Kuliah Tafsir Surah AlMunafiqun ayat 1 Ust Shamsuri. Segelintir NGO bagus kerana pengorbanannya Allah saja yang tahu iaitu menolong orang dan selalu memikirkan ketidak adilan sosial, membantu masyarakat yang terbiar yang tidak diberi perhatian. Tetapi sayangnya mereka tidak memakai tudung malah ada yang tidak solat. Jawab mereka: “Itu personal, pelase I don’t want to hear about that, that one between I dengan my God. Jangan sampai I hilang respect dengan U” Inilah makna menurut ayat tersebut ibarat pahala di dalam bakul tetapi sampai akhirat baru tahu bakulnya bocor.
Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Sunday, December 30, 2012
IBARAT PAHALA DALAM BAKUL BOCOR MENURUT AL-QURAN
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan
oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah
(dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan
demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (Al-Munaafiquun 63:9)
Kuliah Tafsir Surah AlMunafiqun ayat 1 Ust Shamsuri. Segelintir NGO bagus kerana pengorbanannya Allah saja yang tahu iaitu menolong orang dan selalu memikirkan ketidak adilan sosial, membantu masyarakat yang terbiar yang tidak diberi perhatian. Tetapi sayangnya mereka tidak memakai tudung malah ada yang tidak solat. Jawab mereka: “Itu personal, pelase I don’t want to hear about that, that one between I dengan my God. Jangan sampai I hilang respect dengan U” Inilah makna menurut ayat tersebut ibarat pahala di dalam bakul tetapi sampai akhirat baru tahu bakulnya bocor.
Kuliah Tafsir Surah AlMunafiqun ayat 1 Ust Shamsuri. Segelintir NGO bagus kerana pengorbanannya Allah saja yang tahu iaitu menolong orang dan selalu memikirkan ketidak adilan sosial, membantu masyarakat yang terbiar yang tidak diberi perhatian. Tetapi sayangnya mereka tidak memakai tudung malah ada yang tidak solat. Jawab mereka: “Itu personal, pelase I don’t want to hear about that, that one between I dengan my God. Jangan sampai I hilang respect dengan U” Inilah makna menurut ayat tersebut ibarat pahala di dalam bakul tetapi sampai akhirat baru tahu bakulnya bocor.
Perkauman Kenegerian itu Jahiliah
Amar bin Yasir ra Kutbah Jumaat
Muqaddimah
NurulIhsan tafsir AL-Jumuah ayat 5 Ust Shamsuri
SahihMuslim
kata JabirAbdillahRA gaya NabiSAW ketika berkhutbah solat Jumaat, suaranya
cukup tinggi dan kuat, marahnya bersangatan, matanya merah sambil menegaskan
rekaan ibadah itu bid’ah dan sesat.
Terdapat
kutbah kita pada hari ini, pegang tongkat pun tak larat. Baca kutbah macam
bunyi meleret baca surat khabar. Orang yang tidak tidur pun tak faham, yang
tidur lagi tak tahu apa dari awal. SALAH KHATIB ITU BERKHUTBAH MAKA DIA AKAN MENJAWAB
DI HADAPAN ALLAH. KALAU TAK RETI KUTBAH, BAGI ORANG LAIN YANG RETI.
Sahih
Muslim dari Wasil bin Hayyan RA, Amar bin YasirRA yang ibunya Sumayyah dan bapanya
Yasir yang mati diseksa kejam ketika mempertahankan Islam. Kehebatan Khutbah Amar
ini ringkas dan padat sehingga isi kutbahnya melekat di hati. Jemaah solat
Jumaat tidak akan melepaskan peluang untuk mendengar kutbahnya setiap hari
Jumaat sehingga ada di antara mereka mahukan Amar memanjangkan lagi kutbahnya.
Sahih Muslim
dari AmarRA sabda NabiSAW sesiapa yang menjadi khatib, kutbah ringkas padat itu
tuntutan Islam.
Kubur SAAD
BIN ABI WAQAS RA (10 sahabat dijamin
syurga tanpa dihisab- Pemanah tepat pasukan Islam) bukan terletak di Negara China tetapi di Madinah berdasarkan Hadis Sahih dari A'isyah r anha.
Tafsir Surah Al-Jumuah ayat 5
Kitab tafsir Nurul Ihsan oleh Ustaz Shamsuri- Rekod
lama setiap segala dosa kecil dan dosa besar dari bermula kehidupan akan
dikemukakan ke muka pengadilan untuk pembalasan azab seksa akhirat kecuali
taubat nasuha. Taubat yang mengalirkan air mata ikhlas berjanji kepada Allah
supaya tidak mengulanginya.
Friday, December 28, 2012
Keberkatan dari setiap tubuh anggota RasulullahSAW
Dato Ustaz Shamsuri Al-Hafiz - kuliah pengajian Ummu Sulaim.
Jawab Ummu Sulaim kepada suami pertamanya yang belum memeluk Islam "Aku tidak murtad agama penyembahan berhala kita cuma aku mengikut Muhammad dan ingin membawa Anaz ke jalan kebenaran."
Abu TalhahRA (10 sahabat dijamin syurga tanpa dihisab) bermaskahwinkan masuk Islam ketika menikahi Ummu Sulaim setelah suami pertama dibunuh perompak. Ummu Sulaim menghadiahkan anak kesayangannya Anaz bin MalekRA sebagai khadam kepada NabiSAW kerana dia tidak punyai apa2 untuk menghadiahkan kepada RasulullahSAW.
Ketika RasulullahSAW dan 70-80 tetamu datang ke rumah Abu Talhah dan Ummu Sulaim. Tiada makanan untuk dijamu di rumah Abu Talhah kecuali sekeping roti yang ditinggalkan untuk MuhammadSAW. Dengan mukjizat RasulullahSAW roti sekeping dapat memberi keberkatan mengenyangkan 70-80 tetamu yang hadir.
Sahih Bukhari dari Annaz ibni MalekRA - RasulullahSAW mengesahkan peluh baginda yang disimpan Ummu Sulaim merupakan berkat dari AllahSWT. Sahih Muslim dari Anaz bin Malek, NabiSAW mengesahkan Ummu Sulaim merupakan ahli syurga dan kedudukannya sangat tinggi di sisi Allah.
Thursday, December 27, 2012
Manusia paling mulia di muka bumi - Rasul Allah Yusof AlaihisSalam
Husnul Khatimah atau Khusnul Khatimah, sekiranya Husnul Khatimah akan mendapat layanan yang baik selepas dihisab oleh Allah.
tafsir Nurul Ihsan jilid 2 surah Yusof ms 261 oleh Ustaz Shamsuri. Dari AbiHurairahRA
Sabda NabiSAW Manusia yang paling mulia di sisi Allah di muka bumi ini ialah Nabi Allah YusofAS dan baginda ialah anak kepada Nabi Yaakob AS cucu kepada Nabi Ishak AS dan cicit kepada kekasih Allah Ibrahim AS.
Ketampanan Nabi Yusof AS ialah melangkaui 2/3 kecantikan seluruh manusia di dunia dan baki kecantikan 1/3 dimiliki seluruh manusia di dunia.
ALLAH adalah WALI atau PELINDUNG pada hambaNya tang taat ketika di Akhirat
Kuliah Tafsir Quran kitab Nurul Ihsan ms 205 Firman Allah AnNisa ayat 172 UstShamsuri. Tidak ada yang boleh menjadi pelindung atau wali ketika kesusahan hari pembalasan melainkan Allah. Wahai sekalian manusia, telah datang cahaya sebagai bukti dari Tuhan kamu iaitu Al-Quran melalui Nabi Muhammad SAW.Musa & Isa AlaihisSalam
KULIAH TAFSIR NURUL IHSAN ANNISA 148 UST SHAMSURI
Nabi Musa berpesan pada Nabi Harun supaya melihat akan umatnya kerana baginda hendak bermunajat pada Allah. Sekembalinya Nabi Musa AS, baginda memarahi adiknya Nabi Harun dan umatnya kerana umatnya tidak mahu mendengar nasihat Nabi Harun malah menyembah sebuah patung lembu yang diperbuat dari emas.
ALLAH MENGANGKAT BUKIT TURSINA SEPERTI LANGIT YANG MENAUNGI ALAM KEPADA KAUM YAHUDI SAMBIL BERFIRMAN BERPEGANG TEGUHLAH TAURAT MENYURUH YAHUDI BERIMAN. MASUK DAN SUJUD DALAM BAITULMAQDIS SEBAGAI TANDA HORMAT. Kaum Yahudi akur tetapi setelah Allah kembali meletakkan bukit Tursina di tempatnya, Yahudi masih kembali kepada kedegilan asal dan tidak beriman. Akibat kaum Nabi Musa ini meminta yang bukan-bukan maka ALLAH MENGHANTAR HALILINTAR MEMUSNAHKAN MEREKA. Sahih Bukhari sabda NabiSAW Di hari kiamat, semua manusia termasuk aku dipengsankan dan Allah menjadikan aku orang pertama sedar dari pengsan tetapi ketika aku sedar aku nampak Musa telah berpegang di tepi Arashy Allah. Aku tidak pasti adakah Musa dikecualikan oleh Allah dari pengsan atau Musa bangun lebih awal dariku. Maka janganlah perlekehkan keistimewaan Musa itu berbanding diriku. Bahrulmazi bab15 Fitnah 3-3-09 &
Riwayat Ibnu Qasim, Raja Damascus yang menyembah bintang dihasuti Gavenor BaitulMaqdis untuk menangkap Nabi Isa dan ibunya Mariam supaya menyalib Nabi Isa AS. Pada masa yang sama hanya seorang budak lelaki yang sanggup dirupakan Allah mukanya seperti Isa AS kerana kebanyakan pengikutnya tidak sanggup untuk disalib. KEMUDIAN ATAP RUMAH TERBUKA DAN NABI ISA AS DIANGKAT KE LANGIT BERSAMA ROH DAN JASADNYA. Budak lelaki yang diserupakan Allah seperti Nabi Isa AS tersebut akhirnya disalib.
Nabi Musa berpesan pada Nabi Harun supaya melihat akan umatnya kerana baginda hendak bermunajat pada Allah. Sekembalinya Nabi Musa AS, baginda memarahi adiknya Nabi Harun dan umatnya kerana umatnya tidak mahu mendengar nasihat Nabi Harun malah menyembah sebuah patung lembu yang diperbuat dari emas.
ALLAH MENGANGKAT BUKIT TURSINA SEPERTI LANGIT YANG MENAUNGI ALAM KEPADA KAUM YAHUDI SAMBIL BERFIRMAN BERPEGANG TEGUHLAH TAURAT MENYURUH YAHUDI BERIMAN. MASUK DAN SUJUD DALAM BAITULMAQDIS SEBAGAI TANDA HORMAT. Kaum Yahudi akur tetapi setelah Allah kembali meletakkan bukit Tursina di tempatnya, Yahudi masih kembali kepada kedegilan asal dan tidak beriman. Akibat kaum Nabi Musa ini meminta yang bukan-bukan maka ALLAH MENGHANTAR HALILINTAR MEMUSNAHKAN MEREKA. Sahih Bukhari sabda NabiSAW Di hari kiamat, semua manusia termasuk aku dipengsankan dan Allah menjadikan aku orang pertama sedar dari pengsan tetapi ketika aku sedar aku nampak Musa telah berpegang di tepi Arashy Allah. Aku tidak pasti adakah Musa dikecualikan oleh Allah dari pengsan atau Musa bangun lebih awal dariku. Maka janganlah perlekehkan keistimewaan Musa itu berbanding diriku. Bahrulmazi bab15 Fitnah 3-3-09 &
BM21-Siri 44 | 131119 https://www.youtube.com/watch?v=ss35nqYNu_g
Riwayat Ibnu Qasim, Raja Damascus yang menyembah bintang dihasuti Gavenor BaitulMaqdis untuk menangkap Nabi Isa dan ibunya Mariam supaya menyalib Nabi Isa AS. Pada masa yang sama hanya seorang budak lelaki yang sanggup dirupakan Allah mukanya seperti Isa AS kerana kebanyakan pengikutnya tidak sanggup untuk disalib. KEMUDIAN ATAP RUMAH TERBUKA DAN NABI ISA AS DIANGKAT KE LANGIT BERSAMA ROH DAN JASADNYA. Budak lelaki yang diserupakan Allah seperti Nabi Isa AS tersebut akhirnya disalib.Wednesday, December 26, 2012
Siapa yang akui Allah sebagai Tuhan tetapi menolak RasulNya
Islam Agama Syumurl dan Cara Hidup Menyeluruh |
Iblis Laknatullah menolak Rasul Allah iaitu Nabi Adam AS tetapi mengakui Allah sebagai Tuhannya Yang Esa.
Yahudi mengakui Nabi Musa AS tetapi menolak Nabi Isa AS dan Nabi Muhammad SAW tetapi tetap mengakui Allah sebagai Tuhannya.
Nasrani mengakui Allah sebagai Tuhan tetapi menolak Nabi Muhammad SAW disamping sesat mengakui Nabi Isa AS sebagai anak tuhan.
Sesungguhnya mereka yang kufur iaitu membeza Allah dan Nabi MuhammadSAW atau seperti menolak salah satu ayat dalam Al-Quran seperti hukum hudud bererti ia tidak beriman pada ALLAH.
Boleh Berdoa pada Penzalim
Sampai di Taif Saudi, NabiSAW disambut dengan balingan batu . Malaikat Jabbal bertanya pada Nabi Muhammad SAW dan ingin mengambil tindakan pada samseng penduduk Taif " Wahai Rasulullah, Apa yang kau mahukan aku lakukan kepada mereka yang kurang ajar membaling batu kepadamu ini "
Kita bersabar dan kita memohon pada Allah semoga dibuka hati penduduk Taif
Apabila tahap Sabar NabiSAW melampaui had. "Ya Allah binasakan Quraisyh walaupun Quraish bangsaku." Petikan tafsir AnNisa 148 kitab Nurul Ihsan Ust Shamsuri dalam sebuah Hadis.
Kita bersabar dan kita memohon pada Allah semoga dibuka hati penduduk Taif
Apabila tahap Sabar NabiSAW melampaui had. "Ya Allah binasakan Quraisyh walaupun Quraish bangsaku." Petikan tafsir AnNisa 148 kitab Nurul Ihsan Ust Shamsuri dalam sebuah Hadis.
Friday, December 21, 2012
TIDAK BERLAKU ROH KEMBALI MENZIARAH KAUM KELUARGA SELEPAS MATI
Ramai
di kalangan sahabat kita yang mendahului kita kembali ke Rahmatullah telah
melalui: Malaikat berpakaian serba putih ketika mati menyeru “Wahai jiwa yang
tenang baliklah engkau menghadap Allah dalam keadaan engkau redha dan Allah
redha kepada engkau” . Selepas melalui sesi Mungkar nangkir. Kata arwah pada
Malaikat , Tuan, boleh tak aku nak balik jumpa orang-orang yang ku sayang di
atas dunia kerana aku nak memberitahu yang janji Allah itu betul. Kata Malaikat “Kamu tidur seperti mana pengantin tidur”.
SEKIRANYA MEMILIH IMAN PERCAYA ALLAH MAKA SYURGA BALASANNYA. SEKIRANYA SEBALIKNYA MAKA AZAB BALASANNYA. ALLAH TEGAS DALAM HAL INI MENERUSI AL-QURAN DAN HADISNYA.
Kuliah
Tafsir Quran kitab Nurul Ihsan ms 205 Firman
Allah AnNisa ayat 172 UstShamsuri. NabiAllah ISA AS menegaskan aku ini
HAMBA & UTUSAN ALLAH BUKAN ANAK ALLAH pada Nasrani. Malaikat itu juga HAMBA
ALLAH bukan anak perempuan Allah. Sesiapa yang Takabur Menafikan Firman Allah
Isa itu hambaNya bukan anakNya. Allah befirman TIDAK APA, TERIMALAH AKIBAT DI AKHIRAT NANTI! CARA AL-QURAN SESIAPA KUFUR & INGKAR ALLAH TEMPAT KAMU NERAKA.
Kaki buli Abu Jahal membuli MuhammadSAW yang hatinya lurus. Kebenaran ISRA’MI’RAJ
Muqaddimah
kuliah UstShamsuri tafsir NurulIhsan 172
riwayat IbnuAbbas Suatu hari AbuJahal Musuh Allah datang bertanya perli NabiSAW
yang kelihatan susah hati. NabiSAW hatinya lurus tidak pernah buruk sangka itu menerangkan
peristiwa Isra’Mi’raj. Abu Jahal merasakan inilah peluang keemasan menjatuhkan MuhammadSAW
dan mencadangkan supaya menceritakan kisah ini kepada penduduk Mekah. Setelah
Abu Jahal mengumpulkan penduduk Mekah dia pun meminta NabiSAW yang lurus itu menceritakan
peristiwa Isra’Mi’raj’. Sebahagian penduduk Mekah tepuk dahi mengesahkan
MuhammadSAW ini penipu. Sebahagian lain menepuk tangan bersorak mengatakan
MuhammadSAW sudah gila. Sekumpulan ahli perniagaan yang berulang alik urusniaga
di Masjidil Aqsa meminta NabiSAW menerangkan terperinci tentang struktur
senibina Masjidil Aqsa. Allah membantu kekasihNya membayangi masjid tersebut bagi
memberitahu seperti yang diminta. Kumpulan
ahli perniagaan ini pun berkata “Demi
Allah, apa yang MuhammadSAW ceritakan itu tepat semuanya”
Thursday, December 20, 2012
COUNTDOWN NEW YEAR
Firman Allah
menyuruh NabiMuhammadSAW supaya menceritakan kepada manusia melalui HadisNya
kerana banyak yang diceritakan melalui firman Allah kisah Nabi-Nabi dan mukjizatnya
tetapi masih tidak mahu mendengar akan seruan Allah.
Masyarakat
kita hari ini tidak terasa tiada ingin dalam hati mereka ingin mengambil tahu
pasal agama. Tidak terasa nak beli kaset radio buku berkaitan agama. Yang ada
di hati ialah Detik 12 Tengah malam COUNTDOWN tahun baru. Benda ni dulu di
negeri orang puteh tetapi hari ini jadi di tempat kita sendiri. Kita kat sini
baca Hadis sampai nak terkeluar kerongkong. Mereka ini ada ungkapan popular
iaitu “ada aku peduli?” Bagi mereka agama terlalu asing. Allah hu’Akbar…
Cinta Abu Bakar As Siddieq radialla huanhu
As Siddieq |
Cinta Abu Bakar As SiddieqRA
Hadis Dari Abu
Bakar AsSiddiqueRA ketika menatap wajah jenazah RasulullahSAW “ Sungguh Cantik
dan Indah wajahmu ketika mati wahai MuhammadSAW
seperti mana wajahmu ketika hidup” serentak dengan itu deruan air mata Abu
Bakar sentiasa laju mengalir tanpa henti apabila terkenangkan kenangan pahit
manis riwayat hidupnya ketika bersama RasulullahSAW. "Demi Allah, aku rela kehilangan ibubapaku dari kehilangan mu ya RasulullahSAW."
IbrahimAS atau Bapa kenabian RasulullahSAW
Hadis Sahih
Imam Muslim dari Sabit Al Bunani Tabi’e iaitu Anak murid kepercayaan kepada Anaz
bin MalekRA yang merupakan sukarelawan khadam dan kesayangan NabiSAW bermula
usianya 7 tahun dan hidup sehingga 100 tahun.
Ketika Anaz
bin Malek bersama-sama RasulullahSAW. Sabda RasulullahSAW “Allah telah mengurniakan
aku seorang cahayamata lelaki dan aku menamakannya seperti nama bapaku atau bapa
kenabianku iaitu Ibrahim. Demi Allah, kami turut bersedih dan redha ketentuan
Allah dengan sakit yang menimpa akan kamu wahai Ibrahim.”
Friday, December 14, 2012
Ditegah usik rambut ketika sujud
kuliah ust shamsuri bahrulmazi2 tegah bilal makan gaji. Sahih bukhari dari Ibnu Abbas sabda NabiSAW jangan sibukkan diri dengan menyelak rambut remos dan mengusik pakaian ketika hendak sujud dalam solat.
Kitab Hadis Sahih terdiri dari Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Ibnu Majah, Abu Daud, AnNasa'e', Sunan AtTirmizi, Musnad Imam Ahmad, Sunan Addarimi, Muwattaq Imam Malek, Sahih Ibnu Jarad, Sahih Ibnu Hibbal, Sahih Ibnu Saqal, Saheh Ibnu Huzaimah, Al-HakimAl-Mustadraq, Al BaihaqiSunan AlQubra, Al-MusnabAbu Ya'la, AdTabrani, Ibnu AbidnunYa, Abu Naim dan banyak lagi.
Hadis Sahih Ibnu Huzaifah dari Umarah ibn RadiyahRA dari AisyahRA keadaan sujud solat NabiSAW dalam keadaan hujung kawasan tapak kaki rapat ke lantai mengadap kiblat disamping kedua-dua tapak kaki dirapatkan antara satu sama lain. Dari Sahih Muslim ketika NabiSAW rukuk dan sujud, baginda SAW pernah membaca "Subbuhun Kuddusun RabbulMala ikatiwarruh" (bacaan yang diteriak kita ketika dalam Masjid bulan Ramadhan)
JANGAN CEPAT MENGHUKUM TIDAK BETUL SEKIRANYA TIDAK RUJUK HADIS TERLEBIH DAHULU
Sabda NabiSAW pada AisyahRA "aku juga manusia, tetapi aku sentiasa memohon pada Allah supaya memeliharaku dari gangguan syaitan"
Membohongi Sabda NabiSAW tempatnya di Neraka
Hadis Sahih
Imam Abu Daud dari Abdillah bin AmruRA: Sabda NabiSAW, teruskan menulis kerana
Demi Allah Tuhan yang nyawaku di atas tanganNya, tiada benda yang keluar dari
mulutku melainkan benar belaka.
Dari Amir(penulis
Hadis ini)bin AbdullahRA(anak angkat NabiSAW yang dibunuh kejam Hajjaj) bin Zubair
Al-AwwamRA(biras NabiSAW, PengiringNabi & 10 sahabat dijamin syurga). Satu
hari IbnuZubair bertanya kenapa bapanya tidak seperti sahabat lain
yang selalu menceritakan hadis RasulullahSAW. Jelas Az-Zubair Al-Awwam: Demi Allah aku mempunyai kedudukan istimewa
di sisi NabiSAW berbanding sahabat lain. Tetapi aku takut tersilap tafsir
maksud hadis kerana Sabda NabiSAW sesiapa yang sengaja bohong maksud sunnah
NabiSAW, tempatnya di Neraka.
Wednesday, December 12, 2012
Cara RasulullahSAW berkhutbah di mimbar
Sahih Muslim dari Jabir AbdullahRA, Apabila NabiSAW berkhutbah di mimbar, Penyampaian RasululullahSAW seperti merah matanya seolah-olah tersangat marah kepada golongan menentang Allah, suaranya diangkat lantang dan tinggi seolah-olah Komander ketenteraan. Ini kerana kaedah penyampaian khutbah bertujuan sebagai tarikan kuat untuk masyarakat datang ke masjid disamping mendengar isi khutbah yang sepatutnya menusuk hati kalbu sekalian para jemaah.
Sepatutnya teknik penyampaian kutbah seperti NabiSAW dan perlu diberi latihan untuk para katib di Malaysia yang membaca kutbah kerana pada hari ini kebanyakan tempat hanya 1 minggu sekali para jemaah datang solat di Masjid. Ia bertujuan memberi kesan mendalam supaya bertambah minat mengunjungi masjid.
petikan kuliah Ustaz Shamsuri kitab Bahrulmazi bab 15 Harta Ikut Dajjal
Sepatutnya teknik penyampaian kutbah seperti NabiSAW dan perlu diberi latihan untuk para katib di Malaysia yang membaca kutbah kerana pada hari ini kebanyakan tempat hanya 1 minggu sekali para jemaah datang solat di Masjid. Ia bertujuan memberi kesan mendalam supaya bertambah minat mengunjungi masjid.
petikan kuliah Ustaz Shamsuri kitab Bahrulmazi bab 15 Harta Ikut Dajjal
Saturday, December 8, 2012
Kerosakan akibat Hanyut dalam Anugerah Kepandaian Teknologi dari Allah menurut firmanNya
UstShamsuri Tafsir Qur’an jilid
2 Kitab Nurul Ihsan -Kuliah Tafsir Surah AnNahl . Allah menjadikan kepandaian ciptaan teknologi manusia sehingga kiamat
dengan IzinNya.
Tafsiran
kuliah kitab Nurul Ihsan "Kenderaan suatu masa dahulu kereta lembu kini merentas
zaman teknologi sebagai contoh Lexus, Bmw, Porshe, Ferrari dan sebagainya. Islam tidak menghalang kemajuan yang penting jangan
sesekali kufur atau terbabas dari jalan Islam. Kekufuran bermula apabila manusia ertikan Al-Quran bukan tidak boleh dipakai
tetapi tidak sesuai di zaman millenium kini dan mengumpamakan hanya sesuai di
zaman NabiSAW. Bermula kerosakan
ialah memandang remeh jalan agama.
DIALOG AZAB KUBUR
HadisSahih persetujuan semua
ulama Hadis – Riwayat Ibnu Majah. Muqaddimah UstShamsuri Tafsir Qur’an jilid 2
Nurul Ihsan
Sabda
RasulullahSAW -Tanya Malaikat di dalam kubur“Kamu percaya Nabi Muhammad itu
utusan Allah? Al-Quran itu dari Allah? Kamu pernah melihat Allah? Kata permuda beramal
solleh “Tiada manusia layak melihat Allah”. Dibuka dinding hijab pandangan
manusia dan ditunjukkan neraka Allah kepadanya yang api neraka itu sabung
menyabung.
Itulah
tempat kau jika kau tidak Islam atau tidak beriman pada Allah. Kemudian dibuka
hijab ditunjukkan syurga keindahan lalu seru malaikat “Inilah tempat kau di
atas keyakinan kau pada Allah tatkala nyawamu dicabut”
Apabila
seseorang itu tidak teringin untuk ke masjid atau belajar majlis ilmu agama. Dibangkitkan
dalam kubur dalam ketakutan mencengkam dirinya setelah berjalan pulang ahli
keluarga shabat handai dari kuburnya. Tanya malaikat “Bagaimana keadaan kau
ketika mati sebentar tadi”. Matinya dalam keadaan kufur makan duit haram atau
di tempat maksiat atau mabuk. Jawabnya aku
tak tahu yang aku tahu ada duit baru boleh hidup. Maka ditunjukkan syurga lalu
menyeru kepada manusia kafir atau kufur tersebut, syurga itu ialah masjid, amal
baik, silaturahim dan ilmu yang kamu tidak suka buat. Kemudian dibuka neraka
lalu malaikat menyeru Itulah tempat kamu di atas keraguan hidup kamu di dunia
dahulu.
Ayat-Ayat Syaitan
Syarah Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim
- Syaitan mesti dianggap musuh kerana syaitan diwartakan Allah menjadi musuh manusia sejak azali. Berdosa tidak menganggap syaitan sebagai musuh.
- Al-Araf ayat 22-24, gangguan iblis syaitan merujuk pakaian dedah aurat
- Yusof ayat 5, syaitan porak peranda keluarga
- Isra 53, berbahasa kasar berintasi dengan orang lain merupakan jarum syaitan
- Kumpulan Makhluk Allah yang paling besar ada 3 iaitu malaikat diikuti jin diikuti manusia.
- Nisbah Manusia 1 Jin 9 malaikat 99
- Jin diwakili spesis jin Iblis. Anak-anak Iblis dipanggil syaitan. Ifrit jin yang kuat ada baik ada jahat. Spesis jin terbang berkemungkinan besar ialah alien.
- batu cave-jin hindu, tokong-jin budha, gereja-jin kristian, masjid-jin islam.
- Perkara ghaib hanya dari perkabaran wahyu iaitu dari Al-Quran dan Hadis yang Sahih.
- Azazil dari bangsa jin yang ingkar perintah Allah kemudian dilaknat menjadi Iblis
- Syaitan manusia zaman Musa ialah Fir'aun
- Syaitan manusia zaman Nabi Muhammad saw ialah Abu Jahal.
- Nafsu merupakan tunggangan syaitan
- Karin
- Akal dipandu oleh agama
- Syaitan merosakkan kesederhaan dan keseimbangan sukatan ketentuan Allah
- Syaitan menghasut bila minum lebihkan gula, bila makan lebihkan sukatan supaya memudaratkan tubuh badan.
- Sumpah Syaitan dalam surah AnNisa. Syaitan akan sesatkan manusia, panjangkan angan-angan dan hasut. Oleh kerana hasutan, mereka akan melakukan bid'ah campur aduk rekaan adat dalam agama.
- Hasut mengubah ciptaan Allah seperti cukur kening, tajamkan gigi, suntikan botox, pembedahan plastik, sambung rambut dan sebagainya.
- Tukar jantina
- Manusia tidak dapat lihat alam jin
- Imam Syafie menganggap biadab bagi muslim yang dakwa boleh lihat jin kerana Quran menyebut manusia tidak mampu lihat jin. Siapa yang dakwa diminta mengucap 2 kalimah syahadah.
- Sahih Muslim, Arasyh singgahsana Iblis terletak di atas laut, syaitan yang paling berjaya hasut anak Adam buat dosa akan dinaikkan pangkat.
- Dialog Isa Dawud bersama jin tiada tanggungjawab kerana prinsip asas benda ghaib yang hanya diimani dengan wahyu. Dilarang mengambil rujukan dengan dialog jin dikhuatiri rekaan tipu daya jin.
- Segitiga Bermuda itu dikatakan singgahsana Iblis di tengah laut.
- Negara-negara dikelilingi laut dikatakan banyak gangguan
- Syaitan menyebabkan manusia menjauhi Quran
- Syaitan mengasyikkan dengan belajar Quran tetapi tidak dapat menghayati amalan Quran
- Syaitan goda manusia berilmu dengan sogokan dunia
- Syaitan meracuni lintasan hati Siapa cipta Allah bila melihat kebesaran Allah. maka sabda Nabi saw. hendakalah hentikan dengan istighfar dan menyebut Aku beriman dengan Allah dan rasul
- Ketika Nabi Musa dan anak muridnya Nabi Yusyak untuk bertemu guru Nabi Musa iaitu nabi Khidir as. Yusyak dilupakan syaitan melengahkan perjalanan untuk mempelajari ilmu agama.
- Tutup aurat bukan bungkus aurat merupakan arahan wajib. mazhab syaitan merosakkan manusia seperti penyelewengan sisters in Islam seperti:- lebih baik tak pakai tudungkerana pakai tudung pun akhlak teruk. 4 syarat tutup aurat ialah Tutup dada, Tidak jarang, Tidak ketat dan Akhlak dijaga.
- Lidah, hati dan akhlak juga merupakan aurat.
- Berpegang teguh panduan Quran Sunnah
- Memohon lindungan Allah
- Jangan membazir
- Tidur sedikit
- Bacaan ayat Qur'an bagi air komponen oksigen dan hidrogen yang diresap sel tubuh badan berfungsi membelenggu syaitan yang sedang berlari dalam pembuluh darah.
- Semakin banyak mempelajari ilmu Quran dan Hadis.
- Sunan AtTirmizi sabda Nabi saw selesai baca Ar-Rahman. Para jin jauh lebih menghayati berbanding para sahabat. Para jin sahabat Nabi saw diiktiraf para ulama. Fakta sejahat-jahat manusia sebaik-baik jin tidak benar dan bercanggah dengan hadis.
- Hanya Quran dan Hadis menceritakan nama-nama jin. Selain dari itu, hanya boleh sekadar mendengar.
- Fakta salah dan israiliat jangan disebarkan kerana Malaikat akan berkata. "berani betul budak ni putar-belit ayat Quran dan Hadis."
- Benda ghaib hanya disandarkan pada nas sahih.
- Pengalaman rawat pesakit tidak boleh dijadikan fakta dan hujah. Sekiranya bercerita pastikan tertutup bukan terbuka.
- ISLAM penaung Allah dan Rasul. BUKAN ISLAM penaung syaitan. Adat budaya resam agama selain islam merupakan strategi pelbagai syaitan.
- As-Saffat. Jin mencuri berita langit kemudian dipanah tahi bintang di langit.
Wednesday, December 5, 2012
Ummul kitab AL-FATEHAH
kuliah ust shamsuri bab 15 kitab bahrulmazi 1 Nov2011 Masjid AlorSetar
kuliah ust shamsuri bab 15 kitab bahrulmazi 1 Nov2011 Masjid AlorSetar
Hadis dari AbuSaid-AlQudriRA
.Tiba-tiba datang sekumpulan kaum Badwi kepada perkhemahan para sahabat meminta
pertolongan merawat ketua suku mereka yang sedang sakit akibat serangan
binatang berbisa. AbuSaid AlQudri mencuba menghulurkan bantuan dengan membaca surah Al-Fatihah
dan diizin Allah sembuh penyakit tersebut. Kaum Badwi kemudian
menghadiahkan beberapa ekor kambing hasil dari hadiah penyembuhan ketua mereka.
Sebahagian sahabat was-was dengan pemberian hadiah itu dan mencadangkan
berjumpa RasulullahSAW. Setelah diceritakan peristiwa tersebut kepada
RasulullahSAW kemudian Sabda NabiSAW sambil tersenyum pada AbuSaid-AlKhudri dan
para sahabat “bagi aku seekor dua dan kambing yang lain kamu semua ambil”. J
Keputusan Allah menurut Al-Quran AnNisa34 Lelaki memimpin kaum Wanita
Kuliah ust Shamsuri Bahrulmazi ms 203 bab tidak membenarkan musafir perempuan sekiranya tanpa mahram. Tidak perlu forum atau perbincangan kerana sudah jelas keputusan Allah. Wanita Tidak Boleh Memimpin Lelaki. ianya bukan keputusan NabiSAW bukan ulama dan bukan mana-mana pihak.
Hadis Hassan Lagi Sahih AtTirmizi, AbiHurairah dan Ibnu Abbas dari AbiSaid AlQudri menurut NabiMuhammadSAW. Rukun haji atau umrah dibolehkan dengan syarat ditemani ahli keluarga mahram menurut Imam Malek dan AsSyafie. Isteri dibolehkan keluar ziarah ibubapa dan saudaranya dengan syarat izin suaminya.
Hadis Hassan Lagi Sahih AtTirmizi, AbiHurairah dan Ibnu Abbas dari AbiSaid AlQudri menurut NabiMuhammadSAW. Rukun haji atau umrah dibolehkan dengan syarat ditemani ahli keluarga mahram menurut Imam Malek dan AsSyafie. Isteri dibolehkan keluar ziarah ibubapa dan saudaranya dengan syarat izin suaminya.
R A S U A H
NabiSAW telah
menugaskan Lutdiah dari bani Al-Asdi memungut zakat. Di atas mimbar kutbah
masjid NabiSAW bersabda “Tidak sepatutnya orang yang aku lantik memungut zakat mengambil
hadiah pemberian orang. Demi Allah dengan nyawa aku Muhammad ini, mana-mana
orang menerima bahagian selain gaji di atas kerja yang ditugaskan di akhirat
nanti Allah akan mengazabnya. Sesungguhnya Ya Allah aku telah menyampaikan
risalah suruhan Engkau”
DOA sembuh demam - KHURAFAT TALI KASUT tujuan sembuh demam
Kuliah UstShamsuri
bab Bencana Sihir kitab Bahrulmazi jilid 14 ms93
Hadis Gharib
dari Ibrahim bin Ismail sabda NabiSAW sambil jelum kepala dengan air sambil berdoa
“Bizmillah hilkabir A’u’zubillah hil’ a’zim Minsyarri kulli irqi na’ a’rim WaMin
syarri harrinnar.”
Dengan nama
Allah, Tuhan yang MahaBesar, aku berlindung dari Allah Maha Besar, aku
berlindung dari kejahatan darah menggelegak dalam badan manusia dan dari jahatnya
api neraka. Hadis sahih AtTirmizi dari IbnuOmar, Ibni Abbas, Asma’ binti Abibaq
dan AisyahRA sabda RasulullahSAW Demam itu merupakan tempias hembusan dari
Neraka Jahannam maka sejukkan dengan air melalui kain yang direndam diletakkan
samada di perut atau di kepala. Hadis dari
Imam Ahmad dan Abu Ya’lab dari Uqbah bin AmirRA Sabda NabiSAW dilarang barang
siapa percaya segala jenis tangkal dengan keyakinan mebawa kebaikan dan
menghalang mudarat.
HADIS tafsir AL-Quran AL-MA'IDAH & IBRAHIM
Keresahan Para Rasul menurut Al-Quran tentang umat mereka Menyedihkan RasulullahSAW mengenangkan umatnya kuliah kitab bahrulmazi was-was rakaat solat - UstShamsuri.
AtTirmizi AbdillahRA sabda NabiSAW menurut firman Allah surah Ibrahim & Al-Maidah dikhalayak para sahabat. Nabi Ibrahim AS sedih kerana PATUNG PENYEMBAHAN BERHALA MENYESATKAN RAMAI UMATNYA termasuk kaum kerabat keluarganya yang kafir. Nabi Musa AS pula bertawakal pada Allah, JIKA ENGKAU YA ALLAH AZAB MEREKA (umatku yang kesesatan), MEREKA ITU HAMBA ENGKAU. SEKIRANYA ENGKAU MENGAMPUNI MEREKA, ENGKAU MAHA PERKASA LAGI MAHA BIJAKSANA.
Melihat akan kesedihan RasulullahSAW, Allah berfirman "Sesungguhnya KAMI berjanji Wahai Muhammad, AKU TIDAK AKAN MENYEDIHKAN ENGKAU KERANA UMAT ENGKAU". Sayangnya masyarakat kita hari ini masih membantah RasulullahSAW tidak meninggalkan laranganNYA malah mengingkari suruhanNYA.
Tuesday, December 4, 2012
ALLAH BOLEH MELAKUKAN SEGALANYA TANPA MALAIKAT
ALLAH MAHA MENGETAHUI petikan kuliah UstShamsuri kitab bahrulmazi jilid 3 was-was rakaat solat.
Allah tidak perlu malaikat Israfil memanggil hujan, Allah tidak perlu malaikat Rakib Atib menjaga amalan dosa pahala manusia, Allah tidak perlu malaikat Izrael mencabut nyawa manusia. Tujuan Allah menciptakan dan melantik malaikat menunjukkan Allah MAHA ADIL dengan menampilkan saksi HARI PENGADILAN DOSA PAHALA MANUSIA yang terdiri dari para malaikat.
Monday, December 3, 2012
TAWAKKAL SAIDINA ALI KARAMULLAH HUWAJJHA PADA ALLAH
Bertawakallah
pada Allah kerana Hanya Allah Maha Mengetahui Zahir Dan Batinnya.. Kuliah Tafsir
surrah Sajdah Nurul Ihsan
Khalid
AlWalid berkata Ya Rasulullah, aku membunuh musuh perang yang tidak ikhlas mengucap syahadah kerana dia takut pedangku ketika pedangnya terlepas dari tangan setelah lama bertarung. NabiSAW amat marah
dan bersabda kenapa kamu tidak membelah dadanya dan melihat samada dia ikhlas
atau tidak. Akhirnya Khalid menyesal kerana dia telah tersilap.
Muawiyah Abu Suffyan menjunjung Al-Quran apabila tenteranya kelihatan kalah dalam Perang Siffin. Saidina Ali mengarahkan tenteranya supaya berhenti tetapi terdapat sekumpulan pengikutnya membantah dan menganggap ia helah musuh untuk bedamai. Saidina Ali
berkata sekiranya musuh kecenderungan ke arah damai selebihnya aku bertawakal
pada Allah. Kumpulan yang tidak berpuas hati itu kemudian keluar dan
menyerang hendap Ali dari belakang.
Nabi MuhammadSAW jumpa Nabi MusaAS
kuliah tafsir
Al-Quran Kitab Nurul Ihsan Bab Tafsir Ayat23 surah Sajdah
RasulullahSAW berjumpa Nabi MusaAS kali pertama di BaitulMaqdis ketika Nabi MusaAS tengah duduk solat di dalam kubur dan kali ke-2 di langit ke-6 ketika peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Allah jadikan Nabi MusaAS sebagai pemimpin bani Israel ke arah kebenaran.
Dari 4000
orang Nabi hanya 25 dipilih menjadi Rasul dan kebanyakan Rasul dari keturunan Israel.
Bani Israel beriman kepada Allah kerana mukjizat kurniaan Allah pada Nabi
MusaAS tetapi yang silapnya Bani Israel tidak dapat menerima perlantikan Rasul dari
Allah pada Nabi yang berketurunan Arab.
Di Akhirat
nanti Allah akan mengumumkan secara rasmi Islam saja agama yang betul dan
manusia yang menerima Islam di atas dunia pada hari ini akan beruntung di
akhirat nanti. Golongan yang agama selain dari Islam akan menyesal pada hari
tersebut.
Ilmu Pemimpin Institusi Kekeluargaan & Kemasyarakatan
Agama pembimbing Institusi Kepimpinan |
Cara
pendidikan dunia hari ini. Kuliah kitab Muhimmah bab Lelaki Jahat. Ust Shamsuri. Masyarakat
moden hari ini suami gaji kecil isteri gaji besar. Hasil pendapatan isteri jika
digunakan mestilah dengan syarat redha isteri. Kalau isteri tidak redha maka
potong bil telefon internet atau tidak membeli kereta, peti ais dan sebagainya
merangkumi aksesori tambahan rumah. Kewajipan
suami ditentukan oleh syarak agama ialah makan minum pakaian dan tempat
tinggal.
Syarat
kebahagian rumahtangga ialah meletakkan soal agama tempat utama dan alim(berilmu) tentang Ilmu Hikmah(bijaksana) yakni diperlihara Allah. Diantara punca
kekacauan institusi kekeluargaan ialah ibubapa tidak menjadi contoh ikutan baik
tetapi berkelakuan seperti mencarut bermulut lucah dan tidak mengikut syariat Islam.
Kebanyakan isteri berperangai tabiat dan mulut yang menyakitkan hati dan
sebagai suami mestilah sabar dan berhenti dari mengikut syahwat kehendak
kebendaan isteri.
Terdapat
suami yang tidak sabar dan tidak tahan dengan menggunakan kuasa talak sehingga talak
3. Syarak tidak mengiktiraf upah orang nikah cerai supaya boleh menikah balik. Sekiranya
menikah juga akan jadi zina. Yang boleh rujuk
selepas talak 3 ialah isteri yang dicerai suami lain dengan takdir Allah tanpa perancangan
atau ugutan.
Wednesday, November 28, 2012
IMAN menurut FIRMAN ALLAH SWT
- Percaya Allah, Malaikat, Nabi-nabi, Hari Kiamat, Malaikat kecuali Qada Qadar akan rosak Iman seluruhnya. Menolak salah satu rukun iman bererti menolak kesemuanya.
- Percaya Nabi AdamAS hingga IsaAS kecuali Nabi MuhammadSAW maka kafirlah kaum Kristian.
- Percaya Nabi AdamAS hingga Nabi MusaAS dan tolak MuhammadSAW maka kafir kaum Yahudi.
- Percaya Al-Quran dan Hadis tetapi tolak mana-mana salah satu hukumnya termasuk pembahagian zakat, harta pusaka, hudud maka rosak seluruh iman.
- IMAN atau AKIDAH tidak boleh memilih kena mengambil semua.
Sabda NabiSAW beza kafir dan muslim ialah solat
Perangai Isteri Solehah
Dari Imam Al-Ghazali Sabda NabiSAW umpama perempuan solehah itu seperti seekor gagak putih ditengah kumpulan 200 ekor gagak. Kuliah Ust Shamsuri Bahrulmazi bab Nak Kahwin Lagi- Yang dimaksudkan NabiSAW nak mencari macam ni memang susah sebagai contoh "Tak puas hati dengan layanan saya ka> Abg kalau nak menikah lagi saya bagi." Kalau ada pun gagak kelabu "Ya saya bagi abg menikah" suami tanya Sungguh ka? tiba-tiba menangis dalam hati tak bagi. :-)
Hak Istimewa menurut Islam bahrulmazi bab 2
Hadis riwayat Abi Mas'ud AlAnsariRA sabda NabiSAW
Islam bagi keistimewaan kepada Tuan Rumah. Tidak boleh marah pada orang Melayu disebabkan hak keistimewaan bangsa Melayu kerana suatu masa dahulu Malaysia itu Tanah Melayu dan Islam menurut Hadis NabiSAW, Allah memberi keistimewaan kepada tuan rumah.
Dari Imam Nawawi kemana-mana masjid atau di rumah orang, Islam mengiktiraf pemerintah negeri seperti memberi authority mana-mana Sultan menjadi imam solat tanpa izin datau kebenaran sesiapa. Alhamdulillah, seorang sultan Timbalan Yg Dipertuan Agung memecah tradisi menitah melaungkan Allahu'akbar menggantikan Daulat Tuanku menjadi imam solat hajat di stadium dan tunduk memberi laluan kepada Tuan Guru berjalan dahulu didepannya.
Dari Ibnu Omar anak Saidina OmarAlKhattab sabda NabiSAW, Tidak salah sekiranya imam itu seorang pemerintah zalim seperti Hajjaj menjadi imam kepada jemaah solat. Sekiranya dia tidak bagus menjadi imam solat dia dapat dosa kita tetap dapat pahala. Itu antara dia dengan Allah.
Islam bagi keistimewaan kepada Tuan Rumah. Tidak boleh marah pada orang Melayu disebabkan hak keistimewaan bangsa Melayu kerana suatu masa dahulu Malaysia itu Tanah Melayu dan Islam menurut Hadis NabiSAW, Allah memberi keistimewaan kepada tuan rumah.
Dari Imam Nawawi kemana-mana masjid atau di rumah orang, Islam mengiktiraf pemerintah negeri seperti memberi authority mana-mana Sultan menjadi imam solat tanpa izin datau kebenaran sesiapa. Alhamdulillah, seorang sultan Timbalan Yg Dipertuan Agung memecah tradisi menitah melaungkan Allahu'akbar menggantikan Daulat Tuanku menjadi imam solat hajat di stadium dan tunduk memberi laluan kepada Tuan Guru berjalan dahulu didepannya.
Dari Ibnu Omar anak Saidina OmarAlKhattab sabda NabiSAW, Tidak salah sekiranya imam itu seorang pemerintah zalim seperti Hajjaj menjadi imam kepada jemaah solat. Sekiranya dia tidak bagus menjadi imam solat dia dapat dosa kita tetap dapat pahala. Itu antara dia dengan Allah.
Sunday, November 25, 2012
Rambut NabiSAW
Bahrulmazi
12 Rambut NabiSAW
ialah ikal bawah cuping telinga menyentuh bahu tidak lurus rebonding. Pada masa
kini NIAT bukan untuk sunnah tetapi untuk GAYA masa kini ke arah meniru kafir kebaratan
membuat remos atau mewarna rambut bukan semata-mata sunnah itu DITEGAH ISLAM. Sekiranya
dia klim style rambut panjang shampoo rebonding jambul dan sebagainya itu
sunnah:.? hanya Allah saja yang tahu. NabiSAW akan mencukur rambutnya setiap kali
musim Haji. Hadis Hassan Lagi-Sahih Lagi-Gharib riwayat AtTirmizi dari Anaz,
Aisyah, AlBarra’, Abu Hurairah, ibn Abbas, Jabir, Wail dan UmiHanifRA.
MuhammadSAW amat marah sekiranya sahabat bangun dari duduk menyambut kedatangannya dan disebut Saidina Muhammad dari Anaz bin Malek
BahrulMazi19 AdabMenghormati & bab Apabila menjadi Imam ringankan solat- Para ulama telah menambah kemudian kepada Saidina Muhammad (Saidina bermaksud itu bermaksud Tuan Kami) didalam solat supaya tunjuk rasa hormat kepada NabiSAW. itu tidak disukai NabiSAW. Sebutan rukuk dan sujud menurut hadis yang kuat ialah tiada tambahan belakang wabihamdih. Tambahan itu disokong hadis yang kurang kuat.
"Hati OMAR
AL-KHATTAB
BahrulMadzi Bab13 Kedekut, Suatu hari
Omar ketika sebelum memeluk Islam merupakan samseng kampung dusun ingin menghalang NabiSAW ke masjid akibat
cerita kawan-kawannya yang mengatakan NabiSAW seorang penyair yang boleh menyihir.
Setibanya di masjid, NabiSAW telah sampai terlebih dahulu dengan tengah solat sambil membaca surah Al-Haq selepas fatihah yang mengatakan Al-Quran ini bukan syair
dan NabiSAW bukan penyihir. Terkejut akan ayat Al-Quran tersebut, dia mula mengkaji Al-Quran dan Akhirnya Omar berkata Islam itu jatuh ke dalam
hatiku. Dia berpendapat amat mustahil bagi orang biasa atau NabiSAW sendiri yang mencipta ayat-ayat seperti maksud-maksud dalam Al-Quran.
Penulis kitab-kitab Mazhab Syafi'e
Bahrulmazi
bab2 Imam hendaklah ringankan solat Ust Shamsuri.
Imam AnNawawi merupakan gelaran bagi Imam Abu
Zakaria yg berasal dr Kg. Nawa Damsyik Siria. Beliau mula berguru dengan
bapanya sendiri dan menjadi Tuan Guru ketika berusia 20 tahun. Kehebatan ilmu
agamanya penuh keikhlasan kerana Allah tanpa sebarang bayaran. Imam AnNawawi
amat marah sekiranya dia dipanggil Muhyiddin (penghidup agama) sehingga menyuarakan tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang memanggilnya gelaran penghidup agama itu.
Beliau merupakan penulis Kitab-kitab Feqah seperti RiyyadusSolehin, Al-Majmuk
Mazhab Syafi’e, syarah Saheh Muslim AlMinhaj dan lain-lain yang menjadi rujukan
seluruh mufti Malaysia termasuk ulama-ulama Muktabar.
Reaksi Khalid dipecat Omar
Abu Ubaidah
AlJarrah (10 sahabat dijamin syurga tanpa dihisab) diutus Saidina Omar Al-KhattabRA bagi
mengetuai pasukan dan Khalid AlWalid diturunkan pangkat.
Sampai
sahaja, Khalid gembira menyambut dan membuat pengumuman pada perhimpunan tentera Islam “Kita telah
dihantar orang yang paling amanah dalam umat Islam sabda NabiSAW”. Abu Ubaidah
kemudian membalas pengumuman tersebut “Demi Allah, Aku juga mendengar NabiSAW juga bersabda
Khalid ini adalah pedang dari pedang-pedang Allah.” petikan kuliah UstShamsuri 6Mac12
Ucapan malaikat sambil mencabut Nyawa Setiap Manusia
Bahrulmazi 13 Cakap lembut walaupun
dengan orang jahat
Dari
AbuHurairah dan Ibnu Majah sabda NabiSAW kata malaikat sambil mencabut nyawa
dalam 2 keadaan:
Wahai nyawa yang baik, keluarlah
dalam keadaan terpuji, bergembiralah kamu dengan wangi-wangian yang nyaman dan
keluarlah kamu dalam keadaan Tuhan tidak marah kepada kamu. (sekiranya
manusia sentiasa taat Allah & RasulNya)
Malaikat
menjaga langit menyambut “Selamat Datang & Masuklah Rahmat Allah”
Wahai roh yang keji, keluarlah dari
tubuh badan yang jahat, Keluarlah dalam keadaan terhina di sisi Allah. Keluar
kamu! Dalam keadaan disambut Air Panas dan dengan nanah busuk penghuni Neraka. (sekiranya manusia Ingkar dan
Langgar perintah Allah)
Malaikat
penjaga langit “ Padan dengan dia di dunia dahulu dalam tubuh yang keji,
Baliklah kembali ke dunia kerana pintu langit tidak akan dibuka untuknya” maka
baliklah roh tersebut ke kuburnya di dunia kembali.
Saturday, November 24, 2012
3 Panglima Agung Sahabat Besar "3000 vs 200'000" Perang Mut’ah Byzantine (Jordan)
Zaid ibn Harithah (anak angkat kesayangan NabiSAW),
Jaffar Abi Talib (sepupu & mirip fizikal & perwatakan NabiSAW & abang
Saidina Ali ) & Ibnu Rawahah (Penyair RasulullahSAW) Hadis riwayat dr
IbnuOmar anak Saidina Omar Al-Khattab yg bersama-sama menyertai pertempuran Mut’ah
kuliah Ust Shamsuri 6Mac2012
Perang
diistihar kerana utusan pengakuan RasulullahSAW yang dihantar NabiSAW telah
dibunuh oleh RajaBasra. Sabda NabiMuhammadSAW Ketua perang bertanggungjawab
membawa bendera pasukan, sekiranya Zaid mati bendera diketuai Jaafar diikuti
Abdullah bin Rawahah. Tiba di medan Mut’ah. Para sahabat gentar kerana musuh gabungan
200’000 tentera Rom. Seorang sahabat mencadangkan agar memberitahu NabiSAW tentang
situasi mereka. Bingkas bangun Abdullah ibn Rawahah lalu berkata “Sekiranya kita tidak syahid, kita tetap
akan mati juga nanti. Kita jihad bukan kerana bilangan tentera tetapi kerana
Allah telah memuliakan kita. Cuma ada dua kemungkinan baik iaitu Syahid di atas
redha Allah atau kemenangan Islam”
Rom menukar
strategi setelah lama pertempuran sengit berlaku. Kali ini sasaran tumpuan
ialah pengemudi panji lantas mengejutkan tentera muslim dengan syahidnya Zahid Ibn Harithah! Meluru masuk ke tengah
pasukan musuh dengan pacuan kuda sambil berteriak selepas menyambut panji ialah Jaafar “Aku sudah dapat melihat keindahan syurga
dan sejuk air didalamnya”. Tangan kanan ditetak putus dan bendera disambut
dengan tangan kiri. Apabila tangan kiri ditetak putus, panji disambut dengan
giginya kemudian diapit kaki sebelum syahid.Ternyata sangkaan Abu Rawahah tepat kerana dirinya akan syahid setelah menyambut panji dari JaffarRA.
Dari Sahih
AlBukhari- mayat Jaafar selepas perang mempunyai lebih 90 kesan tikaman tombak,
belahan pedang, tusukan lembing & anak panah pada tubuhnya. Punggungnya
hancur tinggal tulang. Dari Anaz bin
Malek. Ketika perang di Jordan pada masa yang sama di Madinah, NabiSAW menggunakan
mukjizatnya dengan bantuan malaikat JibrilAS menyampaikan secara lintas langsung
situasi seorang demi seorang sahabat besar yang syahid mengikut turutan secara
terperinci. Kelihatan air mata NabiSAW mengalir selepas berita syahid 3 sahabat
besarnya. Akhirnya NabiSAW memberitahu panji disambut oleh pedang dari
pedang-pedang Allah(Khalid Al Walid). Perang berakhir dengan pengunduran bala-tentera Rom tetapi tidak dikejar pasukan Muslim.
Dari
AisyahRA, Sekiranya Zaid Ibn Harithah masih hidup tentu NabiSAW akan mengangkatnya
menjadi Khalifah kerana hampir setiap peperangan yang diutus NabiSAW diketuai Zaid
Ibn Harithah. Pertempuran Mut'ah mengorbankan hampir 4000 kafir Rom manakala muslim seramai 12 syahid
Subscribe to:
Posts (Atom)