Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Saturday, March 13, 2010
Rasulullah SAW tidak suka tilam empuk kerana kehadiran malaikat sepertiga malam akhir
Muqaddimah bahrulmazi jilid 19 Ust Shamsuri 13-7-2010. Sahih AtTirmizi Sabda NabiSAW kepada isterinya Habsah Radiallahu Anha." Jangan selesakan tilam tempatku tidur kerana ia akan menghalang aku dari bangkit solat malam." Sahih Muttafakun Alai dari Aisyah Radiallahu Anha. Setiap kali 10 malam terakhir Ramadhan, Nabi SAW menggerakkan seluruh ahli keluarga termasuk anak menantunya bangun dari tidur supaya fokus kepada ibadah sunat. Sahih Abu Daud, Muslim dan AtTirmizi. Sabda NabiSAW "Jangan lupa 3 pesanku 1)Qabliah Subuh atau sunat fajar 2)Sebulan 3 hari berpuasa samada Isnin dan Khamis. 3)Tunaikanlah Sunat Witir sebelum tidur awal malam atau bangun tidur akhir malam kerana akhir sepertiga malam itu lebih afdal dengan disertai kehadiran malaikat pada waktu tersebut."
Wednesday, March 10, 2010
Larangan keras melintas hadapan tempat sujud ketika muslim sedang solat
Pengajian kitab bahrulmazi jilid 3 ust Shamsuri 10-3-2010. Riwayat Imam Abu Isa AtTarmizi, Riwayat Al-Bukhari dan Riwayat Muslim. Hadis Hasan lagi Sahih dari Abi Juhaim RA sabda NabiSAW:-
"Dilarang keras melintas dihadapan tempat sujud muslim yang tengah solat kerana amat besarnya dosa tersebut."
6 Hadis sekiranya Bangkang menjadi Murtad
Muqaddimah sebelum pengajian kitab bahrulmazi jilid 3 ust Shamsuri 10-3-2010. Hadis Tiada Bangkangan ialah terdiri dari 6 Sunan Sittah iaitu Bukhari, Muslim, AnNasai, Abu Daud, Ibnu Majah & AtTirmizi.
Riwayat Imam Al-Bukhari, dari Abu Said Al-Khudri Radiallahu Anhu sabda NabiSAW. Apabila mayat diletak atas usungan setelah dimandi dan dikafankan. Mayat muslim yang soleh berkata supaya dicepatkan dikuburkan. Mayat kafir atau muslim yang lalai solat pula berkata celaka kemana aku ini dibawa. Segala haiwan mendengar percakapan tersebut kecuali manusia dan jin. Sekiranya Allah memberi dengar pada manusia, nescaya pengsan akan manusia.
Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah Radiallahu Anhu sabda NabiSAW mentafsirkan Surah Al-Zaljalah. Apabila bumi digoncang sekuatnya, segala rahsia manusia terbongkar melalui kitab amalan yang diterima setiap manusia.
Monday, March 8, 2010
Fekah tanpa tasawuf ialah fasik dan tasawuf tanpa feqah ialah kafir zindiq
![]() |
| Al-Hadid20 Dunia dipenuhi menipu sesama manusia dan materialistik |
Tuesday, March 2, 2010
Osman Syahid & Gegarnya Bukit Sabir! tetapi manusia tetap melihat 1 keburukan berbanding 1000 kebaikan demi nafsu kebencian
Muqaddimah Nurul Ihsan 8-3-2010 & Kuliah bahrulmazi bab 15 rakyat fitnah pemimpin 2-3-2010 Ust Shamsuri. Sahih Muslim dari Amir bin Saad dari bapanya. Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam berdoa meminta 3 permohonan dan Allah perkenankan 2 daripadanya iaitu sekiranya ditakdirkan banjir besar dan kemarau panjang, ia tidak sampai ke tahap membinasakan muslim. Tetapi Allah menolak 1 permintaan iaitu fitnah atau kebinasaan dari perbalahan dikalangan muslim sehingga saling membunuh.
![]() |
| Osman meluaskan masjid Nabawi seperti hari ini. |
![]() |
| Osman membukukan Al-Quran |
![]() |
| ramai rakyatnya tidak puas hati |
Hadis hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Abi Bakrah RA menurut NabiSAW barang siapa memandang hina Raja/Sultan/Pemerintah/Pemimpin/Ketua dan mencela pemerintah seperti di dalam suratkhabar, internet, khalayak ramai dan tempat umum maka sesungguhnya Allah menghina akan dia.
Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim daripada AbdurRahman AbiAmrah dari Osman bin AffanRA Sabda NabiSAW Saidina Osman menjawab terguran kenapa AbdurRahman AbiAmrah mempertikai dirinya datang masjid selepas selesai Maghrib “Wahai anak saudaraku, siapa yang solat Isyak berjemaah di masjid, pahalanya seperti qiamullail separuh malam.”
AWAS & HATI-HATI penyebar fitnah berita palsu dan manusia yang mulutnya tiada insuran jenis cakap lepas.
Kuliah bahrulmazi bab 15 rakyat fitnah pemimpin 2-3-2010 syarah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad Hadis hasan lagi Sahih riwayat Sunan Abu Isa AtTirmizi dari Abi Bakrah Radiallahu Anhu menurut NabiSAW barang siapa memandang hina atau mencerca Raja/Sultan/Pemerintah/Pemimpin/Ketua di dalam suratkhabar, internet, khalayak ramai dan tempat umum maka sesungguhnya Allah menghina akan dia.
Sejarah Islam mengajar manusia umat akhir zaman supaya mencari dan mengawasi siapa disebalik punca penyebaran fitnah dan berita palsu.
Monday, March 1, 2010
Penciptaan Bumi
Pengajian tafsir Quran kitab Nurul Ihsan jilid 2 ms268 surah ArRa'd 15-28 syarahan Ustaz Shamsuri. (ArRa'd 15) Sunnatullah menentukan matahari supaya taat perintah Allah dengan naik di sebelah timur dan ketika kiamat terbit dari barat. Termasuklah bayang-bayang yang menurut perintah Allah. (ArRa'd 16) Kafir menjawab pertanyaan Nabi Ibrahim Alaihis Salam "Berhala itu memang kami sembah tapi dia tidak boleh bercakap." Beza Islam dan kafir itu seperti beza siang dan malam. Hanya Allah saja yang mencipta sekelian makhluk dan bukannya berhala yang kafir sembah. (ArRa'd 17) Islam mesti jadi hebat dengan kekuatan sebenar iman bukannya menjadi lemah seperti buih. Sahih AtTirmizi Abi Musa Al-Ash'ari sabda NabiSAW. Pada akhir zaman nanti, perpaduan Islam seperti buih air yang berpecah menanti hidangan musuh Islam.
(ArRa'd 18) Mereka yang tidak menerima seruan panggilan agama akan menerima azab sehingga sanggup serahkan segala kekayaan dunia demi melepaskan diri dari azab Allah padahal mereka kekal di neraka. (ArRa'd 19-21) Hanya mereka yang berfikir yang mengetahui kebenaran iaitu mereka yang sabar menyempurnakan janji Allah. Mukmin yang sabar mencari keredhaan Allah akan menerima balasan baik. (ArRa'd 22) Di akhirat, manusia yang mendapat layanan istimewa Allah ialah mukmin yang istimewa iaitu membalas kejahatan dengan memberi kebaikan. (ArRa'd 23) Mukmin yang istimewa itu berpeluang memberi syafaat pada ahli keluarganya dengan syarat ahli keluarganya Islam dan beriman. (ArRa'd 24) Anugerah paling besar ialah selamat dari masuk neraka.
Ikhlas Tersasar
Muqaddimah pengajian tafsir Quran kitab Nurul Ihsan jilid 2 ms268 surah ArRa'd ayat 15 tarikh 1-3-10 syarahan Ustaz Shamsuri. Sahih Muslim dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu, NabiSAW bersabda "Tiada seorang pun di antara kita yang amalannya boleh selamatkan kita termasuk diriku. Aku masuk syurga kerana belas kasih Allah bukan kerana solat sunat dan puasa sunatku yang banyak. Amalan yang banyak walaupun riak, sombong dan besar diri akan merosakkan amalan. Amalan kena buat tetapi biarlah kerana Allah Ta'ala."
Sahih Muslim dari Aisyah Radiallahu Anha, NabiSAW berpesan, "Apa saja buatlah sedaya upaya kerana Allah. Matlamat kerana Allah tersasar itu merupakan perkara biasa kerana syaitan sentiasa mengganggu walaupun tengah solat. Syaitan mencuba sedaya upaya sekiranya tidak banyak, sedikit pun dia akan cuba mengalihkan penumpuan mencari redha Allah. Sekiranya berjaya melepasi maka bergembiralah. 2 rakaat setiap hari kabliah subuh itu lebih baik dari benda paling berharga dunia kerana itulah yang Allah paling suka."
KEIKHLASAN RASULULLAH SAW
Sahabat bertanya, tidakkah ini menjadi beban. Kenapa kamu ya Rasulullah solat sunat sehingga bengkak kaki sedangkan Allah telah menyebut NabiSAW itu maksum tiada dosa dan syurga ke atasnya sudah pasti.
Jawab NabiSAW, "Tak bolehkah saya nak menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah."
Sahih Muslim dari Aisyah Radiallahu Anha, NabiSAW berpesan, "Apa saja buatlah sedaya upaya kerana Allah. Matlamat kerana Allah tersasar itu merupakan perkara biasa kerana syaitan sentiasa mengganggu walaupun tengah solat. Syaitan mencuba sedaya upaya sekiranya tidak banyak, sedikit pun dia akan cuba mengalihkan penumpuan mencari redha Allah. Sekiranya berjaya melepasi maka bergembiralah. 2 rakaat setiap hari kabliah subuh itu lebih baik dari benda paling berharga dunia kerana itulah yang Allah paling suka."
KEIKHLASAN RASULULLAH SAW
Sahabat bertanya, tidakkah ini menjadi beban. Kenapa kamu ya Rasulullah solat sunat sehingga bengkak kaki sedangkan Allah telah menyebut NabiSAW itu maksum tiada dosa dan syurga ke atasnya sudah pasti.
Jawab NabiSAW, "Tak bolehkah saya nak menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah."
Silaturahim adik beradik
![]() |
| Hubungan dengan Allah dan sesama manusia |
Wednesday, February 24, 2010
Sabar dengan musibah
Muqaddimah BM3 Ust Shamsuri 24/2/10 Sahih muttafakun alai dari Ibnu Abbas ra sabda Nabi SAW pada wanita habsyi "Sekiranya kamu memilih sabar untuk sakit dari memilih aku berdoa sembuhkan penyakit maka ia akan membawa kamu ke syurga, dan Allah akan memelihara aurat yang kamu bimbangkan akibat penyakit tersebut." Sahih Bukhari dari Khabbaq Al-Araq ra merangkap suami kepada Sumayah sabda Nabi SAW kepada sekumpulan sahabat yang mempersoalkan pertolongan Allah akibat tidak tahan dengan penyeksaan kafir Mekah. "Umat terdahulu lebih teruk dengan ditanam separuh tubuh kemudian digergaji. Isi dan kulit disiat sehingga tinggal tulang tetapi mereka tetap setia dengan tauhid Islamiah mereka."
Tunduk solat tempat sujud
Bahrulmazi jilid 3 ust Shamsuri 24/2/10 Ibadah solat sepatutnya menganggap seolah-olah Allah sedang melihat dihadapan kita ketika kita tengah menunaikan solat. Solat jumaat yang betul ialah yang awal duduk di saf hadapan dan yang lambat duduk di belakang kerana perbuatan melangkah itu menyakiti kariah masjid dan berdosa menurut hukum Islam. Sahih Muslim, Allah menganggap muslim berada dalam solat apabila bermula niat solat diikuti perjalanan pergi sehingga selesai solatnya. Tidak harus kentut di masjid kerana perbuatan itu menyakiti malaikat yang tidak suka kepada bau busuk. Yang dikatakan hadaz merujuk Abu Hurairah RA ialah kentut yang berbunyi dan tiada bunyi. Mazhab Syafie menerangkan tidak dimaafkan apabila solat dalam keadaan najis seperti air kencing dan tahi melekat walaupun sedikit pada pakaian. Sahih Bukhari, solat mesti menunduk tengok ke arah tempat sujud kerana sekiranya mendongak ke atas akan dibutakan Allah di hari akhirat.
Sambung rakaat solat, berapa kali wuduk dan isu tiada tirai jemaah laki dan perempuan di dalam masjid
Pengajian kitab bahrulmazi jilid 3 Ustaz Shamsuri 24/2/10. Sunan Riwayat Imam Abu Isa At Tirmizi, NabiSAW pernah menjadi imam berjemaah solat Asar dan tertinggal 1 rakaat. Apabila ditegur Zul Yadain disokong Abu Bakar, Omar, Osman serta sahabat lain, NabiSAW kembali di tempat imam dan menyambung rakaat ke empat sehingga selesai solat. Sahih Bukhari dari Sahal bin Saad Al-Saidi Radiallahu Anhu sabda NabiSAW tidak batal apabila nampak aurat peha bawah celahan kain ketika sujud solat. Sah wuduk samada sekali atau dua atau lebih afdal tiga kali dan dilarang melebihi 3 kali kerana membazir.
Batalnya pahala Sedekah dan 4 pesanan RasulullahSAW pada umatnya.
Muqaddimah bahrulmazi jilid 3 Ustaz Shamsuri 24/2/10. Firman Allah surah Al-Baqarah ayat 264 Mengungkit, niat menunjuk dan menyakitkan hati orang yang disedekah akan terbatal pahala sedekah. Dari Jabir bin Sulail radiallahu anhu 4 pesanan NabiSAW. Islam mengajar:-


- Jangan kondem atau memperlekehkan orang.
- Jangan hina perbuatan baik walaupun jumlah sedekahnya kecil dan jangan perli senyuman tidak ikhlas kepada mereka yang bersedekah senyuman.
- Bermuka manis apabila berbual.
- Jangan mengaibkan orang yang mengaibkan kamu dihadapan ramai kerana bencana Allah akan menimpa orang yang mengaibkan orang lain. Serahkan kepada Allah yang akan menguruskan pembalasan ke atas perbuatan mereka.
Friday, February 19, 2010
Haram tokok tambah Ibadat
GEJALA SOSIAL PUNCA DARI RASUAH & DITEGAH NADA SUARA TINGGI BILA BERCAKAP
BahrulMazi 19 1/2/10 UsShamsuri- SafwanRA hei arab Badwi jgn bercakap nada tinggi kerana RasulullahSAW tidak suka sikap biadab sebegitu.
Sabda NabiSAW, setiap darah daging yang terbentuk dari sumber haram, neraka balasannya. Akibatnya hasil haram itu akan membesarkan anak-anaknya dalam kegiatan kerosakan sosial masyarakat.
HadisHassan Lagi Sahih AtTirmizi BahrulMazi jilid 3 ms222 BID'AH IALAH TOKOK TAMBAH IBADAH MELAINKAN BERSANDARKAN AL-QURAN DAN HADIS YAKNI SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW DAN IBADAH KHULAFAH AR-RASHIDIN.
BahrulMazi 19 1/2/10 UsShamsuri- SafwanRA hei arab Badwi jgn bercakap nada tinggi kerana RasulullahSAW tidak suka sikap biadab sebegitu.
Sabda NabiSAW, setiap darah daging yang terbentuk dari sumber haram, neraka balasannya. Akibatnya hasil haram itu akan membesarkan anak-anaknya dalam kegiatan kerosakan sosial masyarakat.
HadisHassan Lagi Sahih AtTirmizi BahrulMazi jilid 3 ms222 BID'AH IALAH TOKOK TAMBAH IBADAH MELAINKAN BERSANDARKAN AL-QURAN DAN HADIS YAKNI SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW DAN IBADAH KHULAFAH AR-RASHIDIN.
Wednesday, February 10, 2010
Ujian sabar tanda sayang Allah
Muqaddimah sebelum pengajian bahrulmazi jilid 3 Ust Shamsuri 10/2/10. Sahih muttafakun alain dari Abdillah bin Mas'Ud radiallahu anhu yang menziarahi NabiSAW. RasulullahSAW apabila demam dan sakit lain-lain 2 kali ganda manusia biasa. Setiap kesabaran muslim ke atas sakit yang dianugerahkan Allah, akan digugurkan mana-mana dosa yang dilakukannya sebelum ini. Riwayat AtTirmizi dari Anaz bin MalekRA. Sabda NabiSAW "Balasan Allah samada ujian kesakitan atau kemudaratan ke atas dosa muslim ketika di dunia menandakan Allah sayang padanya. Tetapi awas sekiranya Allah tidak membalas di dunia, sesungguhnya azab Allah amat pedih dan tidak tertanggung manusia ketika di akhirat nanti. Semakin besar ujian kesabaran maka semakin besar pahala ke atasnya. Barangsiapa redha dengan ujian Allah baginya keredhaan Allah. Barang siapa yang marah dengan ujian Allah, baginya kemurkaan Allah."
Subscribe to:
Posts (Atom)














