Nota Cinta

Monday, December 3, 2012

Ilmu Pemimpin Institusi Kekeluargaan & Kemasyarakatan

Agama pembimbing Institusi Kepimpinan
Cara pendidikan dunia hari ini. Kuliah kitab Muhimmah bab Lelaki Jahat. Ust Shamsuri. Masyarakat moden hari ini suami gaji kecil isteri gaji besar. Hasil pendapatan isteri jika digunakan mestilah dengan syarat redha isteri. Kalau isteri tidak redha maka potong bil telefon internet atau tidak membeli kereta, peti ais dan sebagainya merangkumi aksesori tambahan rumah.  Kewajipan suami ditentukan oleh syarak agama ialah makan minum pakaian dan tempat tinggal.
Syarat kebahagian rumahtangga ialah meletakkan soal agama tempat utama dan alim(berilmu) tentang Ilmu Hikmah(bijaksana) yakni diperlihara Allah. Diantara punca kekacauan institusi kekeluargaan ialah ibubapa tidak menjadi contoh ikutan baik tetapi berkelakuan seperti mencarut bermulut lucah dan tidak mengikut syariat Islam. Kebanyakan isteri berperangai tabiat dan mulut yang menyakitkan hati dan sebagai suami mestilah sabar dan berhenti dari mengikut syahwat kehendak kebendaan isteri.
Terdapat suami yang tidak sabar dan tidak tahan dengan menggunakan kuasa talak sehingga talak 3. Syarak tidak mengiktiraf upah orang nikah cerai supaya boleh menikah balik. Sekiranya menikah juga akan jadi zina.  Yang boleh rujuk selepas talak 3 ialah isteri yang dicerai suami lain dengan takdir Allah tanpa perancangan atau ugutan. 

No comments:

Post a Comment