Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Monday, July 17, 2023
Surah Nuh 71:14 Pendengaran dicipta kemudian penglihatan kemudian hati, Hadis Duit
Wednesday, July 12, 2023
Ahli Syahid atau Para Syuhada
LIVE 120723 Bahrul Mazi jilid 21 Siri 60 syarah Dato Shamsuri Hj Ahmad, Masjid Abd Fahim Kepala Batas Seberang Perai Utara Pu;au Pinang
Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. dalam Hadis Qudsi, Firman Allah, Surah Sajadah, Para solehin mendapat nikmat yang tiada di dunia.
![]() |
| gambar hiasan |
Sahih An Nasa'i dari Uqbah b Amir ra. sabda Nabi saw. Allah befirman kepada para mala'ikat, "Lihatlah hambaKu yang azan, iqamah dan solat berseorangan ini. Oleh kerana ketakukannya kepadaKu, dosanya diampunkan dan dia bakal ke syurga."
Pengajian kitab Bahrul Mazi mukasurat 154, "Tuhan bercakap depan Para Syuhada"
Riwayat Jabir ra sabda Nabi saw. Allah SWT berbual dengan para Syuhada secara berhadapan (ayat tafsir mutasyabiha)
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra, sabda Nabi saw. Selain syahid peperangan, mati ikhlas beribadah, mati redha ujian wabak, mati sabar penyakit perut, mati lemas dan mati ditimpa runtuhan bangunan juga mati syahid.
Sahih Abu Daud, mati mempertahankan nyawa, keluarga, harta dan agama juga mati syahid.
WARNING! AMARAN! Aliran Pemikiran Salaf (300 tahun generasi selepas kewafatan Rasululullah saw) Pendirian ulama Salaf ialah Allah SWT berbeza dari mahluk ciptaanNya & Pendirian ulama Khalaf pula mentaqwilkan ayat mutasyabiha bagi mengelakkan salah faham generasi terkemudian yang baru mempelajari ayat Al-Quran dan Hadis Rasulullah saw. YANG SALAH IALAH MUSLIM YANG BERGADUH SESAMA SENDIRI
Monday, June 19, 2023
Istigfar dimurahkan rezeki
![]() |
| gambar sekadar hiasan |
Kuliah Ustaz Dato' Shamsuri Hj Ahmad menggunakan Kitab Tafsir Nurul Ihsan Jilid 4 berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang pada 19 Jun 2023
Sahih Bukhari, dari tabi'in Amir dari Nuqman b Bashir ra, sabda Nabi saw. Dalam badan manusia, ada seketul daging iaitu hati, sekiranya rosak seketul daging tersebut maka rosak keseleluruhan akhlak.
Manusia apabila tua akan merasa muda dengan 2 perkara iaitu wang dan angan-angan.
Nurul Ihsan kitab tafsir Al-Quran Jilid 4 surah Nuh ayat 71:7 ms224(jawi) teks ringkasan 71:7-13
Nabi Nuh as berdakwah menggunakan pelbagai teknik samada kaedah tegasan dengan intonasi kuat mahupun teknik pujukan lembut nada perlahan tetapi tetap ditolak oleh kaumnya. Baginda menyeru umatnya beristighfar (memohon keampunan kepada Allah SWT) agar dimurahkan rezeki.
Sahih Imam Ahmad, Nabi saw beristighfar 100 kali. Sahih Muslim, Nabi saw menyeru solat jenazah yang ikhlas
Wednesday, June 14, 2023
4 Ketua Wanita di Syurga
https://www.youtube.com/watch?v=UoYl99XhAF8 Kuliah Maghrib Ustaz Dato Ustaz Shamsuri Haji Ahmad di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
Muqaddimah
Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Firman Allah swt kepada Nabi Ibrahim as yang mempersoalkan kenapa ayahnya di neraka, "JanjiKu, Syurga haram kepada mereka yang mati kafir".
At Tahrim ayat 10, isteri Nabi Nuh as dan isteri Nabi Lut as yang dicampak ke neraka itu tidak dapat dibantu oleh suami mereka walaupun suami mereka itu berpangkat Nabi.
At Tahrim ayat 11, isteri FirAun berdoa agar tidak terjerumus ke dalam kesesatan suaminya dan memohon dianugerahkan sebuah istana di syurga dan Allah memakbulkan permintaan tersebut
Sahih Sunan Imam Ahmad, sabda Nabi saw, 4 pemimpin wanita di syurga terdiri daripada 1) Khatijah bt Khuwailid r anha, 2) Fatimah bt Muhammad saw, 3) Mariam bt Imran@ibu nabi Isa as dan akhir sekali 4) Asiah @isteri FirAun
gambar sekadar hiasan,,
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra, sabda Nabi saw. Segera beramal kebaikan jika mahukan Islam.
Riwayat Abu Musa Al-Ash'ary ra sabda Nabi saw. Fitnah akhir zaman bermula dari perselisihan faham sesama muslim sehingga berlaku pembunuhan. Sekiranya bermula keadaan tersebut, binasakan segala senjata yang boleh mencederakan saudara sesama muslim. Sekiranya terpaksa, pilih mengalah menjadi Habil iaitu anak Adam yang baik yang dibunuh Qabil.
Pengajian kitab BahrulMazi jilid 21, kitab jawi mukasurat 153
Riwayat At Tirmizi dari Jabir ra. Rasulullah saw mempersoalkan tindakan Jabir menikahi janda, kata Jabir yang tindakannya itu demi menjaga adik-adik perempuannya. sabda Nabi saw kepada Jabir, Allah berkati kamu wahai Jabir ra.
Sahih Bukhari, bapa Jabir ra mengadu pada Nabi saw tentang hutang arwah bapanya yang banyak. Keesokan pagi, Rasulullah saw datang ke rumah Jabir lalu mengenakan mukjizat baginda terhadap sepohon kurma sehingga hasil buah-buahannya mampu melangsaikan hutang arwah.
Wednesday, March 8, 2023
TIDAK AMANAH
![]() |
| insaf wahai manusia-gambar sekadar hiasan... |
Tuesday, January 10, 2023
Amalan Terbaik agar Tidak Terpesong dari Keredhaan ALLAH
https://www.youtube.com/watch?v=Lvy7a7Kn074 link youtube kuliah, kredit PROmediaTAJDID
Pengajian kitab Bahrulmazi jilid 21 syarah Dato' Shamsuri Hj Ahmad
Sahih Imam Ahmad dari Anaz b Malek ra, sabda Rasulullah saw tentang seorang sahabat yang bakal menjadi ahli syurga, sahabat tersebut memberitahu kepada Abdullah bin Amru bin Al-As ra. Untuk ke tahap Ahli Syurga, jangan ada sifat dengki, sombong, iri hati, menipu dan cakap tidak baik
![]() |
| gambaran sekadar hiasan,,, |
Sahih Imam Ahmad, dari A'isyah r anha, Rasulullah saw beperibadi mulia, bukan jenis cakap riuh di pasar, baginda membalas keburukan dengan kebaikan dan baginda paling tidak suka manusia cakap bohong
Al-Baqarah 216 ....kamu tidak suka benda tersebut sedangkan ia baik bagi kamu dan Allah Maha Mengetahui
https://knowingallah.com/en/ Prof Dr. Arthur J. Ellison memeluk Islam di akhir pembentangan kajian tentang roh manusia
Sahih Abu Daud, Doa Rasulullah saw "Allahummabismika ahya wa amutu" dan wuduk sebelum tidur mengiring sebelah kanan
Hadis Riwayat At Tirmizi, dari Abi Talhah ra setelah selesai perang Uhud, Allah anugerahkan nikmat mengantuk hanya dikalangan para sahabat yang beriman
Tuesday, October 11, 2022
Dosa
https://www.youtube.com/watch?v=ro2dVmoFm0E Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 12hb Oktober 2022
Hadis Qudsi dari Abu Hurairah ra, Firman ALLAH diolah dalam bahasa Rasulullah saw. Setiap kali hambaku melakukan dosa dan kemudian bertaubat memohon keampunan kepadaKu. Allah Maha Pengampun Lagi Maha Menyanyangi.
Pengajian kitab Bahrulmadzi jilid 21 ms 147. syarah Dato' Shamsuri Hj. Ahmad
Saidina Abu Bakr As-Sidiq ra, sabda Rasulullah saw, Siapa yang berwuduk kemudian solat sunat sambil menghina diri memohon keampunan maka Allah akan ampunkannya.
![]() |
| Syaitan mengaburi mata dengan perhiasan duniawi |
Hadis Sahih riwayat Imam Muslim, Abdullah b Mas'ud ra. sabda Nabi saw. Surah Hud 11:114 Solat 5 waktu dan taat perintah Allah akan menghapuskan dosa.
Sahih Bukhari Abu Hurairah ra. sabda Nabi s.a.w. Akibat tidak menghiraukan panggilan ibu ketika solat sunat, Juraij difitnah atas tuduhan merogol. Juraij ditangkap penduduk setempat serta dipukul. Juraij meminta agar ditangguhkan kes sehingga bayi kandungan wanita tersebut dilahirkan. Dengan kuasa Allah, setelah bayi hasil zina tersebut lahir ke dunia, bayi itu berbicara bahawa ayah kandungnya bukan Juraij. Juraij akhirnya dibebaskan.
Sahih Bukhari, Abi Said Al-Qudri sabda Nabi s.a.w. hati-hati dengan dunia, hati-hati dengan wanita.
Sahih AtTirmizi, Syaitan mengaburi mata lelaki agar wanita yang haram baginya diperhiaskan kelihatan cantik dan menarik
Sunday, September 18, 2022
Umat Muhammad saksi NABI NOAH as.
https://www.youtube.com/watch?v=2YKFsfp4o3g
19-09-2022 DATO USTAZ HAJI SHAMSURI SHAMSURI HAJI AHMAD : KITAB TAFSIR NURUL IHSAN JILID 4
![]() |
| ombak |
Seruan Nabi Nuh a.s. Sesungguhnya ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG
Allah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil".
Wednesday, September 14, 2022
Hidayah Omar & Wahshyi. Kisah 3 sahabat syahid meminta air
Wednesday, August 10, 2022
Manusia Jahat terpedaya oleh Syaitan
https://www.youtube.com/watch?v=fAhAKc94nFw&t=869s
Surah Al-Araf 7:12-18 Dendam Iblis terhadap manusia, akan sentiasa menghasut agar manusia melanggar perintah ALLAH dan terus jatuh ke lembah kesesatan.
Surah Luqman ayat 31:34 ALLAH MAHA MENGETAHUI tiada jangkauan akal fikiran manusia
Surah Al-Hasy-r 59:16 Syaitan perdayakan manusia: "Berlaku kufurlah engkau!" Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: "Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam!"
Pengajian kitab Bahrulmadzi jilid 21 ms 142, Nabi Muhammad saw cedera pecah di muka dan patah gigi geraham ketika Perang Uhud. KELAM KABUT PERANG UHUD BHGN 2
Sahih Bukhari dari Jabir r anhuma seorang sahabat bertanya, sekiranya syahid di perang Uhud ini, kemana saya ya Rasulullah saw. Jawab Nabi Muhammad saw. "TENTULAH SYURGA". Bergegas sahabat tersebut terus menuju ke medan perang.
Sebahagian mengatakan hadis Daif, ketika Saad b ArRabiq Al-Ansari sedang nazak cedera parah selepas Perang Uhud, beliau berpesan kepada para sahabat yang masih hidup, "apa yang kita akan jawab depan ALLAH sekiranya Rasulullah saw mati dan kita masih hidup dalam perang ini...".
Wednesday, July 13, 2022
Yahudi dan Nasrani menolak Nabi Muhammad saw
https://www.youtube.com/watch?v=aNgbZuNQoqU&t=5876s
Sahih Bukhari dari Al-Barraq b Aziq ra, Kehadiran Rasulullah saw pertama kali ke Madinah disambut dengan sungguh meriah
Kuliah Pengajian kitab Bahrulmazi jilid 21 ms 141 syarah Dato' Shamsuri Hj Ahmad
Bahas b Hakim dari bapa dan datuknya sabda Nabi saw. Surah Ali Imran ayat 110: Umat Muhammad adalah sebaik-baik umat, disuruh membuat kebaikan yang makruf dan menolak kemungkaran. Sayangnya, Yahudi dan Nasrani menolak Nabi Muhammad saw dan mereka kekal di neraka. Walau bagaimanapun bukan semua Yahudi dan Nasrani itu fasik, ada yang beriman memeluk Islam seperti tokoh ulama besar bani Israel, Abdullah bin Salam yang sebelumnya pendita Yahudi alim kitab Taurat. 
yemen-city-lights-cityscape
Sahih Bukhari dari Anaz b Malik ra. Seorang pendita Yahudi, Abdullah bin Salam bertanya 3 soalan kepada nabi Muhammad saw bagi membuktikan kerasulan baginda. Soalan-soalannya berbunyi Tanda Awal Kiamat, Makanan Pertama Ahli Syurga dan Anak pertama iras muka ayah atau ibu. Jawab Rasulullah saw, jawapan pertama ialah keluar api besar dari Yaman mengejar manusia, kedua, hati ikan paus dan ketiga, iras kepada air suami atau isteri yang mana keluar dahulu. Akhirnya, Abdullah bin Salam memeluk Islam.
Monday, February 21, 2022
ALLAH BENCI MANUSIA SOMBONG
https://www.youtube.com/watch?v=nA3H0c79yMs LIVE-210222 : Tafsir Nurul Ihsan Jilid 4 - Ustaz Shamsuri Haji Ahmad Kuliah Ustaz Shamsuri Ahmad menggunakan Kitab Tafsir Nurul Ehsan Jilid 4 berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang. pada 21 Februari 2022. TOPIK ALLAH TIDAK MUNGKIR JANJI DENGAN AZABNYA & ALLAH BENCI MANUSIA SOMBONG
Al-Ankabut 29:39-40 (Kekayaan Qarun @Al-Qassas 28:76-78) Wahai manusia, Ingatlah peristiwa Qarun, Firaun@Penguasa besar & Haman@Genius Bijaksana yang menentang RasulKu, baginda Nabi Musa as. Ketiga-tiga musuh Allah ini tidak terlepas dari Azab, Qarun ditenggelamkan gempa bumi, Firaun dikaramkan ke dasar laut. Allah tidak zalim, manusia menzalimi diri mereka sendiri!
Hud 11:32 Kaum Nabi Nuh cabar segerakan azab kalau Allah betul wujud Al-Araf 7:70 Kaum Nabi Hud cabar segerakan azab sekiranya benar ada AllahAs-Syams 91:11-15 Seorang laki dikalangan samseng paling jahat dari kaum Thamud / Samud, bangun mencabar Nabi Saleh as lalu menyembelih unta Allah SWT. Hud 11:65 sabda Nabi Salleh as. "Lepas 3 hari, kamu semua menerima azab Allah" Muncul Jerkahan langit sehingga nati kesemua penduduk di Ma'dain Salleh.
Tafsir pengajian kitab hati, Nurul Ihsan surah 70@ Al-Maarij ms223 ayat 40 jilid 4
Al-Ma'arij 70:40
Sahih Muslim, dari Abi Said Al-Qudri sabda Nabi saw "sifat takabur dan mulia itu sifat Allah, siapa yang cuba mengambil sifat ini, dia melawan Allah dan tidak cium baru syurga sesiapa memiliki sifat sombong takabur. Allah Maha Cantik dan suka kecantikan, Takabur ialah menolak kebenaran Quran dan Hadis, dan Takabur memandang hina manusia.
Al-Ma'arij 40-44
70:40 Allah bersumpah demi kebesaranNya mencipta matahari bulan bintang bahawa Dia Maha KUASA
70:41 Allah sangat mudah boleh ganti manusia yang berdosa di dunia ini dengan makhkuk baru
70:42 Tinggalkan mereka yang tidak mahu mengikuti mu wahai Muhammad biarkan mereka lalai dengan duniawi.
70:43 Hari Kiamat, mereka mesti akan tahu kebenarannya, hari dimana manusia bangun dari kematian segera berlari menuju ke padang mahsyar
Sahih muslim dari Abi Hurairah ra. sabda Nabi saw. Tiupan sangkakala kedua, turun sejenis air langit ke bumi, tumbuh manusia dari tulang sulbi manusia yang Allah tidak hancurkannya sejak zaman Nabi Adam as.
10 Tanda Kiamat Besar 1-Kabus 2-Dajal 3-Keluarnya Binatang Dabah 4-Matahari naik sebelah Barat 5-Turun Isa Ibnu Maryam 6-Yaajud & Majud bermata sepet berkulit kuning 7-Gempa Bumi Timur 8-Gempa Bumi Barat 9-Gempa Semenanjung Arab 10-Kebakaran api kejar manusia ke perhimpunan Mahsyar
70:44 Inilah hari Kiamat Besar YANG DIJANJIKAN telah tiba buat kamu wahai manusia!
Sahih Bukhari sabda Rasulullah saw, ALLAH menyuruh muslim mencari pahala untuk setiap perbuatan pekerjaan yang dilakukan
Wednesday, February 9, 2022
Murtad Hati, Cakap & Perbuatan
090222 : Bahrul Mazi Jilid 21 ms 138 (Siri 52) - Syarah Dato' Ustaz Shamsuri Haji Ahmad, Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Pulau Pinang. https://www.youtube.com/watch?v=F4DY-cqk7rg&t=0s
Sahih Bukhari dari tabiin Mahmud b ArRabiq dari Sahabat Rasulullah saw, Iqban b Malek Al-Ansari ra sabda Nabi saw kepada seorang tukang tuduh mengatakan, "memang Allah dan Rasul tahu tentang Malek b Duqsyum ini tapi kami tetap kata dia ini munafik" Balas Rasulullah saw. Syahadah mencari keredhaan Allah tidak kekal selamanya di neraka.
Sahih Muslim dari Annaz b Malek ra. sabda Nabi s.a.w. 2 Kalimah Syahadah yang ikhlas akan dipelihara oleh Allah SWT.
Murtad boleh berlaku 3 cara kufur dengan hati, percakapan dan perbuatan walaupun berlakon, bergurau bercakap contoh-(kalau betul nak ikut Quran Hadis, naik unta la) & dalam hati (terdetik- contoh wujudkah Allah, wujudkah malaikat rakib atib ni).Murtad 1. perbuatan 2. percakapan 3. hati 4. kesempitan hidup 5 pasangan kahwin murtad
At-Taubah 9:64 At-Taubah 9:65 At-Taubah 9:86 mati kufur / fasik tidak dibenarkan solat jenazah
Sahih Bukhari, Ibnu Abbas ra, sabda NabiSAW, hanya ALLAH boleh guna api seksa manusia, manusia haram bunuh makhluk lain guna api.
(An-Naba' 78:40) Azab Kubur , (kafir mengataan alangkah baik kalau mati jadi tanah bukan hidup kembali jadi manusia). mati beriman muka bercahaya, ikhlas, berpegang kuat Quran Sunnah, mati kafir / kufur mukanya hitam legam, ahlul bid'ah, munafik. Muka putih hitam bawa amal kebaikan dan hitam dosa dunia.
Riwayat Annaz b Malek ra. sabda NabiSAW. muka nur bercahaya di akhirat apabila rajin mendengar hadis Rasulullah saw. Dengar Faham dan sampaikan kepada orang lain.
Sahih Bukhari, Setiap kawasan seluruh anggota badan manusia yang kena air wuduk akan bercahaya di akhirat
Monday, January 17, 2022
Takrir Sunnah ketika Rasulullah saw masih hidup
Kuliah Ustaz Shamsuri Ahmad menggunakan Kitab Tafsir Nurul Ehsan Jilid 4 berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang. pada 17hb Januari 2022 https://www.youtube.com/watch?v=FS87f5bmFT4
Wednesday, January 12, 2022
DEBAT ISLAM VS KRISTIAN
120122 : Pengajian kitab Bahrul Mazi Jilid 21 ms 136 (Siri 51) - Syarah oleh Dato' Ustaz Shamsuri Haji Ahmad Kuliah Maghrib di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P. Pinang.
https://www.youtube.com/watch?v=XaOeBzBHi0g #Zonkuliah #UstazShamsuri #KuliahAgama
Muqaddimah "3 Tanda Bahagia Manusia"
Sahih Imam Ahmad dari Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. "3 tanda bahagia manusia ialah isteri solehah, rumah luas dan kenderaan berkualiti. 3 tanda sengsara manusia ialah leteran isteri, rumah sempit dan kenderaan uzur. Jangan melihat golongan atasan kerana lihat golongan bawahan akan merasa syukur kepada Allah s.w.t."











