kuliah tafsir
Al-Quran Kitab Nurul Ihsan Bab Tafsir Ayat23 surah Sajdah
RasulullahSAW berjumpa Nabi MusaAS kali pertama di BaitulMaqdis ketika Nabi MusaAS tengah duduk solat di dalam kubur dan kali ke-2 di langit ke-6 ketika peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Allah jadikan Nabi MusaAS sebagai pemimpin bani Israel ke arah kebenaran.
Dari 4000
orang Nabi hanya 25 dipilih menjadi Rasul dan kebanyakan Rasul dari keturunan Israel.
Bani Israel beriman kepada Allah kerana mukjizat kurniaan Allah pada Nabi
MusaAS tetapi yang silapnya Bani Israel tidak dapat menerima perlantikan Rasul dari
Allah pada Nabi yang berketurunan Arab.
Di Akhirat
nanti Allah akan mengumumkan secara rasmi Islam saja agama yang betul dan
manusia yang menerima Islam di atas dunia pada hari ini akan beruntung di
akhirat nanti. Golongan yang agama selain dari Islam akan menyesal pada hari
tersebut.
No comments:
Post a Comment