Nota Cinta

Friday, December 2, 2011

Imam Mazhab Hambali, Omar memeluk Islam, Tempat duduk majlis

Musnad Imam Ahmad, kata Saidina Omar Al-Khattab ra, “suatu hari sebelum aku memeluk Islam, aku ingin menyekat Nabi saw ke masjid kerana ramai mengatakan baginda adalah penyair ahli sihir tetapi malangnya Muhammad telah sampai dahulu di masjid. Aku dengar baginda membaca surah Al-Haq ayat 41 yang mengatakan Qur’an ini bukan sihir dan Muhammad bukan penyihir. Kemudian ayat yang menyatakan sekiranya Muhammad menipu dengan mencipta sebahagian Quran maka Allah akan potong jantung baginda. Terpegun dengan ayat tersebut, akhirnya Islam jatuh ke dalam hatiku dan aku tidak dapat menipu diriku lagi bahawa Islam satu-satunya agama yang benar”.


Imam Ahmad bin Hambal mazhab Hambali menguasai hafazan Quran di usia 14 tahun. Kata Imam Syaf’e, anak muridku ini sekiranya ingin meriwayatkan sebuah hadis maka apa yang bakal dikatakannya benar belaka. Mereka bertanya, siapakah pemuda yang amat hebat tersebut. Dia adalah Ahmad bin Hambal.
Musnad Imam Ahmad dari Ibnu Omar ra sabda Nabi saw, pastikan buat baik pada para sahabatku, golongan selepas sahabat iaitu tabi’en dan tabi’ tabi’en kerana tabi’en berguru dengan sahabatku dan tabi’ tabi’en berguru dengan sahabat pada sahabatku. Selepas zaman tabi’ tabi’en ini akan bermula zaman generasi para pembohong di mana-mana. Sekiranya mahu bau syurga maka lazimkan diri dengan bergaul mereka yang mendengar Quran Hadis kerana membuat hal sendiri mengundang kesesatan serta kejahilan oleh syaitan.

BM jilid 19 ms 160 syarah Ustaz Shamsuri.  
HR AtTirmizi Ali bin Sabit dari bapa dari neneknya sabda Nabu saw, bersin, menguap, mengantuk, haid, muntah, darah hidung dan lain-lain gangguan diri itu adalah gangguan syaitan.
Hasan Sahih AtTirmizi Ibnu Omar ra sabda Nabi saw, haram menyakiti perasaan orang lain seperti bangunkan seseorang dari tempat duduknya kemudian mengambil tempat duduk tersebut.
Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Wahab bin Huzaifah ra, seseorang yang meninggalkan tempat duduknya untuk menunaikan hajat adalah berhak mengambil tempatnya kembali.
Hasan Sahih AtTirmizi dari Abdullah bin Amru ra sabda Nabi saw, haram mencelah diantara dua orang melainkan mendapat keizinan untuk duduk dicelah dua orang tersebut. 

6 comments:

  1. I dont know what do you mean my name in that book,...and i dont want to know about it, Thank you anyway, I am only believe Allah and the last messenger Prophet Muhammad pbuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Devine Havenly Religion is only one that teaching people this world only one God by the prophet Muhammad pbuh. Manmade relegion is not pure, keep changing, man on man not get married before, now can. can married man on man in the church. Setan work very hard to make people involve to deep chasing world. Human change create thier own law. That kind of relegion keep changing is not the right for us.

      Delete
  2. http://www.youtube.com/watch?v=mTeCZqRJcIE

    ReplyDelete
  3. http://www.youtube.com/watch?v=eSE8HrFu7Dc

    ReplyDelete
  4. http://www.youtube.com/watch?v=BJMa1G3rlsY

    ReplyDelete
  5. http://www.youtube.com/watch?v=dMv9PL9TZhQ

    ReplyDelete