Sahih Bukhari, yahudi
tetap tidak mengakui Nabi Muhammad saw sebagai seorang nabi walaupun telah terbukti Muhammad tidak berjaya diracuni mereka. Sabda Nabi saw, Allah merupakan yang paling sabar sekali kerana walaupun ramai derhaka Allah tetapi Allah masih bagi peluang bernafas, ada
harta dan sihat.
15:1-3 Biarkanlah mereka yang ingkar itu dihanyutkan oleh duniawi.
15:4-5 Bala Allah dan kematian itu pasti
15:6-7 Mereka masih meminta menampilkan saksi dari golongan malaikat hakikatnya telah banyak Rasul
terdahulu yang Kami utus sedangkan mereka tetap terus ingkar dan
mempersendakan para Rasul.
15:8 Lalu
Allah menambahkan kelalaian pada hati mereka agar mereka terus kufur.
15:9 Allah menurunkan
dan memelihara Quran sehingga kiamat besar.
15:10-13 Rasul-rasul
terdahulu juga menerima nasib yang sama, iaitu ejekan dan tentangan dari umat mereka. Tidak hairanlah umat terkemudian tidak
mempercayai Quran.
15:14-15 Jenis
seperti mereka sekiranya dibawa ke langit sekalipun, mereka akan tetap kata ini
sihir, ini silap mata dan mereka tetap juga tidak sesekali akan beriman dengan Allah dan Rasul Muhammad saw.
No comments:
Post a Comment