Pengajian tafsir Quran kitab Nurul Ihsan jilid 2 ms268 surah ArRa'd 15-28 syarahan Ustaz Shamsuri. (ArRa'd 15) Sunnatullah menentukan matahari supaya taat perintah Allah dengan naik di sebelah timur dan ketika kiamat terbit dari barat. Termasuklah bayang-bayang yang menurut perintah Allah. (ArRa'd 16) Kafir menjawab pertanyaan Nabi Ibrahim Alaihis Salam "Berhala itu memang kami sembah tapi dia tidak boleh bercakap." Beza Islam dan kafir itu seperti beza siang dan malam. Hanya Allah saja yang mencipta sekelian makhluk dan bukannya berhala yang kafir sembah. (ArRa'd 17) Islam mesti jadi hebat dengan kekuatan sebenar iman bukannya menjadi lemah seperti buih. Sahih AtTirmizi Abi Musa Al-Ash'ari sabda NabiSAW. Pada akhir zaman nanti, perpaduan Islam seperti buih air yang berpecah menanti hidangan musuh Islam.
(ArRa'd 18) Mereka yang tidak menerima seruan panggilan agama akan menerima azab sehingga sanggup serahkan segala kekayaan dunia demi melepaskan diri dari azab Allah padahal mereka kekal di neraka. (ArRa'd 19-21) Hanya mereka yang berfikir yang mengetahui kebenaran iaitu mereka yang sabar menyempurnakan janji Allah. Mukmin yang sabar mencari keredhaan Allah akan menerima balasan baik. (ArRa'd 22) Di akhirat, manusia yang mendapat layanan istimewa Allah ialah mukmin yang istimewa iaitu membalas kejahatan dengan memberi kebaikan. (ArRa'd 23) Mukmin yang istimewa itu berpeluang memberi syafaat pada ahli keluarganya dengan syarat ahli keluarganya Islam dan beriman. (ArRa'd 24) Anugerah paling besar ialah selamat dari masuk neraka.

No comments:
Post a Comment