120122 : Pengajian kitab Bahrul Mazi Jilid 21 ms 136 (Siri 51) - Syarah oleh Dato' Ustaz Shamsuri Haji Ahmad Kuliah Maghrib di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P. Pinang.
https://www.youtube.com/watch?v=XaOeBzBHi0g #Zonkuliah #UstazShamsuri #KuliahAgama
Muqaddimah "3 Tanda Bahagia Manusia"
Sahih Imam Ahmad dari Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. "3 tanda bahagia manusia ialah isteri solehah, rumah luas dan kenderaan berkualiti. 3 tanda sengsara manusia ialah leteran isteri, rumah sempit dan kenderaan uzur. Jangan melihat golongan atasan kerana lihat golongan bawahan akan merasa syukur kepada Allah s.w.t."
Sahih Imam Muslim, Hilal bin Umaiyyah ra sumpah Li'an 5 kali menuduh isterinya zina da isterina sumpah menafikan tuduhan juga 5 kali. Setelah bayi lahir dari kandungan hasil hubungan intim yang dituduh zina, Rasulullah saw mengesahkan bayi tersebut hasil zina. Wanita yang bersalah tidak direjam sampai mati tetapi hukuman menanti di akhirat.
DEBAT ISLAM vs KRISTIAN
Hujah Rasulullah s.a.w. tentang pertikaian penganut Nasrani@(kini Kristian) Surah Ali Imran ayat 59 Allah s.w.t boleh jadikan Nabi Adam s.a.w. dilahirkan tiada ibu bapa, dan mudah bagi Allah menjadikan Isa itu lahir ke dunia tanpa bapa.
Surah Ali Imran ayat 61, Panggil mereka bermubahalah sumpah laknat dan Allah s.w.t menjadi saksi hakim bagi membuktikan kebenaran.
HR At Tirmizi dari Saad Abi Waqas ra, Rasulullah saw mewujudkan majlis bermubahalah sumpah laknat dengan memanggil ahli keluarga terdekat "ahlul bait/keluarga isi rumah" baginda, Fatimah, Hasan, Husin dan Ali untuk mencabar utusan wakil kumpulan Nasrani@kini Kristian. Para paderi Kristian mengakui kebenaran Nabi Muhammad saw dalam kitab injil mereka, tetapi mereka tetap menolak hujah Rasulullah saw dan tetap mengatakan Nabi Isa itu anak Tuhan. Setelah ketua paderi meneliti wajah-wajah ahlul bait Rasulullah saw, ketua paderi takut dengan kuasa Allah yang akan mengabulkan doa Nabi Muhammad saw untuk menghancurkan Nasrani@Kristian lalu menolak majlis cabaran sumpah laknat tersebut.
Sabda Rasulullah saw. "Sekiranya kamu menolak cabaran ini bermakna kamu memeluk Islam. Sekiranya kamu tidak mahu memeluk Islam, maka sekiranya kita bertemu lagi akan datang, kami istihar peperangan." Balas Ketua paderi pula, "tak perlulah berperang, elok kita berdamai, kamu ikut agama kamu, jangan larang kami ikut agama kami dan kami sanggup bayar cukai kepada muslim."
* ahli keluarga Ahlul Bait, Nabi Muhammad saw, semua anak-anak Rasulullah saw, keturunan Bani hashim dan bani Abdul Muttalib. * ahlul bait tidak boleh menerima zakat.
Sahal b Saad ra, Saidina Ali Abi Talib sangat disukai dipanggil "Abu Turat/bapa tanah debu" kerana gelaran tersebut diberi oleh Rasulullah saw.
Sahih Bukhari dari A'isyah r anha sabda Rasulullah saw. Allah swt telah melantik anakku Fatimah menjadi penghulu muslimah di akhirat.
Sahih Bukhari dari Al-Barraq b Aziq ra. sabda Rasulullah saw, " sayangilah cucuku sepertimana daku menyayangi mereka.. "
No comments:
Post a Comment