#Zonkuliah #UstazShamsuri #KuliahAgama BM21 Siri 55 | 140922 | "Hidayah Unpredictable & Kisah Lah Keldai" - Ustaz Shamsuri Ahmad
Teks Muqaddimah - Ketika zaman awal Permulaan ISLAM
Said b Zaid dan isterinya@adik Khalifah Omar Al-Khattab telah dibelasah teruk oleh Omar sebelum Omar memeluk Islam ketika itu. Omar meminta mereka suami isteri membacakan ayat Quran yang sedang dibaca mereka iaitu surah Taha. Akhirnya dengan kuasa Allah, Omar memeluk Islam.
Sahih Bukhari, Said b Zaid ra, Rasulullah saw bersabda siapa yang mengambil tanah yang bukan haknya walaupun sejengkal, maka dia akan dibenamkan di akhirat hingga paras lehernya.
Sahih Muslim, Said@salah seorang 10 sahabat dijamin syurga ini telah menyumpah orang yang memfitnahnya mencuri tanah itu telah dibutakan mata dan mati dalam keadaan sengsara.
WahSyi telah membunuh Singa Allah Saidina Hamzah, pakcik kesayangan yang amat disayangi baginda Rasulullah saw dan baginda tidak mahu melihat muka WahSyi walaupun WahSyi telah memeluk Islam. WahSyi berazam menebut kekecewaan Rasulullah saw selepas kewafatan baginda dan kahirnya beliau berjaya membunuh Nabi palsu Musailamah AlKazaf.
Pengajian kitab Bahrulmazi jilid 21 ms144
Sahih Muslim, sabda Rasulullah saw. kata-kata melaknat menuduh menyesatkan seseorang akan kena kembali kepada diri sendiri.
Sahih Bukhari dari Abi Mas'Ud ra, sabda Rasulullah saw. fitnah, caci maki cerca sesama muslim itu perbuatan fasik dan perang sesama Islam itu kufur/melampaui batas.
Hasan Abu Daud dari Abu Bakr As Siddiq sabda Rasulullah saw, para malaikat yang mempertahankan kamu ketika kamu tidak menjawab pertuduhan tersebut telah beredar ketika kamu bangkit mempertahankan diri. Segerombolan kumpulan syaitan pula datang menggantikan tempat mereka.
Ikrimah b Abi Jahal ingin membalas dendam dengan menyerang hendap rombongan Rasulullah saw tetapi digagalkan oleh Khalid Al-Walid. Apabila pembukaan Kota Mekah, beliau memeluk Islam apabila terpesona dengan keperibadian mulia Rasulullah saw. beliau langsung tidak mempedulikan kata-kata orang ramai yang mengatakan Rasulullah saw sebaliknya. Ikrimah mengamuk ingin menghancurkan musuh Islam lalu meluru berseorangan menuju ke pasukan musuh.
Selesai perang Yarmuk, ketika Ikrimah, Ayaj b Rabiah, Al Haris b Hisyam cedera parah meminta air. Sahabat membawa air mengutamakan Ikrimah tetapi Ikrimah menyuruh memberi air kepada Ayaj dan Al-Haris tetapi masing-masing menyuruh memberikan kepada yang memerlukan. Akhirnya ketiga-tiga sahabat syahid sebelum meminum air yang dibawa...
No comments:
Post a Comment