Nota Cinta

Wednesday, March 10, 2010

6 Hadis sekiranya Bangkang menjadi Murtad


Muqaddimah sebelum pengajian kitab bahrulmazi jilid 3 ust Shamsuri 10-3-2010. Hadis Tiada Bangkangan ialah terdiri dari 6 Sunan Sittah iaitu Bukhari, Muslim, AnNasai, Abu Daud, Ibnu Majah & AtTirmizi.

Riwayat Imam Al-Bukhari, dari Abu Said Al-Khudri Radiallahu Anhu sabda NabiSAW. Apabila mayat diletak atas usungan setelah dimandi dan dikafankan. Mayat muslim yang soleh berkata supaya dicepatkan dikuburkan. Mayat kafir atau muslim yang lalai solat pula berkata celaka kemana aku ini dibawa. Segala haiwan mendengar percakapan tersebut kecuali manusia dan jin. Sekiranya Allah memberi dengar pada manusia, nescaya pengsan akan manusia.

Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah Radiallahu Anhu sabda NabiSAW mentafsirkan Surah Al-Zaljalah. Apabila bumi digoncang sekuatnya, segala rahsia manusia terbongkar melalui kitab amalan yang diterima setiap manusia.

No comments:

Post a Comment