18-06-13 Dr Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Sekiranya mahu
selamat sejahtera masuk syurga, hendaklah setiap kali beri salam memulakan
khabar, rajin berbelanja makan, hubung silaturahim, solat sunat sepertiga malam
disamping kekalkan yang wajib.
Bahrulmazi jilid 13 ms15 Doa yang dizalimi.Sahih AtTirmizi dari Anaz bin Malek, Abu Hurairah, Ibnu
Omar, Ibnu Abbas ra. Pesan Nabi saw pada Muaz bin Jabbal ra. Sedaya upaya cuba
berlaku adil kerana doa teraniaya dan terzalim samada secara sedar atau tidak,
malapetaka akan kena samada pada penzalim atau keturunan si penzalim. Doa
penzalim tidak mustajab. Doa dizalimi walaupun kafir tetap mustajab doanya.
Sahih Bukhari Saad Abi Waqaz ra meninggal dunia di
Madinah dan disolat jenazah oleh Aisyah r.anha dan para isteri Nabi saw yang
lain. Saad Abi Waqaz dizalimi kerana dikatakan pemerintah tidak adil oleh
Usamah Qatadah sedangkan dalam rombongan majlis kenal pasti fitnah, Usamah
langsung tidak kenal dihadapannya itu terdapat
Saad Abi Waqaz. Akhirnya setelah didoa oleh Saad, Usamah Qatadah menjadi buta
dan gila sehingga akhir umurnya.
No comments:
Post a Comment