Nota Cinta

Wednesday, March 8, 2023

TIDAK AMANAH

Pengajian kitab Bahrulmazi jilid 21 syarah Dato' Shamsuri Hj Ahmad

Surah Al Mutaffifiin 83)1-14
Teks Ringkasan

Celaka besar bagi mereka yang menipu dalam berniaga. Tidakkah manusia tahu mati itu permulaan kegerunan sejak alam kubur. Jangan menipu kerana rekod dosa itu disimpan di satu bilik kebal. Celaka besar pendosa ini kerana mereka berdusta hari akhirat. Apabila dibacakan ayat Al-Quran, mereka berkata ia karut kerana hati mereka telah bertompok titik-titik hitam akibat perbuatan dosa mereka sendiri.

Sahih Muslim, manusia lupa derita dunia dan kemewahan dunia apabila dimasukkan secelup di akhirat akibat kedasyatan neraka dan kecantikan syurga itu sendiri. 
insaf wahai manusia-gambar sekadar hiasan...

Sahih An Nasa'i sabda nabi saw. jenazah seorang sahabat agong lagi mulia Saad b Muaz ra yang disambut oleh 70 ribu mala'ikat juga melalui kesengsaraan himpitan alam kubur.

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Jangan pecah amanah dan menipu kerana hasil penipuan tersebut akan ditanggung melekat dibelakang tubuh ketika di mahsyar. 

Sahih At Tirmizi dari Thauban ra, sabda nabi saw. Mati muslim dalam keadaan tidak takabur, tidak pecah amanah dan tiada hutang akan terus ke syurga. 

2 comments:

  1. Semua yang dalam spotify saya dah dengar. Kalau pakai earphone agak berdengung kalau di masjid bertam tu. Tapi semua sy suka.sbb smuanya sgt sgt tersangat bermanfaat.sound yg paling sy suka bila surau taman kerian .swtting sound best sgt2.. Ceramah ustaz santai .... semoga dimurahkan rzki dan diberi kesihatan yg baik😁😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, saya juga dengar zaman kaset tahun beli di pasar malam parit buntar dan pada ketika tersebut soundnya lebih berdengung.

      Delete