Pengajian tafsir
Quran kitab Nurul Ihsan tarikh 4-3-2013 syarah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad
Sahih Muslim dari Abi Umamah ra sabda Nabi
saw. Rajinkan baca / hafaz surah Al-Baqarah dan Al-Imran kerana surah tersebut melindungi
sihir dan ia akan datang dalam bentuk kepulan awan atau kumpulan burung sebagai
peneduh di padang mahsyar.
Kufur nikmat dan mempercayai kurafat Surah AnHahl ayat 17-23. Wajarkah manusia menyamakan
Allah dengan mempercayai selain dariNya. (18)Sepatutnya manusia bersyukur kerana
manusia tidak mampu mengira nikmat Allah ke atas hambaNya. Pintu taubat tetap
terbuka kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (19)Allah mengetahui
rahsia hati manusia. (20)Manusia ini pelik walaupun belajar tinggi tetapi masih
dalam kesesatan. (21)Padahal mereka mengetahui hanya Allah yang cipta mereka.
Demikianlah kesesatan manusia sekiranya tidak mengambil Al-Quran dan Hadis
sebagai panduan. (22)Pada zahirnya menyembah Allah tetapi pada masa yang sama, mempercayai
tangkal, petanda nasib dan lain-lain amalan kurafat. (23)Mereka inilah golongan
sombong, takabur dan ingkar perintah Allah.
No comments:
Post a Comment