Nota Cinta

Monday, March 5, 2012

Kenapa ALLAH benci sifat DENGKI DAN IRI HATI (penciptaan manusia)

Makhluk dunia sebelum Manusia
Kitab tafsir Quran judul Nurul Ihsan jilid 2 ms 290 surah AlHijr ayat 26-49 syarahan Ustaz Shamsuri (05-03-2012). Menurut Al-Quran, Manusia atau Adam dijadikan Allah dari tanah liat kering warna hitam dan busuk serta berongga. Kelebihan manusia terletak pada tahap ketaqwaan di sisi Allah. Jin itu 1 manakala Jan bermaksud banyak Jin. Jin dijadikan dari halilintar atau kilat dan ada Islam ada kafir. Jin juga bermasyarakat dan mati seperti manusia. Iblis dan Syaitan dijadikan Allah dari api yang paling panas. Jin, Iblis dan Syaitan dijadikan mendahului kejadian manusia. Semua Iblis dan Syaitan adalah kafir. Syaitan ialah anak cucu Iblis dan tidak mati kecuali ditiup sangkakala pertama. Malaikat diperintah Allah mengajar Adam tentang nama-nama dan kegunaan benda. Allah memerintahkan malaikat, jan dan iblis supaya bongkok tunduk hormat pada Adam tetapi Iblis ingkar perintah Allah. Maka sujud (bongkok tunduk bukan sujud seperti solat) semua makhluk pada manusia kecuali Iblis. Sahih Bukhari, perbuatan cekak pinggang itu dilarang Allah kerana itu sifat Iblis ketika derhaka Allah sambil Iblis memberitahu kenapa perlu sujud pada Adam sedangkan Adam dari tanah busuk dan dia dijadikan dari api yang mulia. Iblis dihalau dari syurga dan dilaknat Allah. Kata Iblis, aku merupakan kesayanganMu Ya Allah sebelum ini tetapi disebabkan Adam tak guna ini, aku menjadi kafir dan dihalau keluar dari syurga. Ya Allah Ya Tuhanku, Izinkan aku memperdayakan keturunan Adam sehingga hari tiup sangkakala pertama kecuali mereka yang ikhlas beribadah kerana Engkau. Allah berfirman Inilah Islam jalan lurus, selagi mana hambaKu ikhlas kepadaKu selagi itulah Aku melindungi mereka.


No comments:

Post a Comment