Nota Cinta

Friday, December 28, 2012

Keberkatan dari setiap tubuh anggota RasulullahSAW


Dato Ustaz Shamsuri Al-Hafiz - kuliah pengajian Ummu Sulaim.

Jawab Ummu Sulaim kepada suami pertamanya yang belum memeluk Islam "Aku tidak murtad agama penyembahan berhala kita cuma aku mengikut Muhammad dan ingin membawa Anaz ke jalan kebenaran."

Abu TalhahRA (10 sahabat dijamin syurga tanpa dihisab) bermaskahwinkan masuk Islam ketika menikahi Ummu Sulaim setelah suami pertama dibunuh perompak. Ummu Sulaim menghadiahkan anak kesayangannya Anaz bin MalekRA sebagai khadam kepada NabiSAW kerana dia tidak punyai apa2 untuk menghadiahkan kepada RasulullahSAW.

Ketika RasulullahSAW dan 70-80 tetamu datang ke rumah Abu Talhah dan Ummu Sulaim. Tiada makanan untuk dijamu di rumah Abu Talhah kecuali sekeping roti yang ditinggalkan untuk MuhammadSAW. Dengan mukjizat RasulullahSAW roti sekeping dapat memberi keberkatan mengenyangkan 70-80 tetamu yang hadir.

Sahih Bukhari dari Annaz ibni MalekRA - RasulullahSAW mengesahkan peluh baginda yang disimpan Ummu Sulaim merupakan berkat dari AllahSWT. Sahih Muslim dari Anaz bin Malek, NabiSAW mengesahkan Ummu Sulaim merupakan ahli syurga dan kedudukannya sangat tinggi di sisi Allah.

No comments:

Post a Comment