Nota Cinta

Tuesday, June 25, 2013

AbdurRahman b Auf ra. "Tokoh Usahawan Dunia"

AbdurRahman b Auf merupakan saudagar yang sangat pandai berniaga sehingga setiap perniagaan yang dimulakan beliau pasti akan berjaya. Beliau telah meninggalkan seluruh hartanya demi hijrah dari Mekah dengan sehelai sepinggang tetapi kemudian berjaya menjadi saudagar kaya di Madinah. Seorang sahabat Saad b Rabeq pernah menawarkan harta peribadi kepada AbdurRahman b Auf yang miskin sehelai sepinggang ketika itu tetapi beliau menolak dengan pertanyaannya ialah dimana pasar atau Sauk.

AbdurRahman b Auf seorang yang mudah sangat menangis seperti Abu Bakar As Siddiq. Ketika beliau
mewakafkan hartanya pada orang miskin disamping membuat kenduri bagi menjamu para fakir di rumahnya, AbdurRahman menangis dan memberitahu para sahabat yang bertanya kenapa. Beliau terkenangkan seorang sahabat yang disabdakan Rasulullah saw iaitu Mus'Ab bin Umai ra. Katanya, Mus'Ab itu jauh lebih bagus darinya kerana Mus'Ab dilahirkan dalam keluarga yang tidak pernah hidup susah. Mus'Ab memilih untuk berhijrah dan menolak harta pusaka warisan ibu bapanya. Setelah berhijrah, Mus'Ab gugur syahid dalam Uhud. Ketika dikafankan jenazah Mus'Ab, kain pakaiannya yang bertampung-tampung tidak mencukupi untuk dibuat helaian kafan akibat terlalu miskin. Rasulullah saw sendiri menangisi melihat keadaan kefakiran Mus'Ab yang tidak penah merasa susah sebelum memeluk Islam itu.

AbdurRahman memberitahu lagi, Islam dahulu tidak seperti kini yang senang sejahtera. Beliau juga terkenangkan semenjak selepas kewafatan Rasulullah saw, seluruh ahli keluarga anak isteri baginda tidak pernah merasa nikmat kenyang dan makan makanan berkhasiat. Akibat kemiskinan harta dan makanan yang melanda keluarga Rasulullah saw selepas kewafatan baginda, AbdurRahman banyak membantu meringankan kesusahan yang ditanggung. Beliau menanggung perbelanjaan dan pengawasan tentera kepada seluruh ahli keluarga Rasulullah saw yang ingin menunaikan haji dan umrah.

Menjelang kewafatan AbdurRahman bin Auf ra, A'isyah menawarkan kubur bersebelahan Rasulullah saw, Abu Bakar As Siddiq dan Omar Al-Khattab. Balas beliau sambil menolak lembut pelawaan A'isyah, siapa dirinya berbanding 3 anugerah Allah itu.

Muqaddimah Bahrulmazi jilid 2 syarah ust Shamsuri 25-6-13 bab takbir rukuk sujud

No comments:

Post a Comment