Nota Cinta

Monday, March 1, 2010

Ikhlas Tersasar

Muqaddimah pengajian tafsir Quran kitab Nurul Ihsan jilid 2 ms268 surah ArRa'd ayat 15 tarikh 1-3-10 syarahan Ustaz Shamsuri. Sahih Muslim dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu, NabiSAW bersabda "Tiada seorang pun di antara kita yang amalannya boleh selamatkan kita termasuk diriku. Aku masuk syurga kerana belas kasih Allah bukan kerana solat sunat dan puasa sunatku yang banyak. Amalan yang banyak walaupun riak, sombong dan besar diri akan merosakkan amalan. Amalan kena buat tetapi biarlah kerana Allah Ta'ala."

Sahih Muslim dari Aisyah Radiallahu Anha, NabiSAW berpesan, "Apa saja buatlah sedaya upaya kerana Allah. Matlamat kerana Allah tersasar itu merupakan perkara biasa kerana syaitan sentiasa mengganggu walaupun tengah solat. Syaitan mencuba sedaya upaya sekiranya tidak banyak, sedikit pun dia akan cuba mengalihkan penumpuan mencari redha Allah. Sekiranya berjaya melepasi maka bergembiralah. 2 rakaat setiap hari kabliah subuh itu lebih baik dari benda paling berharga dunia kerana itulah yang Allah paling suka."

KEIKHLASAN RASULULLAH SAW
Sahabat bertanya, tidakkah ini menjadi beban. Kenapa kamu ya Rasulullah solat sunat sehingga bengkak kaki sedangkan Allah telah menyebut NabiSAW itu maksum tiada dosa dan syurga ke atasnya sudah pasti.
Jawab NabiSAW, "Tak bolehkah saya nak menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah."


No comments:

Post a Comment