Kuliah 5/3/2012 Nurul Ihsan surah AlHijr ayat 26-49 sokongan kuliah BahrulMazi jilid 15 Fitnah 3/2/2009 syarahan Ustaz Shamsuri. Hanya segelintir Para Sahabat terlibat kerana sejumlah besar berjaya mengelak dari terjerumus di medan perang saudara. Ribuan terlibat bukan sahabat Baginda Nabi Muhammad SAW sebaliknya penghasut dan pengkhianat Islam.
Sahih AtTirmizi Riwayat Said Ibni Waqas @Pemanah Tepat Muslim/10 sahabat dijamin syurga/Orang ke-4 memeluk Islam selepas Abu Bakar, Ali dan Zaid Ibni Harithah(anak angkat kesayangan NabiSAW) sabda Nabi SAW akan jadi fitnah besar selepas kewafatanku iaitu pembunuhan sesama muslim.
Perang Saudara sesama muslim ini dikenali Perang Jamal sempena nama unta yang dinaiki Isteri Rasulullah SAW Saidatina Aisyah Radiallahu Anha ketika menentang menantunya Khalifah Saidina Ali bin Abi Talib Kharamulla huwajha. Berita pembunuhan Kalifah Osman bin Affan mengejutkan Aisyah, Talhah, Zubair, Anak Saidina Omar Al-Khattab dan beberapa isteri NabiSAW yang sedang menunaikan umrah di Madinah. Ibnu Omar dan para isteri NabiSAW yang lain tidak mahu terlibat kecuali Aisyah diikuti Talhah, Zubair dan 5000 muslim bergegas ke Basra untuk mencari kumpulan pemberontak yang membunuh Osman sambil menunggu laporan Saidina Ali yang baru menaiki takhta kalifah. Laporan wakil utusan Ali menerangkan supaya bersabar kerana siasatan tengah dijalankan dan kedua-dua pihak bersetuju. Abdullah bin Sabak, ketua pemberontak pembunuhan Osman menghantar 2 kumpulan serang hendap sambil menghasut pihak Ali dan Aisyah bagi mengelak kes bunuhnya dikesan. Pihak Ali dan Aisyah menyangka peperangan sudah tidak dapat dielakkan dan dengan izin Allah peperangan akhirnya berlaku. Perang berakhir apabila Ali meredah tengah medan perang untuk memastikan ibu mertuanya Aisyah yang terjatuh dari unta itu tidak mengalami kecederaan.
Perang ini menjadi ikhtibar pengajaran besar kerana telah mengorbankan 2 SAHABAT BESAR Abu Talhah (Perisai Nabi & Syahid Yang Hidup) dan AzZubair Al Awwam (Penghilang Kedukaan Nabi & Pengiring Nabi). Khalifah Ali Abi Talib amat dukacita dan sentiasa menangis apabila meribakan mayat Abu Talhah sambil membaca AlHijr 47. Riwayat Ali abi Talib RA, Beritahu pembunuh AzZubair Al Awwam ini, aku mendengar sabda NabiSAW Setiap Nabi-Nabi ini ada pengiring masing-masing dan pengiringku ialah Az Zubair Al Awwam dan barang siapa membunuh pengiringku maka dia masuk Neraka. Musnad Ahmad dari Ibnu Omar, Islam membenarkan membunuh pemberontakan muslim yang masuk ke rumah demi mempertahankan diri. Allah berfirman, Katakanlah wahai Muhammad kepada umatmu, Aku bukanlah garang sepanjang masa. Aku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Hijr ayat 49)
No comments:
Post a Comment