Hadis riwayat Abi Mas'ud AlAnsariRA sabda NabiSAW
Islam bagi keistimewaan kepada Tuan Rumah. Tidak boleh marah pada orang Melayu disebabkan hak keistimewaan bangsa Melayu kerana suatu masa dahulu Malaysia itu Tanah Melayu dan Islam menurut Hadis NabiSAW, Allah memberi keistimewaan kepada tuan rumah.
Dari Imam Nawawi kemana-mana masjid atau di rumah orang, Islam mengiktiraf pemerintah negeri seperti memberi authority mana-mana Sultan menjadi imam solat tanpa izin datau kebenaran sesiapa. Alhamdulillah, seorang sultan Timbalan Yg Dipertuan Agung memecah tradisi menitah melaungkan Allahu'akbar menggantikan Daulat Tuanku menjadi imam solat hajat di stadium dan tunduk memberi laluan kepada Tuan Guru berjalan dahulu didepannya.
Dari Ibnu Omar anak Saidina OmarAlKhattab sabda NabiSAW, Tidak salah sekiranya imam itu seorang pemerintah zalim seperti Hajjaj menjadi imam kepada jemaah solat. Sekiranya dia tidak bagus menjadi imam solat dia dapat dosa kita tetap dapat pahala. Itu antara dia dengan Allah.
No comments:
Post a Comment