Muqaddimah Nurul Ihsan 8-3-2010 & Kuliah bahrulmazi bab 15 rakyat fitnah pemimpin 2-3-2010 Ust Shamsuri. Sahih Muslim dari Amir bin Saad dari bapanya. Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam berdoa meminta 3 permohonan dan Allah perkenankan 2 daripadanya iaitu sekiranya ditakdirkan banjir besar dan kemarau panjang, ia tidak sampai ke tahap membinasakan muslim. Tetapi Allah menolak 1 permintaan iaitu fitnah atau kebinasaan dari perbalahan dikalangan muslim sehingga saling membunuh.
|
Osman meluaskan masjid Nabawi seperti hari ini. |
Fitnah atau kebinasaan
besar
selepas kewafatan terjadi bermula apabila rakyat zaman khalifah Osman tidak puas hati dengan pemerintahannya dan sebahagian menunjuk perasaan dengan memberontak membunuh Osman bin Affan akibat
tuduhan pilih kasih melantik pegawai muda dan ahli keluarga dalam jawatan pemerintahan. Padahal Osman
melakukan
mengikut kelayakan kebolehan terbaik terhadap tugas bukan mengamalkan
nepotisme atau sikap pilih kasih seperti dituduh. Tidak cukup dengan itu, Osman dituduh mengumpul kekayaan apabila menjadi Khalifah padahal Osman merupakan hartawan sebelum menjadi Khalifah. Pengorbanan Osman memegang amanah pemimpin menyebabkan Osman dari kaya-raya menjadi miskin sehingga hartanya tinggal hanya simpanan 2 ekor unta kegunaan ibadat Haji dan bukan sebaliknya seperti dituduh rakyatnya. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda barang siapa yang dapat
meluaskan masjid kecil yang semakin sesak ramai ini, aku menjanjikannya Syurga.
Air di bumi Madinah ni masin seperti air laut, barang siapa mempunyai wang
membeli telaga Rommah yang airnya sedap itu, aku hanya dapat menjanjikannya
Syurga. Setiap kali habis saja NabiSAW bersabda dengan
segera Osman membelinya.
|
Osman membukukan Al-Quran |
Osman juga dituduh bid'ah membukukan Al-Quran padahal ia perintah Allah sebelum sejurus kewafatan RasulullahSAW. Kekasih NabiSAW iaitu Abu Bakar As Siddiq mula mengumpulkan Al-Quran dan diteruskan oleh Omar Al-Khattab dan Omar tidak sempat membukukan Al-Quran. Tidak cukup dengan bid'ah membukukan Al-Quran, Osman
dituduh bid'ah mengubah sunnah Rasulullah SAW kerana tidak solat 2 rakaat musafir malah solat 4 rakaat apabila sampai di masjid tempat kawsan kediaman rumah tempat asalnya. Ketika
sekumpulan pemberontak ingin menceroboh dan membunuh Osman bin AffanRA di kediamannya di Basra Mekah, Osman dari tingkap kediamannya di tingkat atas menjawab segala pertuduhan ke atasnya dan mengingatkan kembali peristiwa yang pernah dijanjikan NabiSAW olehnya syurga.
Suatu hari ketika Rasulullah SAW, Abu Bakar, Omar dan Osman di atas Bukit Sabir di Mekah, tiba-tiba bergegar Bukit Sabir. Sabda Nabi SAW. "Diam kamu wahai Bukit Sabir! tenanglah kamu kerana sesungguhnya yang berdiri di atas belakang kamu sekarang ini ialah seorang Nabi, seorang As Siddiq dan 2 orang bakal syahid iaitu Omar dan Osman." Bukit Sabir pun diam setelah mendengar kenyataan Nabi Muhammad SAW. Ketika sehari sebelum syahidnya, Osman bermimpi Rasulullah SAW, Abu Bakar As Siddieq dan Omar Al-Khattab menyuruhnya berpuasa supaya dapat berbuka bersama. Osman berkata
"Demi Allah, aku yakin aku akan mati syahid"
|
ramai rakyatnya tidak puas hati |
Apabila manusia rela dipengaruhi nafsu kebencian, segala kebaikan yang dibuat ditolak tepi. Sekumpulan pemberontak dari Mesir tersebut tetap mengepong rumah Osman dan mereka masih tidak puas hati dengan berkata
“Itu semua kami tahu tapi kami tetap nak bunuh kau." Sebelum itu Saidina Osman bin Affan Radiallahu Anhu telah berpesan pada para sahabat Riduanullah Alaihim ajmain supaya tidak masuk campur menghalang pemberontak dari membunuhnya kerana Osman tekad bertawakal kepada Allah dan dia seolah-olah bersedia dengan kematian syahidnya.
"Jangan ada sesiapapun dikalangan Para Sahabat Rasulullah SAW melanggar arahan aku sebagai Khalifah dengan bertujuan mempertahankan diriku". Ali Abi Talib berkawal di dalam rumah tingkat bawah kediaman Osman kerana tingkat bawah telah dibakar pemberontak, di tingkat atas pula sekumpulan lain pemberontak menyelinap menyusuri atap rumah. Akhirnya Saidina OsmanRA dipukul dengan besi sehingga pecah kepala ketika sedang asyik dengan hobinya membaca
Al-Quran. Darahnya menyembur membasahi kertas Al-Quran dan jari-jari isterinya yang cuba menghalang serangan putus dipotong pemberontak.
Peristiwa ini merupakan fitnah besar selepas kewafatan NabiSAW dan berita tersebut mengejutkan Saidatina Aisyah, Abu Talhah dan Zubair Al-Awwam yang ketika itu sedang menunaikan umrah di Madinah. Peristiwa ini menyebabkan berlakunya perang saudara Islam antara Saidina Ali dan Aisyah kerana fitnah hasutan tipu daya pemberontak yang terdiri dari ramai munafik Islam diketuai Abdullah bin Sabak.
Hadis hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Abi Bakrah RA menurut NabiSAW barang siapa memandang hina Raja/Sultan/Pemerintah/Pemimpin/Ketua dan mencela pemerintah seperti di dalam suratkhabar, internet, khalayak ramai dan tempat umum maka sesungguhnya Allah menghina akan dia.
Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim daripada AbdurRahman
AbiAmrah dari Osman bin AffanRA Sabda NabiSAW
Saidina Osman menjawab terguran kenapa AbdurRahman AbiAmrah mempertikai
dirinya datang masjid selepas selesai Maghrib “Wahai anak saudaraku, siapa yang solat Isyak berjemaah di masjid, pahalanya seperti qiamullail
separuh malam.”
No comments:
Post a Comment