Muqaddimah 21-05-13 HR AtTirmizi dari Abi Dardak ra sabda Nabi saw.
Penghuni neraka yang kelaparan melampau memakan duri sehingga sangkut di
kerongkong. Mereka kemudian minum minuman
panas menggelegak lalu terburai isi perut. Para malaikat penjaga neraka bertanya,”kenapa
sengaja tidak mengambil tahu tentang Islam?” Penghuni neraka merayu agar mereka
dimatikan terus. Ketua malaikat penjaga neraka iaitu Malek membalas, “akhirat
ini tiada mati kali ke 2 dan kali ini hidup kekal tiada batasan masa.” Penghuni
neraka mengakui kesilapan mereka lalu merayu pada Allah supaya kembali ke dunia
untuk bertaubat beramal soleh setiap saat. Firman Allah seurah Al-Mukminun 106-108, “Aku
tidak mahu dengar, sepatutnya semasa di dunia kamu insaf, maka kekal kamu semua
dengan hina-dina.” Akhirnya, putus asa segala peluang dan tiada lagi peluang
untuk penghuni neraka melepaskan diri.”
Muqaddimah 21-05-13 HR AtTabrani dari Abi Musa ra. Penguni neraka kafir
bertanya kenapa Haji yang beragama Islam bersama kami di neraka? Jawab Haji
Islam. Saya muslim tapi berdosa dan sekarang tengah diseksa untuk selesaikan
dosa saya. Saya berharap saya dikeluarkan suatu hari nanti” Allah Maha
Mendengar perintahkan muslim yang pernah solat untuk dibebaskan dari penjara
neraka. Kafir kemudian berkata,”Oh, alangkah baiknya kalau dulu kami Islam
seperti mereka.”
Syarah Ustaz Shamsuri, Khalifah Omar bin Abdul Aziz meminta
nasihat Muhammad bin Kaap Al-Qurtubi dan nasihat yang diberikan berbunyi. “Wahai
amirul mukminin, jadilah bapa kepada rakyat berpangkat anak muda, jadilah anak
kepada rakyat berpangkat ibubapa dan jadi kawan kepada rakyat sebaya.”
Pengajian kitab BahrulMazi jilid jilid 14 bab Berlemah Lembut hiasan akhlah, syarah
Ustaz Shamsuri
HR AtTirmizi dari Abi Dardak
ra sabda Nabi saw. Lemah lembut adalah anugerah kebaikan dan pahala. Sahih Muslim sabda Nabi saw. Lemah lembut hiasan
muslim dan cakap kasar merupakan cacat akhlak.
No comments:
Post a Comment