280312 Syarah Dato' Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Surau Taman Lake Homes, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang, pada 28hb Mac 2012.
Sahih Al-Anbari Riwayat AnNasa'i dari Abi Hurairah ra, sabda Nabi saw. Roh Mukmin ke Langit diiringi oleh mala'ikat Rahmat dengan sutera putih manakala Roh keji yang berbau bangkai dihumban ke dunia.
Sahih Muslim sabda Nabi saw. Manusia apabila sakaratul maut, matanya menumpu satu tempat, dadanya berombak, jari jemarinya tegang dan kulitnya bergetar. Yang suka berjumpa Allah akan disukai Allah manakala yang tidak suka kembali kepadaNya akan tidak disukai Allah.
Kuliah Bahrul Mazi Jilid 4 ms28 JAMAK QASAR
AlBaqarah 172-173 Wahai orang beriman, makanlah rezeki halal, syukur kepada Allah. Barang siapa terpaksa makan bangkai /darah /daging babi dalam keadaan darurat /boleh menyebabkan kematian maka dibenarkan tetapi jangan melampau /cukup sekadar meneruskan kehidupan.
Anaz b Malek ra. Nabi saw jamak qasar selama 10 hari di Mekah, bermula di Mina hari ke 3 ke Arafah hari ke 7 dan hari ke 8 kembali ke Mina hari ke 10 hingga 12 dan kembali ke Mekah hari ke 13. Nabi saw duduk di lokasi setempat tidak melebihi 3 hari.
Riwayat Ibnu Abbas r anhuma-Tempoh musafir 19 hari, Ali b Abi Talib ra jamak qasar 9 hari, Ibnu Omar r anhuma jamak qasar 14 hari Mazhab Syafi'e, Mazhab Maliki-Malek, Mazhab Maliki-Ahmad b Hambal 3 hari
Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Wednesday, March 28, 2012
Tuesday, March 20, 2012
HIDAYAH perlu DICARI
Bahrulmazi
13 bercakap lembut walaupun dengan orang jahat 20/3/2012.
Seorang sahabat
berasal dari Kampung Ustaz Shamsuri cemerlang akademiknya sehingga
menyambung pengajiannya di US kemudian di UK dan berjaya
menjadi jutawan profesional di ibu kota. Dia telah hanyut dibawa kemewahan dan lupa
asal usulnya dari kampung. Suatu hari ketika kesesakan jalan raya hamba Allah
ini memasang CD ceramah agama hadiah dari kawannya. Allah telah
membuka hidayah sehingga setiap kali memandu ulang alik tempat kerja, dia hendak mendengar
CD-CD ceramah agama. Dia kemudian memasang di rumah memberi isterinya dengar. Akhirnya Alhamdulillah, mereka kini setiap subuh berjemaah di Masjid, dia dan keluarganya berubah meminta saya berceramah di
Kuala Lumpur.
Monday, March 19, 2012
Allah benarkan Cerita Keburukan Penzalim!
Muqaddimah Nurul Ihsan jilid 1 kuliah tafsir AnNisa ayat 148 bertarikh 19/3/12 Dato Hj Ustaz Shamsuri Hj Ahmad Al-Hafiz,
Dari Sahih AlBukhari, Anaz bin MalekRA sabda NabiSAW :neraka sentiasa meminta pada Allah untuk mengisi perutnya dengan segala makhluk manusia yang pernah hidup atas muka bumi.
Sahih AlBukhari dari Anaz bin Malek Ridhuanullah Alaihim Ajmain "walaupun dosa itu sekecil sehelai rambut, tetapi ia sudah cukup menjahanamkan kita di akhirat dan menghumbankan kita di Neraka!."
ALLAH TIDAK SUKA MANUSIA YANG CAKAP TIDAK ELOK, DUSTA, MENFITNAH, MENGADU DOMBA, MELAGAKAN MASYARAKAT, BATU API, MENGUMPAT, GUNA LIDAH MEROSAKKAN MASYARAKAT MELAINKAN:
HANYA ORANG YANG DIZALIMI BERHAK MEMBERITAHU KEBURUKAN PIHAK MENZALIMINYA.
Monday, March 5, 2012
PERANG JAMAL Kehilangan 2 Kekasih RasulullahSAW, Abu Talhah@Syahid Yang Hidup & Zubair Al-Awwam@Pengiring Nabi
Kuliah 5/3/2012 Nurul Ihsan surah AlHijr ayat 26-49 sokongan kuliah BahrulMazi jilid 15 Fitnah 3/2/2009 syarahan Ustaz Shamsuri. Hanya segelintir Para Sahabat terlibat kerana sejumlah besar berjaya mengelak dari terjerumus di medan perang saudara. Ribuan terlibat bukan sahabat Baginda Nabi Muhammad SAW sebaliknya penghasut dan pengkhianat Islam. Sahih AtTirmizi Riwayat Said Ibni Waqas @Pemanah Tepat Muslim/10 sahabat dijamin syurga/Orang ke-4 memeluk Islam selepas Abu Bakar, Ali dan Zaid Ibni Harithah(anak angkat kesayangan NabiSAW) sabda Nabi SAW akan jadi fitnah besar selepas kewafatanku iaitu pembunuhan sesama muslim.
Perang Saudara sesama muslim ini dikenali Perang Jamal sempena nama unta yang dinaiki Isteri Rasulullah SAW Saidatina Aisyah Radiallahu Anha ketika menentang menantunya Khalifah Saidina Ali bin Abi Talib Kharamulla huwajha. Berita pembunuhan Kalifah Osman bin Affan mengejutkan Aisyah, Talhah, Zubair, Anak Saidina Omar Al-Khattab dan beberapa isteri NabiSAW yang sedang menunaikan umrah di Madinah. Ibnu Omar dan para isteri NabiSAW yang lain tidak mahu terlibat kecuali Aisyah diikuti Talhah, Zubair dan 5000 muslim bergegas ke Basra untuk mencari kumpulan pemberontak yang membunuh Osman sambil menunggu laporan Saidina Ali yang baru menaiki takhta kalifah. Laporan wakil utusan Ali menerangkan supaya bersabar kerana siasatan tengah dijalankan dan kedua-dua pihak bersetuju. Abdullah bin Sabak, ketua pemberontak pembunuhan Osman menghantar 2 kumpulan serang hendap sambil menghasut pihak Ali dan Aisyah bagi mengelak kes bunuhnya dikesan. Pihak Ali dan Aisyah menyangka peperangan sudah tidak dapat dielakkan dan dengan izin Allah peperangan akhirnya berlaku. Perang berakhir apabila Ali meredah tengah medan perang untuk memastikan ibu mertuanya Aisyah yang terjatuh dari unta itu tidak mengalami kecederaan.
Perang ini menjadi ikhtibar pengajaran besar kerana telah mengorbankan 2 SAHABAT BESAR Abu Talhah (Perisai Nabi & Syahid Yang Hidup) dan AzZubair Al Awwam (Penghilang Kedukaan Nabi & Pengiring Nabi). Khalifah Ali Abi Talib amat dukacita dan sentiasa menangis apabila meribakan mayat Abu Talhah sambil membaca AlHijr 47. Riwayat Ali abi Talib RA, Beritahu pembunuh AzZubair Al Awwam ini, aku mendengar sabda NabiSAW Setiap Nabi-Nabi ini ada pengiring masing-masing dan pengiringku ialah Az Zubair Al Awwam dan barang siapa membunuh pengiringku maka dia masuk Neraka. Musnad Ahmad dari Ibnu Omar, Islam membenarkan membunuh pemberontakan muslim yang masuk ke rumah demi mempertahankan diri. Allah berfirman, Katakanlah wahai Muhammad kepada umatmu, Aku bukanlah garang sepanjang masa. Aku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Hijr ayat 49)
Kenapa ALLAH benci sifat DENGKI DAN IRI HATI (penciptaan manusia)
![]() |
| Makhluk dunia sebelum Manusia |
Banyak buat baik di dunia tetapi tetap di Neraka kerana tidak Islam
Syarahan UsShamsuri Muqaddimah kuliah surah Al-Hijr ayat 26 5/3/12 Sahih Imam Ahmad dari Ibnu Abbas dari bapanya Al-Abbas iaitu bapa saudara Rasulullah SAW sabda NabiSAW: Status bapa saudara Rasul tidak dapat menjamin keselamatan di akhirat, yang penting minta ampun dosa dan minta selamat dunia akhirat kepada Allah. Walaupun Abu Talib banyak berjasa, berkorban dan menjaga diriku ketika hayatnya, sayangnya dia tidak sempat masuk Islam. Kerana jasanya yang banyak untuk Rasul Allah dan Islam itu, maka Allah tempatkan dirinya di neraka yang paling rendah.
7 TINGKATAN PINTU NERAKA
Kitab tafsir Quran judul Nurul Ihsan jilid 2 ms 290 surah AlHijr ayat
26-49 syarahan Ustaz Shamsuri 5/3/12. Neraka itu 7 tingkatan pintu.
(AlHijr 15:44)- Jahanam iaitu tempat mukmin diazab untuk menebus dosa besar dan dosa kecil sebelum masuk syurga.
- Laza iaitu tempat Nasrani. (setakat Nabi Isa & menolak Muhammad SAW)
- Hutamah iaitu tempat Yahudi (setakat Nabi Musa & menolak Muhammad SAW).
- Sair iaitu tempat golongan murtad (keluar dari Agama Islam).
- Saqal iaitu tempat Majusi (sembah selain Allah).
- Jahim iaitu tempat kafir musyrikin
- Hawiyah iaitu tempat segala munafik.
Monday, February 27, 2012
SIHIR- Amran Kasimin
Dato’ Dr Amran bin Kasimin.
27-2-12 & 31-5-13 Youtube
- Amalan menurun jin dan syaitan ialah jin masuk ke dalam tubuh manusia. Upacara bagi makan jin terdiri dari buah-buahan, pulut kuning.
- Terdapat perantara pemberitahu apa yang dibuat melalui penyampaian jin yang kononnya mereka kasyaf.
- Lemah kerohanian ialah apabila sesorang batuk semulajadi, yang lemah kerohanian akan batuk tanpa sebab.
- Sembelih bukan kerana Allah tetapi tujuan beri makan jin kemudian dibuat kenduri tahlil itu dilaknat Allah dan ia haram dimakan.
- Sesiapa yang minta tolong jin akan semakin sesat, kufur dan melakukan dosa.
- Orang berdamping dengan jin biasanya payah solat dan tidak solat.
- Berasa gelap, kepala pening, berdesing, dengar loceng, telinga jadi besar dan ia sama seperti proses bersilat.
- Mula-mula mengamal ilmu dampingan jin tanpa sedar kemudian Iblis menghasut bunuh ahli keluarga, marah mereka, dan sebagainya negative.
- JAKIM tengah merangka undang2 sihir. Keris, tangkal, azimat ada penunggu jin.
- Jin berdamping dengan manusia melalui mimpi secara tanpa sedar.
Al-A’raf 27 Allah
jadikan syaitan pemerintah kepada mereka yang tidak beriman.
![]() |
| gambar sekadar hiasan |
- Jin kafir itu antaranya syaitan, bela ialah berdampingan makhluk halus untuk bantuan samada sedar atau tidak sedar.
- Bila seseorang berdampingan jin, bermakna ada perjanjian antara pengamal dan sekiranya mati akan mewariskan pada keturunan.
- Tiap benda jahat ada galakan iblis dan syaitan seperti janjinya pada Tuhan
- Syaitan bersumpah menyesatkan manusia dengan menjadikan perkara yang baik itu buruk dan yang buruk itu baik kecuali hamba Allah yang ikhlas beriman.
- Panggil jin samada puja, nyanyi atau apa saja akan mengundang syirik dan menjadi musyrik samada secara sedar tanpa sedar.
- Tanda gangguan, mimpi jatuh tempat tinggi dari gunung langit awan, digigit lebam dan bau kawasan atau ruang yang busuk.
- Melihat muka kemudian takut bukan hakikat.
- Melihat muka nampak cantik disebabkan susuk.
- Saka apabila dibenarkan akan mengikut. Saka tidak cakap direct tetapi ada objek tertentu seperti keris. Matikan ialah jangan benarkan ikut.
- Dalam keadaan apa pun, anggap jin dan syaitan itu musuh.
- Sesungguhnya syaitan masuk dalam tubuh anak adam atau manusia melalui pembuluh darahnya.
- Masalah sosial dan jenayah hari ini berpunca dari kes seperti ini.
- Saka jenis pertama ialah ilmu mengurut dan mengubati boleh turun kepada anaknya tanpa belajar.
- Jenis saka kedua ialah ilmu yang tidak boleh melakukan rawatan tetapi akan mengalami sakit yang sama yang berlaku pada kematian datuk dan bapanya.
- Pancaran jahat sihir dipancarkan melalui mata dan jangan pandang matanya untuk mengelak dipukau.
- Ketahanan sihir bergantung pada ketahanan roh melalui didikan agama.
Monday, February 20, 2012
TAWAKKAL
kuliah sifat kiamat part 2 UsShamsuri 20/2/12 Dari Syeikh Idris Almarbawi kitab BahrulMadzi Bab 17.
Tawakkal ialah setelah ikhtiar sesuatu yang terbaik dan kemudian berserah atas takdir Allah. Manusia bertawakal tidak akan kecewa dengan ketentuan Allah. Orang yang tidak bertawakkal ialah tidak beriman kerana tidak meng-Esa kan Allah.
Orang yang tiada iman ialah apabila lidahnya berkata Allah itu Tuhan Yang Satu tetapi hati dan perbuatannya tidak bergantung pada Allah. Salah dari segi syarak apabila ideologi, falsafah atau kata-kata hikmah manusia itu "Sekiranya kita Tekun, Kita pasti Berjaya". Sabda NabiSAW tambat dulu unta itu barulah bertawakkal, tidak boleh biarkan unta ditinggalkan tanpa diikat dan kemudian bertawakkal.
Tawakkal ialah setelah ikhtiar sesuatu yang terbaik dan kemudian berserah atas takdir Allah. Manusia bertawakal tidak akan kecewa dengan ketentuan Allah. Orang yang tidak bertawakkal ialah tidak beriman kerana tidak meng-Esa kan Allah.Orang yang tiada iman ialah apabila lidahnya berkata Allah itu Tuhan Yang Satu tetapi hati dan perbuatannya tidak bergantung pada Allah. Salah dari segi syarak apabila ideologi, falsafah atau kata-kata hikmah manusia itu "Sekiranya kita Tekun, Kita pasti Berjaya". Sabda NabiSAW tambat dulu unta itu barulah bertawakkal, tidak boleh biarkan unta ditinggalkan tanpa diikat dan kemudian bertawakkal.
JANGAN PILIH KASIH
Friday, December 2, 2011
Imam Mazhab Hambali, Omar memeluk Islam, Tempat duduk majlis
Musnad Imam Ahmad, kata Saidina
Omar Al-Khattab ra, “suatu hari sebelum aku memeluk Islam, aku ingin menyekat
Nabi saw ke masjid kerana ramai mengatakan baginda adalah penyair ahli sihir tetapi
malangnya Muhammad telah sampai dahulu di masjid. Aku dengar baginda membaca
surah Al-Haq ayat 41 yang mengatakan Qur’an ini bukan sihir dan Muhammad bukan
penyihir. Kemudian ayat yang menyatakan sekiranya Muhammad menipu dengan mencipta
sebahagian Quran maka Allah akan potong jantung baginda. Terpegun dengan ayat
tersebut, akhirnya Islam jatuh ke dalam hatiku dan aku tidak dapat menipu
diriku lagi bahawa Islam satu-satunya agama yang benar”.
Imam Ahmad bin Hambal mazhab
Hambali menguasai hafazan Quran di usia 14 tahun. Kata Imam Syaf’e, anak
muridku ini sekiranya ingin meriwayatkan sebuah hadis maka apa yang bakal dikatakannya
benar belaka. Mereka bertanya, siapakah pemuda yang amat hebat tersebut. Dia
adalah Ahmad bin Hambal.
Musnad Imam Ahmad dari Ibnu
Omar ra sabda Nabi saw, pastikan buat baik pada para sahabatku, golongan
selepas sahabat iaitu tabi’en dan tabi’ tabi’en kerana tabi’en berguru dengan
sahabatku dan tabi’ tabi’en berguru dengan sahabat pada sahabatku. Selepas
zaman tabi’ tabi’en ini akan bermula zaman generasi para pembohong di
mana-mana. Sekiranya mahu bau syurga maka lazimkan diri dengan bergaul mereka
yang mendengar Quran Hadis kerana membuat hal sendiri mengundang kesesatan serta
kejahilan oleh syaitan.
BM jilid 19 ms 160 syarah Ustaz
Shamsuri.
HR AtTirmizi Ali bin
Sabit dari bapa dari neneknya sabda Nabu saw, bersin, menguap, mengantuk, haid,
muntah, darah hidung dan lain-lain gangguan diri itu adalah gangguan syaitan.
Hasan Sahih AtTirmizi
Ibnu Omar ra sabda Nabi saw, haram menyakiti perasaan orang lain seperti bangunkan
seseorang dari tempat duduknya kemudian mengambil tempat duduk tersebut.
Hasan lagi Sahih AtTirmizi
dari Wahab bin Huzaifah ra, seseorang yang meninggalkan tempat duduknya untuk
menunaikan hajat adalah berhak mengambil tempatnya kembali.
Hasan Sahih AtTirmizi
dari Abdullah bin Amru ra sabda Nabi saw, haram mencelah diantara dua orang
melainkan mendapat keizinan untuk duduk dicelah dua orang tersebut.
Thursday, December 1, 2011
Al-Hijr 1-15, Kesabaran Allah
Sahih Bukhari, yahudi
tetap tidak mengakui Nabi Muhammad saw sebagai seorang nabi walaupun telah terbukti Muhammad tidak berjaya diracuni mereka. Sabda Nabi saw, Allah merupakan yang paling sabar sekali kerana walaupun ramai derhaka Allah tetapi Allah masih bagi peluang bernafas, ada
harta dan sihat.
15:1-3 Biarkanlah mereka yang ingkar itu dihanyutkan oleh duniawi.
15:4-5 Bala Allah dan kematian itu pasti
15:6-7 Mereka masih meminta menampilkan saksi dari golongan malaikat hakikatnya telah banyak Rasul
terdahulu yang Kami utus sedangkan mereka tetap terus ingkar dan
mempersendakan para Rasul.
15:8 Lalu
Allah menambahkan kelalaian pada hati mereka agar mereka terus kufur.
15:9 Allah menurunkan
dan memelihara Quran sehingga kiamat besar.
15:10-13 Rasul-rasul
terdahulu juga menerima nasib yang sama, iaitu ejekan dan tentangan dari umat mereka. Tidak hairanlah umat terkemudian tidak
mempercayai Quran.
15:14-15 Jenis
seperti mereka sekiranya dibawa ke langit sekalipun, mereka akan tetap kata ini
sihir, ini silap mata dan mereka tetap juga tidak sesekali akan beriman dengan Allah dan Rasul Muhammad saw.
Pakai Serban, Hadis Jibril, Syarat syurga & Pintu-pintu Syurga
Muqaddimah oleh Ustaz Shamsuri SYARAT SYURGA
Sahih Bukhari Abi
Hurairah ra sabda Nabi saw, Nak masuk syurga ialah abdikan diri pada Allah
dengan taat buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang, yang kedua
jangan tinggal solat fardu 5 waktu, yang ketiga tunaikan fardu zakat, dan yang
keempat puasa bulan ramadhan.
Sahih Bukhari Abi
Hurairah ra sabda Nabi saw, di akhirat pintu sedekah memanggil ahli sedekah,
pintu solat memanggil ahli solat, pintu jihad akan memanggil ahli jihad dan
pintu puasa memanggil ahli puasa.
Hadis Riwayat Ibnu Majah
dari Abi Hurairah ra, Nabi saw kerap puasa setiap Isnin dan Khamis kerana dua
hari tersebut akan dibuka pintu pengampunan muslim kecuali mereka yang tidak
berdamai setelah bertengkar sehingga mereka berdamai.
Bahrulmazi jilid 12 ms118 PAKAI SERBAN
" Pakaian sunnah serban dipuji syarak dan ia pakaian muslim." menurut Syeikh Idris Al-marbawi selaku penulis kitab
Hadis Riwayat Abu Daud dan Hasan
Sahih AtTirmizi dari Umu Salamah r ha sabda Nabi saw, pakai tudung tetapi
jangan simpangkan pusing ke kiri dan ke kanan seperti melilit serban.
Sahih Muslim dari Ibnu
Omar ra sabda Nabi saw, Kasihkan silaturahim dengan kawan ibubapa kita seperti
buat baik pada ibubapa kita.
Musnad Imam Ahmad b Hambal
dari A’isyah r ha. Sunnah lilitan serban Rasulullah saw. Sahih Bukhari Muslim -Hadis Jibril, Suatu hari
seorang pemuda tampan berambut basah kemas, berserban berjubah kemas serba
putih dengan ekor serbannya lepas di belakang belikat sambil menunggang keldai.
Pemuda tersebut turun dari keldai kemudian masuk di khalayak ramai para sahabat
sehingga semua sahabat terpegun akan siapakah gerangan pemuda tersebut
Setelah berjalan masuk, pemuda tersebut duduk di sebelah menghadap
Rasulullah saw sambil bertanya beberapa soalan pada Rasulullah saw, Islam itu
apa, Iman itu apa, apa alamat kiamat, bilakah kiamat? Kata Nabi saw, kiamat itu
rahsia Allah. Jawab pemuda tersebut, “sadaqta” jawapan kamu semua betul, aku
juga tidak tahu bila kiamat. Sekiranya kamu sembah Allah pastikan seolah-olah
kamu nampak Allah jika kamu tidak nampak Allah pastikan Allah nampak kamu. Kemudian
pemuda tersebut beredar.
Para sahabat riduanullah alaihim ajmain bertanya, “ya
Rasulullah saw, siapakah pemuda tersebut, kami tidak pernah lihat dia sebelum
ini.” Jawab Nabi saw. “itulah malaikat Jibril alaihissalam.”
Sahih Ibnu Majah 3555 dari
Ibnu Omar r anhuma, Nabi saw memakai serban lilitan bewarna hitam dengan ekor
serban lepas di belakang belikat ketika berkutbah di mimbar.
Rezeki bahagi sama rata, Solat Duha, Kabliah, Hajat hadis Daif
HR Ibnu Majah dari Abi Umamah ra sabda Nabi saw,
sesungguhnya yang palingku iri hati dikalangan ramai ialah seorang mukmin yang beriman
pada Allah dengan jaga solat fardu disamping rajin solat sunat. Dia seorang
manusia yang tidak miskin sangat dan tidak kaya raya, tidak dipandang masyarakat
dan tidak dipedulikan, ada seperti tiada, rezekinya cukup , sabar ketentuan
Allah dan mati dalam usia belum tua. Tiada harta dan sedikit orang
menangisinya.
Sahih Bukhari Mus’Ab b Saad ra sabda Nabi saw pada
bapanya, Jangan kamu lupa dan buat pejam mata akan golongan lemah bawahan kamu
yang menjadikan kamu kaya raya dan berkedudukan.
Sahih Abu Daud dari Jubair b Nufail kata Abu Dardak
ra sabda Nabi saw, carikanku golongan miskin susah kerana rezeki Allah banyak
ditolong oleh mereka.
Sahih Muslim Asma’ bt Abi Bakar As Siddiq ra sabda
Nabi saw, jangan sesekali berkira dalam buat baik kerana dikhuatiri bila Allah
pula yang berkira dengan kita.
Sahih Bukhari, Rasulullah saw pernah solat sunat duha.
Hasan Sahih At Tirmizi, Nabi saw solat sunat duha 2
rakaat dan maksimum 8 rakaat ketika pembukaan Mekah.
Hadis Qudsi, firman Allah, wahai anak Adam, solatlah
sunat 4 rakaat awal siang (waktu dhuha). Siapa yang menunaikannya, Aku jamin
selagi ada siang selagi itu Aku jaga kamu.
Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, istiqamah
solat duha akan diampunkan seluruh dosa kecilnya dan dosa besar memerlukan
taubat.
Sahih AtTirmizi Menjelang maghrib, sunnah Rasulullah
saw berdoa hadap kiblat sehingga nampak putih ketiak baginda bukan menghadap jabbal
rahmah di padang arafah sebagai mustajab doa.
Hasan Gharib AtTirmizi & Sahih Al-Albani. Kabliah
Zohor gelincir matahari masuk waktu wukuf di padang Arafah. Nabi saw solat
sunat kabliah Zohor 4 rakaat 1 salam sebelum solat fardu Zohor kerana waktu itu
ialah waktu mustajab doa, terbuka segala pintu langit dan diangkat segala
amalan baik pada ketika itu.
Hadis Daif AtTirmizi dan hadis daif Abu Daud, Sunat
solat hajat untuk memohon sesuatu.
Monday, November 14, 2011
As Saf / Kejar dunia
14-11-11 Pengajian kitab Nurul Ehsan jilid 4 ms 186 syarah
Ustaz Shamsuri
Sahih Muslim Alqamah ra A’isyah r ha. Nabi saw tidak
khususkan ibadah pada hari tertentu dan amalan baginda konsisten berterusan
atau istiqamah. Muslim mampu melakukan seperti Rasulullah saw.
Nabi saw
solat sunat 2 rakaat sepanjang malam sehingga hampir Subuh hanya mengulangi
fatihah kemudian ayat 118 surah Al-Ma’idah demi memohon keampunan pada umat
baginda. Allah makbulkan permintaan Rasulullah saw dengan syarat tidak syirik
Allah dalam hidup mereka.
Sahih Bukhari Uqbah b Amir ra sabda Nabi saw, aku
takut umatku kejar dunia sehingga sanggup bunuh.
As Saf
61:1 Seluruh makhluk langit dan bumi mengucapkan “Subhanallah,
(Maha Suci Allah)”
61:2-3 Allah benci pada yang hanya pandai berkata
tapi tak beramal.
61:4 Allah suka hambaNya keluar berbarisan atau bersaf
kukuh.
61:5 Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw. Ketika Nabi Musa
mengejar bajunya yang dilarikan batu dalam keadaan tiada pakaian,bani Israel terpegun
akan kecantikan tubuh baginda sekaligus menafikan tohmahan fitnah kaumnya akan
Musa itu cacat kemaluan. Allah benci pada mereka yang memilih menentang
Rasul.
61:6 Sabda Nabi Isa as, Injil ini kebenaran dari
Taurat yang dibawa Musa dan yang terakhir adalah Quran sebagai pelengkap yang dibawa
oleh Ahmad (Muhammad).
61:7 Mengatakan Isa anak Tuhan dan mengikari Muhammad
itu amat menzalimi diri.
61:8 Kafir berusaha memadam agama Allah melalui tohmahan
fitnah tetapi Allah memelihara Islam dan Islam tidak akan hilang di dunia.
61:9 Allah mengutus Rasulullah saw, Rasul terakhir satu-satunya
pelengkap kebenaran.
61:10 Mahukah Aku beritahu perniagaan yang paling menguntungkan?
61:11 Perniagaan itu ialah beriman pada jalan Allah dan Rasul dengan korbankan harta dan nyawa demi Islam dan demi melepaskan dari kesengsaraan akhirat.
61:11 Perniagaan itu ialah beriman pada jalan Allah dan Rasul dengan korbankan harta dan nyawa demi Islam dan demi melepaskan dari kesengsaraan akhirat.
61:12 Keuntungan kemenangan besar itu ialah keampunan
dosa dan dimasukkan ke dalam taman syurga yang dibawahnya mengalir sungai.
61:13 Dan di dunia disertai kemenangan pembukaan Mekah.
61:14 Jadilah pembantu Allah dengan melibatkan tenaga
kerja dakwah. Sebahagian Israel percaya Isa hamba Allah yang diangkat ke langit
dan Isa akan kembali membunuh dajal di baitulmaqdis. Mereka kemudian berjaya memeluk
Islam seperti Waraqah bin Naufal. Manakala sebahagian lagi kekal kufur dengan
mengatakan Isa anak Tuhan.
Subscribe to:
Posts (Atom)








