Muqaddimah oleh Ustaz Shamsuri SYARAT SYURGA
Sahih Bukhari Abi
Hurairah ra sabda Nabi saw, Nak masuk syurga ialah abdikan diri pada Allah
dengan taat buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang, yang kedua
jangan tinggal solat fardu 5 waktu, yang ketiga tunaikan fardu zakat, dan yang
keempat puasa bulan ramadhan.
Sahih Bukhari Abi
Hurairah ra sabda Nabi saw, di akhirat pintu sedekah memanggil ahli sedekah,
pintu solat memanggil ahli solat, pintu jihad akan memanggil ahli jihad dan
pintu puasa memanggil ahli puasa.
Hadis Riwayat Ibnu Majah
dari Abi Hurairah ra, Nabi saw kerap puasa setiap Isnin dan Khamis kerana dua
hari tersebut akan dibuka pintu pengampunan muslim kecuali mereka yang tidak
berdamai setelah bertengkar sehingga mereka berdamai.
Bahrulmazi jilid 12 ms118 PAKAI SERBAN
" Pakaian sunnah serban dipuji syarak dan ia pakaian muslim." menurut Syeikh Idris Al-marbawi selaku penulis kitab
Hadis Riwayat Abu Daud dan Hasan
Sahih AtTirmizi dari Umu Salamah r ha sabda Nabi saw, pakai tudung tetapi
jangan simpangkan pusing ke kiri dan ke kanan seperti melilit serban.
Sahih Muslim dari Ibnu
Omar ra sabda Nabi saw, Kasihkan silaturahim dengan kawan ibubapa kita seperti
buat baik pada ibubapa kita.
Musnad Imam Ahmad b Hambal
dari A’isyah r ha. Sunnah lilitan serban Rasulullah saw. Sahih Bukhari Muslim -Hadis Jibril, Suatu hari
seorang pemuda tampan berambut basah kemas, berserban berjubah kemas serba
putih dengan ekor serbannya lepas di belakang belikat sambil menunggang keldai.
Pemuda tersebut turun dari keldai kemudian masuk di khalayak ramai para sahabat
sehingga semua sahabat terpegun akan siapakah gerangan pemuda tersebut
Setelah berjalan masuk, pemuda tersebut duduk di sebelah menghadap
Rasulullah saw sambil bertanya beberapa soalan pada Rasulullah saw, Islam itu
apa, Iman itu apa, apa alamat kiamat, bilakah kiamat? Kata Nabi saw, kiamat itu
rahsia Allah. Jawab pemuda tersebut, “sadaqta” jawapan kamu semua betul, aku
juga tidak tahu bila kiamat. Sekiranya kamu sembah Allah pastikan seolah-olah
kamu nampak Allah jika kamu tidak nampak Allah pastikan Allah nampak kamu. Kemudian
pemuda tersebut beredar.
Para sahabat riduanullah alaihim ajmain bertanya, “ya
Rasulullah saw, siapakah pemuda tersebut, kami tidak pernah lihat dia sebelum
ini.” Jawab Nabi saw. “itulah malaikat Jibril alaihissalam.”
Sahih Ibnu Majah 3555 dari
Ibnu Omar r anhuma, Nabi saw memakai serban lilitan bewarna hitam dengan ekor
serban lepas di belakang belikat ketika berkutbah di mimbar.
No comments:
Post a Comment