Nota Cinta

Monday, March 1, 2010

Silaturahim adik beradik

Hubungan dengan Allah dan sesama manusia
Muqaddimah kuliah Nurul Ihsan 1-3-2010 Ust Shamsuri. Sahih Muslim dari Abi HurairahRA sabda NabiSAW. "Allah memelihara mereka yang sabar berbuat baik menjaga silaturahim adik-beradik dan sekiranya adik-beradik yang dibuat baik itu membalas keburukan seperti tohmahan dan sebagainya, mereka umpama memakan ketulan bara api neraka".  Sabda NabiSAW kepada Abu Talhah yang ingin menginfak kebun kurma kesayangannya ke jalan Allah. "Berilah kepada adik-beradik yang susah dan memerlukan itu terdahulu kerana pahalanya lebih besar." Sahih muttafakun alai dari Anaz bin MalekRA sabda NabiSAW "sesiapa yang mahu rezekinya murah dan umurnya panjang maka jagalah hubungan silaturahim."

No comments:

Post a Comment