Syarah Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim
- Syaitan mesti dianggap musuh kerana syaitan diwartakan Allah menjadi musuh manusia sejak
azali. Berdosa tidak menganggap syaitan sebagai musuh.
- Al-Araf ayat 22-24, gangguan iblis syaitan merujuk pakaian dedah aurat
- Yusof ayat 5, syaitan porak peranda keluarga
- Isra 53, berbahasa kasar berintasi dengan orang lain merupakan jarum syaitan
- Kumpulan Makhluk Allah yang paling besar ada 3 iaitu malaikat diikuti jin diikuti manusia.
- Nisbah Manusia 1 Jin 9 malaikat 99
- Jin diwakili spesis jin Iblis. Anak-anak Iblis dipanggil syaitan. Ifrit jin yang kuat ada baik ada jahat. Spesis jin terbang berkemungkinan besar ialah alien.
- batu cave-jin hindu, tokong-jin budha, gereja-jin kristian, masjid-jin islam.
Dalil tugas IBLIS/SYAITAN
- Perkara ghaib hanya dari perkabaran wahyu iaitu dari Al-Quran dan Hadis yang Sahih.
- Azazil dari bangsa jin yang ingkar perintah Allah kemudian dilaknat menjadi Iblis
- Syaitan manusia zaman Musa ialah Fir'aun
- Syaitan manusia zaman Nabi Muhammad saw ialah Abu Jahal.
- Nafsu merupakan tunggangan syaitan
- Karin
- Akal dipandu oleh agama
- Syaitan merosakkan kesederhaan dan keseimbangan sukatan ketentuan Allah
- Syaitan menghasut bila minum lebihkan gula, bila makan lebihkan sukatan supaya memudaratkan tubuh badan.
- Sumpah Syaitan dalam surah AnNisa. Syaitan akan sesatkan manusia, panjangkan angan-angan dan hasut. Oleh kerana hasutan, mereka akan melakukan bid'ah campur aduk rekaan adat dalam agama.
- Hasut mengubah ciptaan Allah seperti cukur kening, tajamkan gigi, suntikan botox, pembedahan plastik, sambung rambut dan sebagainya.
- Tukar jantina
PERANG BERAT SEBELAH musuh tidak dapat dilihat
- Manusia tidak dapat lihat alam jin
- Imam Syafie menganggap biadab bagi muslim yang dakwa boleh lihat jin kerana Quran menyebut manusia tidak mampu lihat jin. Siapa yang dakwa diminta mengucap 2 kalimah syahadah.
- Sahih Muslim, Arasyh singgahsana Iblis terletak di atas laut, syaitan yang paling berjaya hasut anak Adam buat dosa akan dinaikkan pangkat.
KAJIAN TETAPI TIDAK BOLEH DIBUAT RUJUKAN
- Dialog Isa Dawud bersama jin tiada tanggungjawab kerana prinsip asas benda ghaib yang hanya diimani dengan wahyu. Dilarang mengambil rujukan dengan dialog jin dikhuatiri rekaan tipu daya jin.
- Segitiga Bermuda itu dikatakan singgahsana Iblis di tengah laut.
- Negara-negara dikelilingi laut dikatakan banyak gangguan
CONTOH GANGGUAN SYAITAN PADA JIWA
- Syaitan menyebabkan manusia menjauhi Quran
- Syaitan mengasyikkan dengan belajar Quran tetapi tidak dapat menghayati amalan Quran
- Syaitan goda manusia berilmu dengan sogokan dunia
- Syaitan meracuni lintasan hati Siapa cipta Allah bila melihat kebesaran Allah. maka sabda Nabi saw. hendakalah hentikan dengan istighfar dan menyebut Aku beriman dengan Allah dan rasul
- Ketika Nabi Musa dan anak muridnya Nabi Yusyak untuk bertemu guru Nabi Musa iaitu nabi Khidir as. Yusyak dilupakan syaitan melengahkan perjalanan untuk mempelajari ilmu agama.
- Tutup aurat bukan bungkus aurat merupakan arahan wajib. mazhab syaitan merosakkan manusia seperti penyelewengan sisters in Islam seperti:- lebih baik tak pakai tudungkerana pakai tudung pun akhlak teruk. 4 syarat tutup aurat ialah Tutup dada, Tidak jarang, Tidak ketat dan Akhlak dijaga.
- Lidah, hati dan akhlak juga merupakan aurat.
CARA LAWAN SYAITAN
- Berpegang teguh panduan Quran Sunnah
- Memohon lindungan Allah
- Jangan membazir
- Tidur sedikit
- Bacaan ayat Qur'an bagi air komponen oksigen dan hidrogen yang diresap sel tubuh badan berfungsi membelenggu syaitan yang sedang berlari dalam pembuluh darah.
- Semakin banyak mempelajari ilmu Quran dan Hadis.
ISU & FAKTA TIDAK BENAR TENTANG JIN
- Sunan AtTirmizi sabda Nabi saw selesai baca Ar-Rahman. Para jin jauh lebih menghayati berbanding para sahabat. Para jin sahabat Nabi saw diiktiraf para ulama. Fakta sejahat-jahat manusia sebaik-baik jin tidak benar dan bercanggah dengan hadis.
- Hanya Quran dan Hadis menceritakan nama-nama jin. Selain dari itu, hanya boleh sekadar mendengar.
- Fakta salah dan israiliat jangan disebarkan kerana Malaikat akan berkata. "berani betul budak ni putar-belit ayat Quran dan Hadis."
- Benda ghaib hanya disandarkan pada nas sahih.
- Pengalaman rawat pesakit tidak boleh dijadikan fakta dan hujah. Sekiranya bercerita pastikan tertutup bukan terbuka.
- ISLAM penaung Allah dan Rasul. BUKAN ISLAM penaung syaitan. Adat budaya resam agama selain islam merupakan strategi pelbagai syaitan.
- As-Saffat. Jin mencuri berita langit kemudian dipanah tahi bintang di langit.
No comments:
Post a Comment