Nota Cinta

Monday, March 8, 2010

Fekah tanpa tasawuf ialah fasik dan tasawuf tanpa feqah ialah kafir zindiq

Al-Hadid20 Dunia dipenuhi menipu sesama manusia dan materialistik
Tafsir Quran surah Al-Hadid 8.03.10 Kitab Nurul Ihsan jilid 4 ms 161 syarah Ust Shamsuri. Al-Hadid21 Berlumbalah membuat amal dan memohon keampunan Allah kerana syurga yang menanti seluas langit dan bumi. Al-Hadid22 Takdir Allah telah ditentukan semenjak di Luh Mahfuz. Al-Hadid23 Nikmat kelebihan dan anugerah pemberian itu untuk dikongsi. Allah tidak suka sifat takabur dengan pemberianNya. Al-Hadid24 Sifat kedekut dan tidak membuat suruhan Allah dijanjikan seksa yang amat dasyat. Al-Hadid25 Allah menjadikan kekuatan besi untuk ujian kepada manusia supaya digunakan ke jalan yang diredhai. Al-Hadid26 Dijadikan Nabi Nuh menghapuskan umat manusia dan hanya yang terselamat membiakkan kembali umat manusia. 3 anak Nuh ialah Sam memulakan keturunan Arab, Rom dan Israel, Ham keturunannya Sudan dan bangsa kulit hitam dan Yatif keturunan mata sepet seperti Turki, Tartar, Cina dan Mongolia. Kebanyakan keturunan mereka itu kemudiannya fasik. Al-Hadid27 Kami jadikan 4000 nabi dan dijadikan Rasul memimpin umatnya. Kami tidak menyuruh taksub Ibadah atau rahbaniah sehingga membuang dunia kerana ia mengundang fasik. Menurut Imam Maliki, fekah tanpa tasawuf ialah fasik dan tasawuf tanpa feqah ialah kafir zindiq. Al-Hadid28 Dianugerahkan 2 rahmat dan 2 pahala untuk mereka yang taat Allah dan Rasulullah SAW. Bagi mereka Nur yang cerah ketika melintas siratul mustaqim. Al-Hadid29 Mereka yang alim kitab Taurat dan Zabur menyangkakan mereka kekasih Allah padahal mereka itu kafir kerana menolak Nabi Muhammad SAW.

No comments:

Post a Comment