gambar sekadar hiasan |
Kuliah Ustaz Dato' Shamsuri Hj Ahmad menggunakan Kitab Tafsir Nurul Ihsan Jilid 4 berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang pada 19 Jun 2023
Sahih Bukhari, dari tabi'in Amir dari Nuqman b Bashir ra, sabda Nabi saw. Dalam badan manusia, ada seketul daging iaitu hati, sekiranya rosak seketul daging tersebut maka rosak keseleluruhan akhlak.
Manusia apabila tua akan merasa muda dengan 2 perkara iaitu wang dan angan-angan.
Nurul Ihsan kitab tafsir Al-Quran Jilid 4 surah Nuh ayat 71:7 ms224(jawi) teks ringkasan 71:7-13
Nabi Nuh as berdakwah menggunakan pelbagai teknik samada kaedah tegasan dengan intonasi kuat mahupun teknik pujukan lembut nada perlahan tetapi tetap ditolak oleh kaumnya. Baginda menyeru umatnya beristighfar (memohon keampunan kepada Allah SWT) agar dimurahkan rezeki.
Sahih Imam Ahmad, Nabi saw beristighfar 100 kali. Sahih Muslim, Nabi saw menyeru solat jenazah yang ikhlas
No comments:
Post a Comment