ROMBONGAN 80 SAHABAT
MENGHADAP ISTANA RAJA NAJASHI PEMERINTAH NEGERI HABSYAH KINI NEGARA UTOPIA

Kedatangan Muhammad merupakan Nur menerangi alam. Quran yang
dibawa bersamanya juga merupakan Cahaya yang menerangi alam. Siapa beramal Quran akan
mendapat hidayah seperti kisah Raja Najashi dan Waraqah bin Naufal. Zaman Isa ke Muhammad 600 tahun.

Titah Raja Najashi. Wahai pendita-pendita Nasrani. Demi
Allah, apa yang muslim cakap ini sama dengan yang diberitahu Injil dibawa Nabi
Musa as. Aku naik saksi Muhammad sebenar-benar Rasulullah saw. Aku sanggup jadi
tukang bawa kasut Muhammad dan tukang bawa air wuduk pada baginda.
Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra dan Jabir ra sabda Nabi
saw. Hari ini telah mati seorang yang sangat soleh. Kemudian Rasulullah saw
menunaikan solat jenazah ghaib di Madinah atas kemangkatan Raja Najashi di
Habsyah.
Riwayat Aisyah ra. Waraqah bin Naufal alim Injil Nasrani
berkata. “Wahai Muhammad, yang memeluk kamu itu adalah Jibril dan kamu bakal
menjadi Nabi seperti Isa, sekiranya aku masih hidup di zaman kamu dihalau oleh
umat kamu nanti, aku akan sedaya upaya mempertahankan kamu walaupun terpaksa
bergadai nyawa.”
No comments:
Post a Comment