Zaid ibn Harithah (anak angkat kesayangan NabiSAW),
Jaffar Abi Talib (sepupu & mirip fizikal & perwatakan NabiSAW & abang
Saidina Ali ) & Ibnu Rawahah (Penyair RasulullahSAW) Hadis riwayat dr
IbnuOmar anak Saidina Omar Al-Khattab yg bersama-sama menyertai pertempuran Mut’ah
kuliah Ust Shamsuri 6Mac2012
Perang
diistihar kerana utusan pengakuan RasulullahSAW yang dihantar NabiSAW telah
dibunuh oleh RajaBasra. Sabda NabiMuhammadSAW Ketua perang bertanggungjawab
membawa bendera pasukan, sekiranya Zaid mati bendera diketuai Jaafar diikuti
Abdullah bin Rawahah. Tiba di medan Mut’ah. Para sahabat gentar kerana musuh gabungan
200’000 tentera Rom. Seorang sahabat mencadangkan agar memberitahu NabiSAW tentang
situasi mereka. Bingkas bangun Abdullah ibn Rawahah lalu berkata “Sekiranya kita tidak syahid, kita tetap
akan mati juga nanti. Kita jihad bukan kerana bilangan tentera tetapi kerana
Allah telah memuliakan kita. Cuma ada dua kemungkinan baik iaitu Syahid di atas
redha Allah atau kemenangan Islam”
Rom menukar
strategi setelah lama pertempuran sengit berlaku. Kali ini sasaran tumpuan
ialah pengemudi panji lantas mengejutkan tentera muslim dengan syahidnya Zahid Ibn Harithah! Meluru masuk ke tengah
pasukan musuh dengan pacuan kuda sambil berteriak selepas menyambut panji ialah Jaafar “Aku sudah dapat melihat keindahan syurga
dan sejuk air didalamnya”. Tangan kanan ditetak putus dan bendera disambut
dengan tangan kiri. Apabila tangan kiri ditetak putus, panji disambut dengan
giginya kemudian diapit kaki sebelum syahid.Ternyata sangkaan Abu Rawahah tepat kerana dirinya akan syahid setelah menyambut panji dari JaffarRA.
Dari Sahih
AlBukhari- mayat Jaafar selepas perang mempunyai lebih 90 kesan tikaman tombak,
belahan pedang, tusukan lembing & anak panah pada tubuhnya. Punggungnya
hancur tinggal tulang. Dari Anaz bin
Malek. Ketika perang di Jordan pada masa yang sama di Madinah, NabiSAW menggunakan
mukjizatnya dengan bantuan malaikat JibrilAS menyampaikan secara lintas langsung
situasi seorang demi seorang sahabat besar yang syahid mengikut turutan secara
terperinci. Kelihatan air mata NabiSAW mengalir selepas berita syahid 3 sahabat
besarnya. Akhirnya NabiSAW memberitahu panji disambut oleh pedang dari
pedang-pedang Allah(Khalid Al Walid). Perang berakhir dengan pengunduran bala-tentera Rom tetapi tidak dikejar pasukan Muslim.
Dari
AisyahRA, Sekiranya Zaid Ibn Harithah masih hidup tentu NabiSAW akan mengangkatnya
menjadi Khalifah kerana hampir setiap peperangan yang diutus NabiSAW diketuai Zaid
Ibn Harithah. Pertempuran Mut'ah mengorbankan hampir 4000 kafir Rom manakala muslim seramai 12 syahid
No comments:
Post a Comment