Sahih Bukhari sabda Nabi saw kepada Omar yang datang untuk minta maaf setelah Omar serba salah akibat ego tidak memaafkan Abu Bakar, "Sewaktu semua orang menuduh aku pembohong kecuali Abu Bakar As Siddieq yang sanggup berjuang, sanggup hilang nyawa, gadai seluruh harta bendanya demi Allah, demi aku demi Islam, kamu sanggup tidak maafkannya?" Selepas peristiwa tidak itu, Omar dan para sahabat tidak berani menyakiti perasaan Abu Bakr lagi.
gambar hiasan "peristiwa sebelum turun ayat pakai tudung" |
AT TAHRIM
1) Wahai Nabi, kenapa haramkan yang dihalalkan Allah demi jaga hati isteri? 2) Nabi saw didenda kerana bersumpah tidak akan minum madu dan tidak akan menyetubuhi hamba Maria Qibtiah akibat jaga hati Aisyah dan Habsah.
3) Aisyah dan Habsah bocor rahsia sumpah Nabi saw tentang hamba Mariah Qibtiah dan isteri Safiah bt Huyai.
4) Persepakatan Aisyah dan Habsah mempengaruhi isteri-isteri lain menekan Nabi saw ditegur Allah kerana mengundang kekecewaan KekasihNya bahawa Rasulullah saw itu disokong para sahabat dan para mala'ikat Al-Muqarrabun.
5) Turun ayat Firman Allah menyokong ayat perkataan sebutan Omar Al-Khattab ra iaitu berbunyi. Jika Nabi saw ceraikan para isteri baginda, Allah gantikan yang lebih baik.
6) Amaran ALLAH pada muslim beriman, Jaga diri dan keluarga dari api neraka. 7) Wahai kafir, jangan bagi alasan setelah bangkit dari kubur.
8) Taubat Nasuha, senaraikan seluruh dosa pernah dilakukan dan sesali dengan tangisan air mata.
9) Jihad dan tegas dengan kafir kerana tempat kafir kekal neraka.
10) Masuklah isteri derhaka seperti isteri Nabi Lut as dan isteri Nabi Nuh as ke neraka dengan tiada pertolongan ke atas kafir sebagai contoh bandingan umat terkemudian.
11) Begitu juga suami kafir ke neraka yang tidak dapat dibantu oleh isteri mereka seperti Fir Aun yang masuk ke neraka dengan tidak dapat dibantu Asiah.
12) Dari Abu Musa Al-Ash'ari Sabda Nabi saw, lelaki yang sempurna ada banyak manakala wanita sempurna ialah Mariam bt Imran iaitu ibu Nabi Isa as, Khadijah bt Huwailid isteri Nabi saw, Fatimah bt Muhammad anak Nabi saw dan Asiah bt Mazahim isteri Fir Aun.
No comments:
Post a Comment