https://www.youtube.com/watch?v=UoYl99XhAF8 Kuliah Maghrib Ustaz Dato Ustaz Shamsuri Haji Ahmad di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
Muqaddimah
Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Firman Allah swt kepada Nabi Ibrahim as yang mempersoalkan kenapa ayahnya di neraka, "JanjiKu, Syurga haram kepada mereka yang mati kafir".
At Tahrim ayat 10, isteri Nabi Nuh as dan isteri Nabi Lut as yang dicampak ke neraka itu tidak dapat dibantu oleh suami mereka walaupun suami mereka itu berpangkat Nabi.
At Tahrim ayat 11, isteri FirAun berdoa agar tidak terjerumus ke dalam kesesatan suaminya dan memohon dianugerahkan sebuah istana di syurga dan Allah memakbulkan permintaan tersebut
Sahih Sunan Imam Ahmad, sabda Nabi saw, 4 pemimpin wanita di syurga terdiri daripada 1) Khatijah bt Khuwailid r anha, 2) Fatimah bt Muhammad saw, 3) Mariam bt Imran@ibu nabi Isa as dan akhir sekali 4) Asiah @isteri FirAungambar sekadar hiasan,,
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra, sabda Nabi saw. Segera beramal kebaikan jika mahukan Islam.
Riwayat Abu Musa Al-Ash'ary ra sabda Nabi saw. Fitnah akhir zaman bermula dari perselisihan faham sesama muslim sehingga berlaku pembunuhan. Sekiranya bermula keadaan tersebut, binasakan segala senjata yang boleh mencederakan saudara sesama muslim. Sekiranya terpaksa, pilih mengalah menjadi Habil iaitu anak Adam yang baik yang dibunuh Qabil.
Pengajian kitab BahrulMazi jilid 21, kitab jawi mukasurat 153
Riwayat At Tirmizi dari Jabir ra. Rasulullah saw mempersoalkan tindakan Jabir menikahi janda, kata Jabir yang tindakannya itu demi menjaga adik-adik perempuannya. sabda Nabi saw kepada Jabir, Allah berkati kamu wahai Jabir ra.
Sahih Bukhari, bapa Jabir ra mengadu pada Nabi saw tentang hutang arwah bapanya yang banyak. Keesokan pagi, Rasulullah saw datang ke rumah Jabir lalu mengenakan mukjizat baginda terhadap sepohon kurma sehingga hasil buah-buahannya mampu melangsaikan hutang arwah.
No comments:
Post a Comment