HR Ibnu Majah dari Abi Umamah ra sabda Nabi saw,
sesungguhnya yang palingku iri hati dikalangan ramai ialah seorang mukmin yang beriman
pada Allah dengan jaga solat fardu disamping rajin solat sunat. Dia seorang
manusia yang tidak miskin sangat dan tidak kaya raya, tidak dipandang masyarakat
dan tidak dipedulikan, ada seperti tiada, rezekinya cukup , sabar ketentuan
Allah dan mati dalam usia belum tua. Tiada harta dan sedikit orang
menangisinya.
Sahih Bukhari Mus’Ab b Saad ra sabda Nabi saw pada
bapanya, Jangan kamu lupa dan buat pejam mata akan golongan lemah bawahan kamu
yang menjadikan kamu kaya raya dan berkedudukan.
Sahih Abu Daud dari Jubair b Nufail kata Abu Dardak
ra sabda Nabi saw, carikanku golongan miskin susah kerana rezeki Allah banyak
ditolong oleh mereka.
Sahih Muslim Asma’ bt Abi Bakar As Siddiq ra sabda
Nabi saw, jangan sesekali berkira dalam buat baik kerana dikhuatiri bila Allah
pula yang berkira dengan kita.
Sahih Bukhari, Rasulullah saw pernah solat sunat duha.
Hasan Sahih At Tirmizi, Nabi saw solat sunat duha 2
rakaat dan maksimum 8 rakaat ketika pembukaan Mekah.
Hadis Qudsi, firman Allah, wahai anak Adam, solatlah
sunat 4 rakaat awal siang (waktu dhuha). Siapa yang menunaikannya, Aku jamin
selagi ada siang selagi itu Aku jaga kamu.
Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, istiqamah
solat duha akan diampunkan seluruh dosa kecilnya dan dosa besar memerlukan
taubat.
Sahih AtTirmizi Menjelang maghrib, sunnah Rasulullah
saw berdoa hadap kiblat sehingga nampak putih ketiak baginda bukan menghadap jabbal
rahmah di padang arafah sebagai mustajab doa.
Hasan Gharib AtTirmizi & Sahih Al-Albani. Kabliah
Zohor gelincir matahari masuk waktu wukuf di padang Arafah. Nabi saw solat
sunat kabliah Zohor 4 rakaat 1 salam sebelum solat fardu Zohor kerana waktu itu
ialah waktu mustajab doa, terbuka segala pintu langit dan diangkat segala
amalan baik pada ketika itu.
Hadis Daif AtTirmizi dan hadis daif Abu Daud, Sunat
solat hajat untuk memohon sesuatu.
No comments:
Post a Comment