Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Saturday, March 13, 2010
Rasulullah SAW tidak suka tilam empuk kerana kehadiran malaikat sepertiga malam akhir
Muqaddimah bahrulmazi jilid 19 Ust Shamsuri 13-7-2010. Sahih AtTirmizi Sabda NabiSAW kepada isterinya Habsah Radiallahu Anha." Jangan selesakan tilam tempatku tidur kerana ia akan menghalang aku dari bangkit solat malam." Sahih Muttafakun Alai dari Aisyah Radiallahu Anha. Setiap kali 10 malam terakhir Ramadhan, Nabi SAW menggerakkan seluruh ahli keluarga termasuk anak menantunya bangun dari tidur supaya fokus kepada ibadah sunat. Sahih Abu Daud, Muslim dan AtTirmizi. Sabda NabiSAW "Jangan lupa 3 pesanku 1)Qabliah Subuh atau sunat fajar 2)Sebulan 3 hari berpuasa samada Isnin dan Khamis. 3)Tunaikanlah Sunat Witir sebelum tidur awal malam atau bangun tidur akhir malam kerana akhir sepertiga malam itu lebih afdal dengan disertai kehadiran malaikat pada waktu tersebut."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment