Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Monday, July 17, 2023
Surah Nuh 71:14 Pendengaran dicipta kemudian penglihatan kemudian hati, Hadis Duit
17-07-2023 Ustaz Dato' Hj Shamsuri Hj Ahmad: Tafsir Surah Nuh, Ayat 14-20 | Tafsir Nurul Ehsan Jld 4
Sahih Muslim dari Hakim b Hizam ra sabda Nabi saw. duit jika dicari dan dibelanjakan ke jalan ibadah akan diberkati Allah tetapi akan merosakkan diri jika dicari dan dibelanjakan ke jalan nafsu serakah. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.
Sahih At Tirmizi dari Kaap b Iyad ra sabda Nabi saw. Setiap umat para Nabi ada ujian berbeza tetapi ujian umatku ialah harta.
Sahih At Tirmizi riwayat Kaap b Malek ra sabda Nabi saw. Manusia lebih dasyat memburu duit berbanding serigala yang menerkam mangsanya.
Sahih Bukhari, sabda Nabi saw. Suatu masa nanti, manusia tidak mempedulikan halal haram dalam mencari dan membelanjakan duit.
Hadis Riwayat Imam Ahmad dari Uqbah b Amir ra, sabda Nabi saw. Surah Al-An'Am ayat 6:44, (Istidraj - Kemewahan yang dilimpahkan kepada manusia yang dilupakan oleh Allah SWT)
Tafsir Surah Nuh ayat 14-20
(Nuh 71:14) : Manusia diciptakan berperingkat (An Nahl 16:78 Al-Mukminun 23:78 As-Sajdah 32:9 Al-Mulk 27:23) keluar dari kandungan ibu dimulai pendengaran kemudian penglihatan dan seterusnya hati. (Surah At-Tin 95:1-8) Diciptakan cantik sebaik-baik kejadian tetapi kemudian manusia menyalahinya (Al-Hujuraat 49:13) diciptakan lelaki dan perempuan pelbagai suku bangsa supaya berkenal berdakwah
(Nuh 71:15) : Langit diciptakan 7 lapis tingkatan
(Nuh 71:16) : Bulan diciptakan sebagai biasan cahaya manakala Matahari sebagai punca lampu
(Nuh 71:17) : Manusia hidup dari makanan sumber tanah iaitu tumbuhan
(Nuh 71:18) : Manusia mati kembali kepada tanah kubur dan menanti dihidupkan semula untuk hari pembalasan
(Nuh 71:19) : Bumi diperlihatkan hamparan rata
(Nuh 71:20) : Agar manusia boleh berjalan di atasnya
Labels:
#duit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment