Hamzah menggemparkan kafir Mekah kerana kekuatan Islam sudah bermula. OmarAl-Khattab berjaya menjadi Ibu dan Ayah kepada rakyatnya pada zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rashidin.
Omar Al-Khattab merupakan salah seorang 10 sahabat dijamin syurga tanpa dihisab dan pendapatnya disokong wahyu Allah disamping merupakan Ulama Besar yang hebat. Masalah rakyat masalah besar bagi dirinya, Al-Quran dan Sunnah Rasul melebihi urusan hidupnya.
Kenali pemerintah baik dan jahat
Sahih AtTirmizi dari AbuHurairahRA kutbah NabiSAW. Pemerintah yang baik ialah tidak melakukan yang dia suka tetapi melakukan yang Allah suka. Pemerintah yang baik juga menjaga kebajikan dan tidak menzalimi rakyatnya. Manakala pemerintah yang jahat ialah makan rasuah atau melindungi ahli keluarga, orang bawahan dan kawannya yang rasuah.
![]() |
| Mendoakan pemimpin diberi hidayah Allah |
Maksud Hadis ialah kita di bawah Kita komplen memang sedap sebab tak duduk tempat pemerintah. Sekiranya kita jadi pemerintah kita bebas guna peluang dengan 10 kali ganda lebih teruk makan rasuah barulah kita tahu kita lagi jahat.
Dari Omar Al-KhattabRA sabda NabiSAW Sebaik-baik pemerintah itu ialah berdoa akan kesejahteraan rakyatnya dan mengasihi rakyatnya. Rakyatnya pula sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan mengasihinya secara sukarela. Sejahat-jahat pemerintah itu ialah menindas rakyatnya dan disumpah seranah rakyatnya akan pemerintahan tersebut.
Dari Ummu SalamahRA sabda NabiSAW sekiranya pemerintah atau ulama itu tidak baik maka tegur menasihatinya. Sekiranya teguran itu membawa kepada kematian maka syahid ganjarannya. Cegah mungkar bermula dengan tangan kemudian atau teguran menasihat dan akhir sekali atau dengan hati yang tidak redha.
Islam melarang keras menjatuhkan pemerintah secara kekerasan selama mana pemerintah tersebut solat 5 waktu. Hadis ini Hassan Lagi Sahih At Tarmizi disokong Sahih Muslim Syarah Hadis AnNawawi bab Islam meWajibkan Ketaatan Pemimpin.
Sunday, February 10, 2002
Omar Al-Khattab ra
2002/02/11 Ustaz Shamsuri 14 - Bab Menyatakan Hadis Bicara Niat - BM1 ms05
![]() |
| gambar hiasan |
Thursday, February 7, 2002
Sunah Jumaat & Sebab Mulut Badan Neraka
08022002 BM3 Solat Jumaat
Sebab Mulut Badan Neraka
Muttafakun Alai dari Sahal b Saad ra, sabda Nabi saw. Siapa berjaya menjaga lidah dan kemaluan dari melakukan dosa akan dijamin syurga.
Sahih At Tirmizi dari Abi Abd Rahman / Bilal b Al-Harith sabda Nabi saw. Bercakap baik boleh membawa ke syurga manakala bercakap kotor atau jahat membawa ke neraka.
Bahrulmazi jiid 3 ms237
Hasan AtTirmizi dari Al-Barraq b Aziq ra sabda Nabi saw. Sunah sangat dituntut mandi, membersihkan diri, mencukur bulu, mengerat kuku, bersugi, menghilangkan bau busuk dan memakai wangion haruman pada hari Jumaat sebelum pergi menunaikan solat Jumaat.
Hadis Riwayat At Tirmizi dari Omar b Abd. Aziz. Sekiranya cukup 40 orang maka boleh dilakukan solat Jumaat.
Wednesday, February 6, 2002
Al-Mukminun 69-82 Nabi 124,000 Rasul 315 Rasul 25 wajib Muslim ingat
Tafsir Nurul Ihsan jilid 4 surah Al-Mukminun ayat 69-82 Syarahan Ustaz Shamsuri 6/2/02. Allah menceritakan cabaran-cabaran yang dilalui 25 Rasul ketika memperakukan Tuhan sebenar iaitu Allah di dalam Al-Quran kepada Nabi dan Rasul terakhirNya iaitu Nabi Muhammad SAW.Sahih Musnad Ahmad sabda Nabi saw pada Abu Zar ra. Dari 124,000.00 Nabi, 315 dilantik menjadi Rasul untuk sepanjang zaman usia bumi. Di dalam Islam yang wajib beriman ialah sebanyak 25 Rasul. Nabi terakhir dan Rasul terakhir hanya baginda Muhammad bin Abdullah saw yang disayangi oleh kita semua.
Surah Ghafir / Taubat ialah kembali pada Islam
76 Neraka Jahanam sehabis buruk tempat seksaan.
79-80 Kenderaan, pakaian dan makanan dari sumber ternakan ini semuanya milik Allah.
81 Jangan ingkar kerana terang-terangan bukti kekuasaan Allah akan hidup dan mati.
82-83 Lihatlah kesan tapak sejarah dimuka bumi yang dimusnahkan Allah seperti laut mati dan banyak lagi akibat ego dan kesombongan dengan perintah Allah.
84-85 Kami beriman dengan Allah tuhan yang esa dengan meninggalkan benda yang boleh menyebabkan syirik kerana apabila tiba azab, tiada guna lagi baru hendak beriman.
Tuesday, February 5, 2002
Sederhana itu pilihan Rasulullah SAW
![]() |
| Juadah pelbagai warna |
nota: mana-mana huruf besar blog NotaCinta ini ialah nada ketegasan oleh ustaz Shamsuri dan penulis bersetuju dengan hujah ketegasan tersebut.








