https://www.youtube.com/watch?v=nA3H0c79yMs LIVE-210222 : Tafsir Nurul Ihsan Jilid 4 - Ustaz Shamsuri Haji Ahmad Kuliah Ustaz Shamsuri Ahmad menggunakan Kitab Tafsir Nurul Ehsan Jilid 4 berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang. pada 21 Februari 2022. TOPIK ALLAH TIDAK MUNGKIR JANJI DENGAN AZABNYA & ALLAH BENCI MANUSIA SOMBONG
Al-Ankabut 29:39-40 (Kekayaan Qarun @Al-Qassas 28:76-78) Wahai manusia, Ingatlah peristiwa Qarun, Firaun@Penguasa besar & Haman@Genius Bijaksana yang menentang RasulKu, baginda Nabi Musa as. Ketiga-tiga musuh Allah ini tidak terlepas dari Azab, Qarun ditenggelamkan gempa bumi, Firaun dikaramkan ke dasar laut. Allah tidak zalim, manusia menzalimi diri mereka sendiri!
Hud 11:32 Kaum Nabi Nuh cabar segerakan azab kalau Allah betul wujud Al-Araf 7:70 Kaum Nabi Hud cabar segerakan azab sekiranya benar ada AllahAs-Syams 91:11-15 Seorang laki dikalangan samseng paling jahat dari kaum Thamud / Samud, bangun mencabar Nabi Saleh as lalu menyembelih unta Allah SWT. Hud 11:65 sabda Nabi Salleh as. "Lepas 3 hari, kamu semua menerima azab Allah" Muncul Jerkahan langit sehingga nati kesemua penduduk di Ma'dain Salleh.
Tafsir pengajian kitab hati, Nurul Ihsan surah 70@ Al-Maarij ms223 ayat 40 jilid 4
Al-Ma'arij 70:40
Sahih Muslim, dari Abi Said Al-Qudri sabda Nabi saw "sifat takabur dan mulia itu sifat Allah, siapa yang cuba mengambil sifat ini, dia melawan Allah dan tidak cium baru syurga sesiapa memiliki sifat sombong takabur. Allah Maha Cantik dan suka kecantikan, Takabur ialah menolak kebenaran Quran dan Hadis, dan Takabur memandang hina manusia.
Al-Ma'arij 40-44
70:40 Allah bersumpah demi kebesaranNya mencipta matahari bulan bintang bahawa Dia Maha KUASA
70:41 Allah sangat mudah boleh ganti manusia yang berdosa di dunia ini dengan makhkuk baru
70:42 Tinggalkan mereka yang tidak mahu mengikuti mu wahai Muhammad biarkan mereka lalai dengan duniawi.
70:43 Hari Kiamat, mereka mesti akan tahu kebenarannya, hari dimana manusia bangun dari kematian segera berlari menuju ke padang mahsyar
Sahih muslim dari Abi Hurairah ra. sabda Nabi saw. Tiupan sangkakala kedua, turun sejenis air langit ke bumi, tumbuh manusia dari tulang sulbi manusia yang Allah tidak hancurkannya sejak zaman Nabi Adam as.
10 Tanda Kiamat Besar 1-Kabus 2-Dajal 3-Keluarnya Binatang Dabah 4-Matahari naik sebelah Barat 5-Turun Isa Ibnu Maryam 6-Yaajud & Majud bermata sepet berkulit kuning 7-Gempa Bumi Timur 8-Gempa Bumi Barat 9-Gempa Semenanjung Arab 10-Kebakaran api kejar manusia ke perhimpunan Mahsyar
70:44 Inilah hari Kiamat Besar YANG DIJANJIKAN telah tiba buat kamu wahai manusia!
Sahih Bukhari sabda Rasulullah saw, ALLAH menyuruh muslim mencari pahala untuk setiap perbuatan pekerjaan yang dilakukan
No comments:
Post a Comment