Nota Cinta

Wednesday, June 26, 2013

Abu Hurairah ra & Sujud Syukur & Sajdah/Tilawah

26-06-13 Pengajian kitab Bahrulmazi jilid 4 bab sujud sajdah syarah us Shamsuri
Muqaddimah oleh Us Shamsuri sendiri sebelum pengajian kitab mengenai Abu Hurairah ra 
Abdul Rahman bin Sakar yang berasal dari Yaman masuk Islam ketika 7 Hijrah. Beliau amat meminati kucing sehingga Nabi saw terdengar suara kucing dalam lengan bajunya. Abdul Rahman bin Sakar kemudian digelar Rasulullah saw sebagai Abu Hurairah yang bermakna bapa kucing dan beliau sangat suka dengan gelaran tersebut.

Abu Hurairah sangat sedih ketika ibunya belum memeluk Islam. Beliau mahukan ibunya masuk bersama ke dalam syurga lalu meminta bantuan Rasulullah saw supaya berdoa kepada Allah meminta ibunya memeluk Islam. Allah makbulkan doa Nabi saw akhirnya ibu Abu Hurairah memeluk Islam.

gambar hiasan
Abu Hurairah kemudian bertugas sebagai guru besar mengajar ilmu hadis di Masjid Nabawi. Beliau merupakan salah seorang dari kumpulan fakir miskin Ahlul Suffah yang kemudiannya menjadi orang kaya bermula mengambil upah tak seberapa menjadi penjaga kebun kurma. Abu Hurairah sukarela menjadi khadam Rasulullah saw selama 3 tahun.

Ketika pemerintahan Khalifah Omar, Abu Hurairah dilantik gavenor Bahrain. Beliau dipecat sementara akibat difitnah rakyatnya. Setelah siasatan dijalankan, Abu Hurairah tidak seperti yang difitnah salah guna kuasa. Beliau menolak permintaan Omar untuk menjadi govenor kerana tidak mahu namanya tercalar sekali lagi.

gambar hiasan
Ketika pemerintahan Khalifah Osman, Abu Hurairah berjaya meminta pertolongan Muhajirin Ansar Madinah seramai 700 tentera untuk pertahankan Osman sebelum dikepong pemberontak dan dibunuh. Osman akhirnya syahid kerana Osman tidak mahu para sahabatnya terlibat.

Abu Hurairah terpaksa menerima jawatan gavenor Madinah kerana didesak ramai penduduk. Syiah amat benci nama Abu Hurairah sehingga menggelar beliau sebagai laknatullah kerana Abu Hurairah ada sedikit tidak suka pada pemerintahan Khalifah Ali Karamulla Huwaj ha.

Menurut Abu Hurairah ra, ramai para sahabat meletakkan kain burdah dan diletakkan dibahu seperti sabda Rasulullah saw. Baginda kemudian menggunakan mukjizatnya dan semua kain yang dikumpul dikembalikan pada para sahabat yang menghampar kain burdah masing-masing. Setelah selesai, masing-masing menyemat kembali ke bahu, bermula hari itu setiap patah perkataan dari Rasulullah saw sentiasa direkod tanpa lupa sepatahpun.

Disebabkan 2 ayat Quran, kedekut ilmu akan dilaknat Allah maka Abu Hurairah menyampaikan ilmu hadis yang dipelajarinya.

Hasan Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra. Kami sujud apabila Rasulullah saw sujud bila ayat sajdah.
Sunat SUJUD SAJDAH menurut Jumhur/majoriti Ulama yang tediri dari Maliki, Syafi'e & Hambali
Disunatkan sujud tilawah atau sujud sajdah apabila tiba 15 ayat sajdah. Surah Al-Aqraf 206, ArRaqdu 15, AnNahal 50, Al-Isra' 109, Mariam 58, Al-Haj 18 & 77, Furqan 60, AnNaml 26, AsSajdah 15, Surah Sod 24, Fusilat 38 AnNajm 62, Al-Insyiqa' 21, Al-Alaq 14 manakala Imam Hanafi pula mengatakan wajib. 
5 rukun Sujud Syukur & Tilawah / Sajdah bermula
1)Niat    2)Takbir    3)Sujud 1x    4)Duduk antara 2 sujud    5)Bagi salam

Tuesday, June 25, 2013

SOLAT -BERDIRI kiam baca fatihah, RUKUK & SUJUD

Hadis Riwayat AtTirmizi dari AbdurRahman b Auf ra sabda Rasulullah saw, Akan bersih dosa seperti baru lahir sekiranya mengerjakan solat sunat malam Ramadhan demi pahala. Sabda Rasulullah saw lagi, aku pulang dan mengerjakannya di rumah kerana aku takut Allah fardhukan solat malam Ramadhan ini.

HR AtTirmizi dari Ibnu Mas'Ud ra,  "Allah'u'akbar" Serah diri pada Allah, Firman Allah solat Irqa'u wasjudu atau rukuk dan sujudlah. Sabda Nabi saw mengingatkan umat baginda. "Solat mesti berdiri kiam (kedua tapak tangan letak di dada) baca fatihah, selepas itu betulkan kedudukan anggota rukuk dan anggota sujud." Mazhab Syafi'e, rukun wajib menurut Quran ialah perbuatan rukuk dan sujud. Bacaan dalam rukuk dan sujud itu sunat. Tamaqdinah ialah berhenti sekejap selepas setiap gerak tubuh anggota dalam solat dalam kiraan sebut "Subahanallah". 

Pesan Rasulullah saw, Sembahyanglah walaupun kali kedua apabila jemaah tengah menunaikan solat fardu kerana ia dikira pahala sunat. Jangan sekadar lepak di tepi masjid. Nabi saw sentiasa mengulangi 3 kali sebagai kaedah pembelajaran berkesan. Allah juga sentiasa mengulangi ayat-ayatNya dalam Quran seperti contoh dalam surah ArRahman. Allah mengulangi 33kali peringatan pada manusia akan "kenapa dustakan nikmat-nikmat pemberianNya? (sihat, akal, tubuh badan, makanan, ketawa, keluarga, kesenangan dan seluruhnya yang lain) "

pengajian bahrulmazi jilid 3 syarah Ustaz Shamsuri bab takbir rukuk sujud 25 Jun 2013. 

AbdurRahman b Auf ra. "Tokoh Usahawan Dunia"

AbdurRahman b Auf merupakan saudagar yang sangat pandai berniaga sehingga setiap perniagaan yang dimulakan beliau pasti akan berjaya. Beliau telah meninggalkan seluruh hartanya demi hijrah dari Mekah dengan sehelai sepinggang tetapi kemudian berjaya menjadi saudagar kaya di Madinah. Seorang sahabat Saad b Rabeq pernah menawarkan harta peribadi kepada AbdurRahman b Auf yang miskin sehelai sepinggang ketika itu tetapi beliau menolak dengan pertanyaannya ialah dimana pasar atau Sauk.

AbdurRahman b Auf seorang yang mudah sangat menangis seperti Abu Bakar As Siddiq. Ketika beliau
mewakafkan hartanya pada orang miskin disamping membuat kenduri bagi menjamu para fakir di rumahnya, AbdurRahman menangis dan memberitahu para sahabat yang bertanya kenapa. Beliau terkenangkan seorang sahabat yang disabdakan Rasulullah saw iaitu Mus'Ab bin Umai ra. Katanya, Mus'Ab itu jauh lebih bagus darinya kerana Mus'Ab dilahirkan dalam keluarga yang tidak pernah hidup susah. Mus'Ab memilih untuk berhijrah dan menolak harta pusaka warisan ibu bapanya. Setelah berhijrah, Mus'Ab gugur syahid dalam Uhud. Ketika dikafankan jenazah Mus'Ab, kain pakaiannya yang bertampung-tampung tidak mencukupi untuk dibuat helaian kafan akibat terlalu miskin. Rasulullah saw sendiri menangisi melihat keadaan kefakiran Mus'Ab yang tidak penah merasa susah sebelum memeluk Islam itu.

AbdurRahman memberitahu lagi, Islam dahulu tidak seperti kini yang senang sejahtera. Beliau juga terkenangkan semenjak selepas kewafatan Rasulullah saw, seluruh ahli keluarga anak isteri baginda tidak pernah merasa nikmat kenyang dan makan makanan berkhasiat. Akibat kemiskinan harta dan makanan yang melanda keluarga Rasulullah saw selepas kewafatan baginda, AbdurRahman banyak membantu meringankan kesusahan yang ditanggung. Beliau menanggung perbelanjaan dan pengawasan tentera kepada seluruh ahli keluarga Rasulullah saw yang ingin menunaikan haji dan umrah.

Menjelang kewafatan AbdurRahman bin Auf ra, A'isyah menawarkan kubur bersebelahan Rasulullah saw, Abu Bakar As Siddiq dan Omar Al-Khattab. Balas beliau sambil menolak lembut pelawaan A'isyah, siapa dirinya berbanding 3 anugerah Allah itu.

Muqaddimah Bahrulmazi jilid 2 syarah ust Shamsuri 25-6-13 bab takbir rukuk sujud

Tuesday, June 18, 2013

Doa dizalimi oleh SAAD ABI WAQAZ yang difitnah rakyatnya.


18-06-13 Dr Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Sekiranya mahu selamat sejahtera masuk syurga, hendaklah setiap kali beri salam memulakan khabar, rajin berbelanja makan, hubung silaturahim, solat sunat sepertiga malam disamping kekalkan yang wajib. 

Bahrulmazi jilid 13 ms15 Doa yang dizalimi.Sahih AtTirmizi dari Anaz bin Malek, Abu Hurairah, Ibnu Omar, Ibnu Abbas ra. Pesan Nabi saw pada Muaz bin Jabbal ra. Sedaya upaya cuba berlaku adil kerana doa teraniaya dan terzalim samada secara sedar atau tidak, malapetaka akan kena samada pada penzalim atau keturunan si penzalim. Doa penzalim tidak mustajab. Doa dizalimi walaupun kafir tetap mustajab doanya. 

Sahih Bukhari Saad Abi Waqaz ra meninggal dunia di Madinah dan disolat jenazah oleh Aisyah r.anha dan para isteri Nabi saw yang lain. Saad Abi Waqaz dizalimi kerana dikatakan pemerintah tidak adil oleh Usamah Qatadah sedangkan dalam rombongan majlis kenal pasti fitnah, Usamah langsung  tidak kenal dihadapannya itu terdapat Saad Abi Waqaz. Akhirnya setelah didoa oleh Saad, Usamah Qatadah menjadi buta dan gila sehingga akhir umurnya.

Monday, June 17, 2013

RAJA NAJASHI & WARQAH BIN NAUFAL


ROMBONGAN 80 SAHABAT MENGHADAP ISTANA RAJA NAJASHI PEMERINTAH NEGERI HABSYAH KINI NEGARA UTOPIA
16-06-13 Tafsir Al-Ma’idah ayat 14 pengajian kitab Nurul Ihsan berdasarkan Hadis. Riwayat Abdullah bin Mas’Ud ketika puak-puak Nasrani saling mengkafirkan di kalangan mereka.  (penyakit saling kafir mengkafir ini juga terjadi dalam muslim kini). Nasrani mungkir janji Allah membenarkan Islam.  Allah musibahkan Nasrani saling bermusuhan sesama Katolik Protestan sehingga kiamat.  Nasturiah atau Nasrani parsi mengatakan Tuhan itu Allah, Isa dan Mariam, Malkaniah Maghribi Andalusia mengatakan Isa itu anak Allah, Yaqqubiah Mesir Habsyah mengatakan Isa itu Allah. Ketiga-tiga ini menyimpang dari Injil ajaran Isa as. Allah akan beritahu kesalahan mereka di akhirat. Injil turun di baitulmaqdiz dan Taurat turun di Palestin. 

Kedatangan Muhammad merupakan Nur menerangi alam. Quran yang dibawa bersamanya juga merupakan Cahaya yang menerangi alam. Siapa beramal Quran akan mendapat hidayah seperti kisah Raja Najashi dan Waraqah bin Naufal. Zaman Isa ke Muhammad 600 tahun.
Utusan 80 sahabat diketuai Jaafar Abi Talib dipersoalkan Raja Najashi kenapa tidak sujud pada raja, “kami diasuh Rasulullah saw supaya tidak sujud sesama manusia. Kami akan kata sepertimana kata Allah kami iaitu, roh Isa as ditiupkan ke dalam rahim Mariam iaitu perempuan yang masih dara, tidak pernah melahirkan anak dan tidak pernah disentuh mana-mana lelaki.”
Titah Raja Najashi. Wahai pendita-pendita Nasrani. Demi Allah, apa yang muslim cakap ini sama dengan yang diberitahu Injil dibawa Nabi Musa as. Aku naik saksi Muhammad sebenar-benar Rasulullah saw. Aku sanggup jadi tukang bawa kasut Muhammad dan tukang bawa air wuduk pada baginda. 

Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra dan Jabir ra sabda Nabi saw. Hari ini telah mati seorang yang sangat soleh. Kemudian Rasulullah saw menunaikan solat jenazah ghaib di Madinah atas kemangkatan Raja Najashi di Habsyah.
Riwayat Aisyah ra. Waraqah bin Naufal alim Injil Nasrani berkata. “Wahai Muhammad, yang memeluk kamu itu adalah Jibril dan kamu bakal menjadi Nabi seperti Isa, sekiranya aku masih hidup di zaman kamu dihalau oleh umat kamu nanti, aku akan sedaya upaya mempertahankan kamu walaupun terpaksa bergadai nyawa.”

Monday, June 10, 2013

Surah AtTahrim "HARAM sumpah tidak akan buat yang HALAL"

13-5-13 & 10-06-13 Pengajian kitab Nurul Ihsan syarah ust Shamsuri.   
Sahih Bukhari sabda Nabi saw kepada Omar yang datang untuk minta maaf setelah Omar serba salah akibat ego tidak memaafkan Abu Bakar, "Sewaktu semua orang menuduh aku pembohong kecuali Abu Bakar As Siddieq yang sanggup berjuang, sanggup hilang nyawa, gadai seluruh harta bendanya demi Allah, demi aku demi Islam, kamu sanggup tidak maafkannya?" Selepas peristiwa tidak itu, Omar dan para sahabat tidak berani menyakiti perasaan Abu Bakr lagi.

gambar hiasan "peristiwa sebelum turun ayat pakai tudung"

 

AT TAHRIM
1) Wahai Nabi, kenapa haramkan yang dihalalkan Allah demi jaga hati isteri?
2) Nabi saw didenda kerana bersumpah tidak akan minum madu dan tidak akan menyetubuhi hamba Maria Qibtiah akibat jaga hati Aisyah dan Habsah.
3) Aisyah dan Habsah bocor rahsia sumpah Nabi saw tentang hamba Mariah Qibtiah dan isteri Safiah bt Huyai.
4) Persepakatan Aisyah dan Habsah mempengaruhi isteri-isteri lain menekan Nabi saw ditegur Allah kerana mengundang kekecewaan KekasihNya bahawa Rasulullah saw itu disokong para sahabat dan para mala'ikat Al-Muqarrabun.
5) Turun ayat Firman Allah menyokong ayat perkataan sebutan Omar Al-Khattab ra iaitu berbunyi. Jika Nabi saw ceraikan para isteri baginda, Allah gantikan yang lebih baik.
6) Amaran ALLAH pada muslim beriman, Jaga diri dan keluarga dari api neraka. 7) Wahai kafir, jangan bagi alasan setelah bangkit dari kubur.
8) Taubat Nasuha, senaraikan seluruh dosa pernah dilakukan dan sesali dengan tangisan air mata.
9) Jihad dan tegas dengan kafir kerana tempat kafir kekal neraka.
10) Masuklah isteri derhaka seperti isteri Nabi Lut as dan isteri Nabi Nuh as ke neraka dengan tiada pertolongan ke atas kafir sebagai contoh bandingan umat terkemudian.
11) Begitu juga suami kafir ke neraka yang tidak dapat dibantu oleh isteri mereka seperti Fir Aun yang masuk ke neraka dengan tidak dapat dibantu Asiah.
12) Dari Abu Musa Al-Ash'ari Sabda Nabi saw, lelaki yang sempurna ada banyak manakala wanita sempurna ialah Mariam bt Imran iaitu ibu Nabi Isa as, Khadijah bt Huwailid isteri Nabi saw, Fatimah bt Muhammad anak Nabi saw dan Asiah bt Mazahim isteri Fir Aun.

Tuesday, May 21, 2013

Cakap Kasar itu Cacat Akhlak

Muqaddimah 21-05-13 HR AtTirmizi dari Abi Dardak ra sabda Nabi saw. Penghuni neraka yang kelaparan melampau memakan duri sehingga sangkut di kerongkong.  Mereka kemudian minum minuman panas menggelegak lalu terburai isi perut. Para malaikat penjaga neraka bertanya,”kenapa sengaja tidak mengambil tahu tentang Islam?” Penghuni neraka merayu agar mereka dimatikan terus. Ketua malaikat penjaga neraka iaitu Malek membalas, “akhirat ini tiada mati kali ke 2 dan kali ini hidup kekal tiada batasan masa.” Penghuni neraka mengakui kesilapan mereka lalu merayu pada Allah supaya kembali ke dunia untuk bertaubat beramal soleh setiap saat.  Firman Allah seurah Al-Mukminun 106-108, “Aku tidak mahu dengar, sepatutnya semasa di dunia kamu insaf, maka kekal kamu semua dengan hina-dina.” Akhirnya, putus asa segala peluang dan tiada lagi peluang untuk penghuni neraka melepaskan diri.”
Muqaddimah 21-05-13 HR AtTabrani dari Abi Musa ra. Penguni neraka kafir bertanya kenapa Haji yang beragama Islam bersama kami di neraka? Jawab Haji Islam. Saya muslim tapi berdosa dan sekarang tengah diseksa untuk selesaikan dosa saya. Saya berharap saya dikeluarkan suatu hari nanti” Allah Maha Mendengar perintahkan muslim yang pernah solat untuk dibebaskan dari penjara neraka. Kafir kemudian berkata,”Oh, alangkah baiknya kalau dulu kami Islam seperti mereka.”
Syarah Ustaz Shamsuri, Khalifah Omar bin Abdul Aziz meminta nasihat Muhammad bin Kaap Al-Qurtubi dan nasihat yang diberikan berbunyi. “Wahai amirul mukminin, jadilah bapa kepada rakyat berpangkat anak muda, jadilah anak kepada rakyat berpangkat ibubapa dan jadi kawan kepada rakyat sebaya.”

Pengajian kitab BahrulMazi jilid jilid 14 bab Berlemah Lembut hiasan akhlah, syarah Ustaz Shamsuri

HR AtTirmizi dari Abi Dardak ra sabda Nabi saw. Lemah lembut adalah anugerah kebaikan dan pahala. Sahih Muslim sabda Nabi saw. Lemah lembut hiasan muslim dan cakap kasar merupakan cacat akhlak. 

Wednesday, May 8, 2013

MENGATA ORANG KE NERAKA! AKU DI MANA?

Bab Penghuni kekal neraka syarah dato' Shamsuri Hj Ahmad melalui pengajian bahrulmazi jilid 18 ms 85

HR AtTirmizi dari Abi Mas'Ud ra sabda Nabi saw. Tidak beriman seorang muslim apabila suka cemar nama orang lain, suka buat perkara keji, suka melaknat, suka cakap kotor dan sewaktu dengannya terhadap mana-mana makhluk ciptaan Allah yang lain.

HR Abu Daud dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Angin boleh membawa rahmat atau azab. Jangan caci angin seperti marah angin panas dan marah angin kuat kerana ia juga makhluk Allah. Mintalah kebaikan dan berlindung dari bencana angin.

Sahih Muslim sabda Nabi saw, jangan cemuh penyakit atau musibah kerana penyakit atau musibah itu menggugurkan sebahagian dosa.  

HR AtTirmizi dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. bercakap keji hina orang itu adalah cela pada diri manakala malu dari mengata orang itu hiasan diri dan baik di sisi Allah.


Tuesday, April 9, 2013



2 PENGAPIT NABI SAW DALAM PERANG 
UHUD IALAH JIBRIL DAN MIKAIL

Sahih Muslim dari 10 sahabat dijamin syurga iaitu Saad Abi Waqas ra pemanah tepat pasukan muslim. "Ketika perang Uhud, aku melihat dikiri kanan Rasulullah saw ada 2 malaikat lengkap berjubah putih bersih. sabda Nabi saw. Itulah Jibril dan Mikail Alaihi Assalam."


Saturday, April 6, 2013

Syoknya kitab Bahrulmazi



Setiap yang diceritakan dalam Audio Book ini disandarkan hadis samada Sahih, Hasan, Gharib, Daif mahupun Mauduq/Palsu/Bukan Hadis sebagai panduan pengajaran kehidupan seharian sebagai seorang muslim.

Kitab bahrulmazi 22 jilid ditulis salinan semula oleh Syeikh Idris Al-Marbawi dari himpunan hadis Imam At Tirmizi disampaikan oleh Dato' Ustaz Shamsuri Hj Ahmad.

Thursday, March 28, 2013

SEBAB LIDAH BADAN KE NERAKA


Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw pada Muaz bin Jabbal ra dan Jabir ra. Ramai penghuni neraka binasa akibat lidah mereka ketika bercakap sesuka hati ketika di dunia sehingga menyakitkan hati dan memudaratkan orang lain. Bercakap lah hanya yang perlu untuk tujuan dakwah.

Pada masa kini, tangan yang menaip di internet menggantikan fungsi lidah. Awasi tangan dari menaip sesuatu yang menyakitkan hati dan bercakap mencarut kerana ia dikhuatiri menyebabkan diseksa dengan sengsara kejam di neraka akibat dosa sendiri. Allah tidak zalim, manusia menzalimi diri mereka sendiri.

Hadis (penerangan lanjut dari Quran)

Al-Quran sempurna dengan asas pegangan umat Islam dan penerangan lanjut Al-Quran diterangkan melalui LIDAH ALLAH atau Hadis Nabi Muhammad SAW. Bahrulmazi bab 21 Tafsir Quran berdasarkan Hadis 9-1-2013 Ust Shamsuri

Hadis Hasan lagi Sahih Riwayat AtTirmizi dari Ibni Abbas Sabda NabiSAW siapa tafsir AL-Quran guna akal walaupun betul wajib ke atasnya neraka Jahannam. Firman Allah diturunkan Rasulullah saw sebagai petunjuk dan menterjemah maksud ayat Quran. Sabda Nabi saw. "Aku merupakan Lidah Allah dan apa yang aku sampaikan semuanya perintah Allah."
hadis-hadis dan doa-doa sunnah Rasulullah saw masa kini juga boleh didapati dalam apps handphone.

Monday, March 4, 2013

Kufur nikmat dan kurafat

Al-Quran pemberi syafaat kepada yang membaca dan menghafaznya.
Pengajian tafsir Quran kitab Nurul Ihsan tarikh 4-3-2013 syarah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad
Sahih Muslim dari Abi Umamah ra sabda Nabi saw. Rajinkan baca / hafaz surah Al-Baqarah dan Al-Imran kerana surah tersebut melindungi sihir dan ia akan datang dalam bentuk kepulan awan atau kumpulan burung sebagai peneduh di padang mahsyar.
Kufur nikmat dan mempercayai kurafat Surah AnHahl ayat 17-23. Wajarkah manusia menyamakan Allah dengan mempercayai selain dariNya.  (18)Sepatutnya manusia bersyukur kerana manusia tidak mampu mengira nikmat Allah ke atas hambaNya. Pintu taubat tetap terbuka kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (19)Allah mengetahui rahsia hati manusia. (20)Manusia ini pelik walaupun belajar tinggi tetapi masih dalam kesesatan. (21)Padahal mereka mengetahui hanya Allah yang cipta mereka. Demikianlah kesesatan manusia sekiranya tidak mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai panduan. (22)Pada zahirnya menyembah Allah tetapi pada masa yang sama, mempercayai tangkal, petanda nasib dan lain-lain amalan kurafat. (23)Mereka inilah golongan sombong, takabur dan ingkar perintah Allah.

Wednesday, February 27, 2013

SOLEHAH


Para
isteri SOLEHAH Rasulullah saw
–Nabi saw gentar dan cemas apabila Firman Allah Al-Ahzab 28-29 “Wahai Muhammad, katakan kepada para isterimu. Sekiranya mahu menjadi isteri seorang Nabi dengan  berhajat hidup selesa di dunia. Cerai dengan cara baik.”
Tetapi jawab mereka, “aku pilih ALLAH DAN RASUL  dan rela hidup susah miskin di dunia.” (SAHIH MUSLIM terjemahan Nabi saw surah Al-Ahzab 28) Pengajian tarikh 01-09-04 muqaddimah sebelum syarah kitab Nurul Ihsan jilid surah At Jaatsiyah 21-26 syarah ustaz Shamsuri.

21-09-04 Nurul Ihsan jilid 3 tafsir Al-Ahzab 28-37 syarah ustaz Shamsuri