Nota Cinta

Tuesday, April 18, 2006

Mala'ikat dalam Majlis ILMU



MALA'IKAT MENYERTAI MAJLIS ILMU MELIBATKAN QURAN HADIS

18-04-06 

Sahih Muslim Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Di antara celah-celah jemaah yang menghadiri majlis ilmu dihadiri para mala'ikat yang mengepakkan sayapnya. Banyaknya mala'ikat bersusun safnya sehingga cecah langit dunia. Selesai majlis, mala'ikat melaporkan pada Allah, selain muslim bertasbih, bertakbir, bertahlil dan bertahmid, mereka meminta syurgaMu, mereka minta dijauhi dari nerakaMu dan mereka memohon keampunanMu ya, Allah. Firman Allah, "Aku ampunkan dan bebaskan dari kecelakaan kepada siapa saja terlibat dalam majlis ilmu mengingati Allah samada yang datang itu tidak sengaja atau tidak ikhlas dengan syarat tiada niat jahat."

Surah Faathir SURAH PENCIPTA

35:8) Syaitan mempengaruhi manusia buat dosa, maka segera pohon keampunan Allah. Kesesatan dan hidayah itu takdir pilihan individu itu sendiri. Tidak perlu dukacita wahai Muhammad saw. 9) Bumi kering kontang, Allah boleh hantarkan angin bersama awan untuk menurunkan hujan bagi menyuburkan kembali. Demikian manusia mati dihidupkan kembali di mahsyar.

10) Segala amalan perbuatan dan perkataan soleh diangkat ke langit sampai di sisi Allah dan amalan perbuatan dan perkataan jahat disediakan seksa yang tiada tergambar capaian akal fikiran manusia.
11) Diciptakan Nabi Adam as kemudian dijadikan berpasangan bersama Hawa lalu dibiakkan berkembang manusia dengan umur jangka hayat siap tertulis di Luh Mahfuz.
35:12) Allah jadikan laut satu tawar dan satu masin supaya manusia dapat makan minum dari
hasilnya disamping digunakan sebagai pengangkutan perkapalan. Semua itu nikmat rezeki supaya manusia bersyukur yang membawa kepada kepercayaan tauhid pada Allah.
13) Kejadian panjang atau pendek tempoh masa siang malam sebagai bukti kebesaran Allah.
14) Benda yang disembah selain Allah itu tidak sesekali mengaku dirinya Tuhan dan ahli syirik itu menipu diri mereka sendiri.
15) Manusia apabila ditimpa musibah, kepada Allah juga mereka kembali meminta hajat.
16) Amaran Allah, jika Aku benci, sekelip mata Aku buang semua manusia dari muka bumi ini.
17) Bencana tsunami, gempa bumi, tanah runtuh dan pelbagai itu mudah bagiKu.
18) Dosa seksa tidak dapat ditanggung walaupun saudara keluarga terdekat. Hanya yang beriman perkara ghaib seperti seksa kubur berpotensi taat Allah. Yang beriman ini akan solat 5 waktu dan memilih jalan kebaikan menyucikan hati.
19-21) Malam dan siang tidak sama, teduh syurga dan panas neraka tidak sama, manusia hidup dan mayat mati tidak sama dan demikian tidak sama Islam dan kafir.
22) Penghuni kubur tidak dapat dengar dunia luar, sekiranya kalau terdengar, itu izin Allah.
23) Hidayah bukan milik Rasul dan Rasul hanya pemberi ingatan.
35:24-25) Diutus para Rasul bersama kitab-kitab samawi mengingatkan manusia supaya mentauhidkan Allah. 
26) Azab manusia tidak tahan menanti kafir dan yang berdosa.
27) Diciptakan alam semulajadi termasuk pelbagai jenis saiz warna isi makhluk sebagai membuktikan kebesaranNya.
28) Allah Maha Perkasa dan Maha Pengampun sepanjang masa.
29) Manusia baik ialah selalu baca Quran, tidak tinggal solat dan sentiasa derma.
30) Manusia bersyukur dijanjikan ditambah kebaikan dari Allah.
31) Quran syariat terkahir wajib ditaati manusia membenarkan Zabur Taurat Injil.  
35:32) Allah 3 Kategori. 1)zalim diri sendiri lalai 5 waktu, 2)sederhana taat fardu malas sunat tengah malam dan 3)ghairah amal soleh, sentiasa telan kemarahan, mulut sentiasa zikrullah dan merasakan Allah sentiasa disisinya. 
33)3 golongan ini akhirnya masuk syurga selepas diseksa baki dosa. Azab seksa Allah tiada langsung tertahan oleh manusia di akhirat, manusia tidak mati walaupun terputus leher, hancur perut.
34-35) Ahli syurga lelaki perempuan menikmati emas sutera, juadah hebat, kediaman istana mewah, nikmat setubuh bidadari dan wildan sehingga seronok tanpa batasan serta sentiasa muda belia.
36-37) Ahli neraka merayu kerana tidak tahan sakit dengan terbelah hancur anggota muka dan badan tetapi tetap bernyawa tidak mati. Rayuan tersebut hanya tinggal rayuan kerana hanya semasa hidup di dunia saja boleh mengelakkan perkara tersebut dari berlaku.
35:38) Allah Maha Mencipta cakerawala angkasa lepas mengetahui serentak setiap isi hati manusia.
39) Kufur humban neraka.
40) Allah memerintahkan Muhammad mempersoalkan kebolehan tokong yang mereka sembah sedangkan tokong berhala itu kaku tidak dapat berbuat apa-apa. 
41) Allah Pentadbir dan Pemelihara isi langit dan bumi menetapkan hukum alam azab bencana syurga neraka oleh ketetapan perbuatan dosa pahala.
42-43) Arab Musyhrikin Quraisyh mengutuk yahudi nasrani yang saling bergaduh kerana kedua-dua Musa Isa itu pesuruh Allah padahal apabila datang Muhammad, mereka menolak demi menjaga  status pangkat pembesar kebanggaan mereka.
44) Allah menggalakkan melancong ke tempat sejarah pembalasan Allah.
45) Sekiranya Allah berkehendak, seluruh musuh Islam tiada satu pun dapat lari dari dibinasa.

wallahu alam...pengajian kitab Nurul Ihsan jilid 3 syarah ustaz Shamsuri.








 

Wednesday, April 12, 2006

Surah Al-Qasas (Kisah-Kisah)

12-04-06 Sahih Muslim sabda Nabi saw. Belanja runcit menyara keluarga itu sedekah. Daripada tiada harta kepada anak lebih baik mati meninggalkan anak-anak hidup senang dari meminta-minta.
10-05-06 Sahih Muslim Aisyah r ha. Nabi saw membaca 3 Qul lalu meniup tempat yang sakit.
14-06-06 Sahih Muslim Auf bin Malek ra sabda Nabi saw. Janjilah denganku supaya 1)Jangan syirik Allah walaupun dengan satu benda. 2) Jaga 5 waktu. 3) Taat Allah Rasul 4) Jangan suka meminta-minta. HR AtTirmizi Abu Hurairah ra. Nabi saw tidak solat jenazah yang masih berhutang duit. 


gambar sekadar hiasan
SUNNAH MISAI NIPIS JANGGUT TEBAL
12-07-06 Sahih Muslim sunnah Nabi saw. misai nipis janggut lebat.  
Sahih Muslim tabe'in Ibnu Sirin. Janggut beberapa helai uban, Rambut uban tidak di inai manakala Abu Bakar diinai rambutnya. (Sunnah juga-Rasulullah saw tidak larang Abu Bakr.)
Sahih Muslim Anaz bin Malek ra. makruh cabut uban dan cukur janggut.
Sahih Muslim Al-Barra ra. Jiwa tenang bila melihat wajah Rasulullah saw. Tubuh Nabi saw sederhana tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

ZIKIR NABI
09-08-06 Sahih Muslim Abu Hurairah ra. Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahu'akbar 33x.
La-ila-ha-illah-huwahdahulasyarikalah-lahulmulqu
-walaqulhamdu-wahuwa'alaqullisyai'inqadir.

HADIS PUASA  
13-09-06 Sahih AtTirmizi Abi Said AlQudri. Nabi saw berbuka puasa bagi mera'ikan sahabat yang Sahih AtTirmizi Omar Al-Khattab. Nabi saw arah para sahabat berbuka puasa ketika perang bulan Ramadhan. Riwayat AtTirmizi Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Qada puasa tidak diterima Allah kecuali seksa bagi mereka yang sengaja suka-suka tinggal puasa Ramadhan.
tidak tahan ketika rombongan musafir bulan Ramadhan. Berbuka baik bagi yang uzur, kerja berat dan musafir.
Sahih AtTirmizi Habsah bt Saidina Omar Al-Khattab sabda Nabi saw,  Puasa wajib mesti niat di malam hari. Niat selepas Subuh tidak sah puasa.YANG DIKATAKAN NIAT IALAH "ingat dalam hati "aku puasa esok" SUDAH MEMADAI. yang dikarang ulama feqah itu sekadar garis panduan rasmi.


SURAH AL-QASAS (KISAH-KISAH)

28:1-4) Musa lahir setahun selepas Harun ketika bayi-bayi lelaki diperintahkan bunuh oleh Fir'Aun.
7) Allah janji pada emak Musa akan keselamatan Musa setelah dihanyutkan baginda ke sungai Nil.
8) Musa akhirnya jatuh ke tangan Fir Aun.
9) Isteri Fir Aun menghalang Musa dari dibunuh Fir Aun.
28:10-13) Yuhanis yang merahsiakan identitinya sebagai ibu kandung Musa berjaya menyusu Musa setelah kesemua ibu-ibu susuan yang dipanggil itu gagal.
14) Musa dihantar ke FirAun setelah umur 2 tahun dan dibesarkan sehingga 30 tahun di istana.
15-19) Suatu hari, baginda terbunuh tukang masak Kibti kaum FirAun yang dikatakan buli tukang masak kaum Musa. Musa segera bertaubat pada Allah kerana terpengaruh hasutan syaitan.
20-21) Baginda kemudian mendapat khabar angin Fir Aun akan bunuhnya lalu segera melarikan diri untuk menyelamatkan dirinya. 
28:22) Ketika kesesatan padang pasir ke Madyan, malaikat diperintahkan Allah supaya memandu Musa ke sebuah tempat yang dipenuhi pengembala.
23-24) Musa mengangkat dengan mudah batu besar yang menutupi telaga untuk memberi kemudahan pada 2 pengembala wanita mencedok air.
25-27) Kejadian tersebut menyebabkan Nabi Syuaib as mengambil Musa sebagai menantu bersyarat iaitu menetap bersama baginda sambil menjadi pengembala kambing selama 10 tahun.
28) Setelah 10 tahun, Musa dan isterinya Safurah ke Mesir mencari ibu kandung.
29-31) Ketika melalui gunung Tursina, suara entah dari mana datangnya meminta Musa mencampakkan tongkat. Suara itu bebunyi,"Jangan lari, Akulah Allah Tuhan Sekelian Alam, Ular itu tidak akan menyakitimu."
32) Ular besar yang merubah dari tongkat dan cahaya dari tangan itu mukjizat bukti kuasa Allah ketika digunakan untuk memerangi golongan fasik.
28:33-35) Allah perkenan doa Musa dengan mengabarkan saudara sesama Islamnya Harun supaya membantu Musa menghadap Fir Aun dengan janji keselamatan dari Allah.
36) Di istana, Fir Aun dan pembesarnya menuduh Nabi Allah Musa as tu ahli sihir setelah mukjizat yang ditunjukkan baginda.
37-38) Fir Aun menuduh Musa merepek dan perli sambil ketawa dengan memanggil para pembesarnya supaya dibinakan bangunan untuk dia melawat Allah.
39) Allah juga dendam pada yang takabur denganNya.
40) Seluruh Fir Aun dan tenteranya Kami tenggelamkan ke dasar laut.
41-42) Kufur akan dilaknat Allah dunia akhirat jauh dari rahmat Allah.
28:43) Musa mengetahui kisah Nuh didalam Taurat begitu juga Quran mengetahui kisah Musa.
44-46) Kerana perlantikan Rasul dan turun Quran maka Kami sampaikan kisah Syuaib, kisah kerasulan Musa dan perlembagaan peraturan hidup manusia.
47) Lantikan Muhammad ini sebagai alasan yang tidak boleh dipakai manusia tiada peringatan semasa di akhirat.
48) Kafir Musyrikin Mekah memberikan 1000 alasan untuk tidak mahu ikut Islam.Mereka mengatakan para Rasul itu sihir dan kitab yang dibawa tidak betul.
49) Sabda Nabi saw mencabar "bawakan kitab yang betul dan aku akan beriman dengan kitab itu"
50) Kafir yang sengaja bantah sememangnya kekal kejahilan manakala yang berusaha akan Kami tunjukkan jalan hidayah.
51-55) 2 gandaan ganjaran pada ahli kitab yahudi Abdullah bin Salam kerana memeluk Islam dan, 80 orang nasrani bermula Raja Najasyhi.
56-57) Petunjuk hidayah dari Allah bukan dari manusia, memilih tidak mahu memeluk Islam demi kepentingan diri itu menzalimi diri sendiri.

28:58) Ayat Amaran pada manusia. Cuba tengok, sudah berapa banyak negeri-negara Kami musnahkan. Allah sekiranya bertindak, tempat tersebut tidak dapat diduduki sesiapa lagi. Samada menjadi lautan dasar laut atau menjadi deburan padang pasir atau gurun. 59) Aku tidak zalim, Aku tidak hukum bala bencana sebelum diberi peringatan oleh Rasul Aku. Tolak utusanKu Muhammad dan ayatKu Quran maka balaKu turun. Apa saja yang manusia dapat sekarang iaitu kuasa, harta, pangkat, kecantikan, kemewahan, keturunan bangsawan, kesenangan itu semua perhiasan dunia yang akan binasa.
60) Tidakkah kamu berakal, di sisi Allah itu yang kekal. Syurga lebih baik bagi yang beriman. Maka kufur tempatnya neraka.
61) Seronok dunia ini samakah seronok di akhirat? tentu tidak sama sekali. Dunia ini tempat sementara tunggu mati. Sana akhirat tempat kekal.
62) Wahai Penghuni-penghuni neraka,  Panggilkan apa yang kamu takut dalam dunia ke sini halang Aku dari masukkan kamu ke neraka.
Penghuni neraka A balas, tolong saya Ya Allah, saya tak salah, saya terikut dia, saya terpercaya dia. 
Penghuni neraka B jawab, saya tak salah, saya tak paksa, dia yang pilih, dia yang suka, dia yang ikut.
Balas Allah, semua sama saja. semua masuk neraka. 
63) Wahai Penghuni-penghuni neraka. Panggilkan apa yang kamu sembah halang Aku dari campak kamu ke neraka. Tokong berhala yang mereka panggil itu senyap tak berkata. Akhirnya semua ke neraka.
64) Sekiranya mereka Islam, mereka bakal selamat dari api neraka akhirat ini.
65) Apa kamu jawab dengan Nabi yang Aku hantar pada kamu?
66) Mereka hanya diam membisu. 
67) Sesiapapun berpeluang sebelum mati di dunia ini untuk betaubat untuk melepaskan diri mereka dari seksa neraka kelak.
68) Tiada siapa boleh persoal apa pilihan Allah untuk manusia.
69) Allah Mengetahui isi hati perbuatan manusia.
70) kepada Allah segalanya dikembalikan.
(Al-Qasas 28:71) Apa pendapat kamu wahai manusia sekiranya Kami kekalkan malam tanpa siang? (28:72) dan bagaimana pula sekiranya Kami kekalkan siang saja? Kami boleh buat sekiranya Kami berkehendak.
73) Hakikatnya, Malam Siang itu rahmat belas kasihan Kami supaya siang, manusia boleh mencari rezeki dan malam dapat berehat.
74) Manusia di akhirat tidak dapat jawab pertanyaan Allah kenapa mereka syirik.
75) Allah bertanya pada manusia." Berikan bukti tokong kamu ada kuasa? manusia tahu hanya Allah berkuasa tapi tiada guna ketika itu.
76) Karun sepupu Musa yang kaya tetapi sombong dan kedekut.
77-79) Ramai manusia mengidamkan harta Karun, sedangkan kurniaan kelebihan itu ujian Allah. 
81-82) Mereka kemudian insaf setelah Karun ditenggelamkan Allah bersama hartanya.
28:83) Nikmat akhirat untuk mereka yang langsung tiada niat mencari dunia.
84) Istimewa hanya umat Muhammad, 1 kebaikan  gandaan 10 pahala 1 kejahatan 1 dosa.
85) Allah kenal siapa jalan sesat dan siapa jalan hidayah.86) Majoriti dalam kampung kata kita yang ikut Al-Quran hadis ni salah. Betul dia kerana pendapat majoriti. Ini yang berlaku pada Nabi Muhammad saw. Firman Allah, kita tengok nanti siapa betul siapa salah.
87) Musuh tak akan dapat halang dan binasakan kamu Muhammad kerana Aku jaga kamu.
88) Kerja kamu hanya sampaikan risalahKu. Hukum Quran jangan dipinda. Manusia mati kembali padaKu. 

gambar sekadar hiasan
HURAIAN -Janji Allah itu pasti. Kafir dikepong dan menjawab "Kami yakin kamu tidak akan zalim kepada kami kerana kamu keturunan baik-baik wahai Muhammad." Sabda Nabi saw. "kalu begitu, masuklah Islam, kalau kamu tidak mahu masuk Islam pun aku tetap bebaskan kamu semua." Nabi saw melumpuhkan musuhnya dengan akhlak baginda yang tinggi. Akhirnya semua penduduk kafir Mekah menuntut untuk memeluk Islam. JANGAN AMBIK ISLAM PADA PAKAIAN TAPI AKHLAK NABI SAW KIT BUANG. Ada sorang berjubah berserban dengan bini tudung labuh tiba-tiba mengamuk marah-marah depan front desk sebab konon kiblat silap. Pakaian Islamik tapi perangai tak Islam.

Huraian 28:56-57 
Majlis Mubahalah Rasulullah saw tentang Isa bersama Nasrani Najran. Najran turun diketuai Abu Harisah bin AlQamah bersama 14 bangsawan 60 paderi dalam satu pasukan berkuda. Mereka menegaskan bahawasanya Isa itu Allah kerana mempunyai mukjizat boleh hidupkan yang mati. Rasulullah saw datang setelah majlis ditangguhkan dengan membacakan Ali Imran ayat 1-80. Nasrani pula meminta menangguhkan majlis bagi memberi masa kepada mereka untuk menjawab kembali. Kali ini mereka diketuai Abdul Masih, Majlis Mubahalah yang dicadangkan Nabi saw itu tidak jadi diadakan kerana Najran akur dengan Muhammad.
Sabda Nabi saw. Sekiranya mereka melawanku maka Allah takdirkan huru hara dan pecah belah serta jatuh fakir keturunan mereka.
Sebagai kedua-dua pihak mengaku akan kerasulan Muhammad, Najran meminta wakil yang paling amanah dari muslim sebagai mengadili kes mereka. Nabi saw memilih Abu Ubaidah Al-Jarrah. Masalah mereka selesai secara aman. Kerana kepentingan diri. mereka kekal agama Nasrani mereka.













Tuesday, February 28, 2006

Suami Isteri SERAH DIRI PADA ALLAH

28-02-06 Pengajian kitab Muhimmah syarah ustaz Shamsuri. 

Sahih Muslim A'isyah ra, Rasulullah saw tidak mahu membalas penyihir yang meracuni baginda. Dari Abu Zar ra. Jangan tengok yang lebih senang dari kamu tetapi tengok yang lebih susah dari kamu. Banyakkan sebut La-haw-lawala-kuwata-illa-billa-hil-aliyil-azim. Bantu adik-beradik yang memerlukan diutamakan sebelum bantu fakir miskin lain.





Tuesday, February 14, 2006

Jenis MATI SYAHID

Bahrulmazi jilid 8 bab Jenazah syarah Ustaz Shamsuri. 

SYAHID PALSU
14-02-06 Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw selepas Perang Khaibar kepada seorang parajurit muslim yang telah syahid. Ambil sebelum dibahagi itu tempatnya di neraka sebab itulah dia bukan mati syahid sebaliknya aku dapat melihat dia di neraka.

GALIAN SEMULA KUBUR
Hadis Riwayat AtTirmizi Islam benarkan bongkar kembali kubur membetulkan dada mengadap kiblat. Sesetengah para sahabat ditanam pada waktu malam. Benda berharga yang terjatuh dibenarkan bongkar. Cerita kebaikan tentang si mati dituntut syarak manakala keburukan ditegah syarak. 

          
PERBAHASAN IJTIHAD ULAMA MAZHAB
Perbahasan ulama feqah vs perbahasan ulama hadis bakal menyebabkan pihak lain atau masyarakat menjadi konfius. Tidak salah memegang ijtihad Mazhab Syafi'e tetapi kita tidak boleh mengatakan ijtihad ulama mazhab lain salah kerana setiap pendapat mazhab ada nas dalil yang disandarkan. Hadis Sahih dari A'isyah ra. Rasulullah saw suka memilih yang mudah. Sabda Nabi saw IJTIHAD TEPAT 2 PAHALA IJTIHAD KURANG TEPAT 1 PAHALA.

11-04-06 Sahih Muslim dari A'isyah a sabda Nabi saw. Surah Luqman pada Saad Abi Waqaz, TAAT IBUBAPA DENGAN SYARAT TIDAK MENYALAHI AGAMA

Hadis gharib At Tirmizi dari Abdullah bin Mas'ud ra sabda Nabi saw. Muslim yang SABAR KEMATIAN ANAK belum baligh akan mendindingi mereka dari api neraka.

09-05-06 Sahih Muslim Sumamah ketua suku yang ditawan 3 hari akhirnya dibebaskan kerana kekerasan hatinya. Akhirnya dia memeluk Islam setelah TERPESONA AKHLAK RASULULLAH SAW sambil berkata, "Demi Allah, Muhammad, Islam dan Madinah yang paling aku benci sebelum ini kini amat disayangiku." Kata Sumamah setelah kembali ke kaumnya, "aku tidak akan memberi walaupun sebiji gandum kecuali dengan keizinan Rasulullah saw."

HR At Tirmizi MATI SYAHID Jihad fisabilillah, kemalangan, mati lemas, terbakar, sakit punca perut, penyakit wabak itu syahid akhirat dengan syarat sabar atas sakit tersebut.

11-07-06 Sahih Muslim terdapat tanda pada belikat belakang Rasulullah saw. Terdapat barakah pada tubuh dan bekas minuman, makanan, air wuduk dan peluh baginda.

Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra doa Rasulullah saw. Sekiranya aku tersakiti hati atau fizikal sesiapa, jadikanlah ia sebagai pahala solat dan sedekah pada mereka serta dekatkan mereka padaku. 

Hasan Sahih AtTirmizi dari Abi Qatadah ra. Rasulullah saw solat jenazah umat baginda kecuali yang mati meninggalkan hutang dan yang mati terlepas hukum rejam zampai mati. SELAKU PEMIMPIN ISLAM, HUTANG FAKIT MISKIN YANG SUSAH AKAN DIJELASKAN OLEHKU.

Sahih Muslim MATI BUNUH DIRI DAN BUNUH MUSLIM TANPA SEBAB KEKAL NERAKA

HR AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Akan datang 2 mala'ikat mukar nakir dengan rupa gerun hitam kebiruan. Hanya mulut orang beriman boleh berselawat apabila dijelmakan wajah Rasulullah saw. Seru malaikat pada yang mayat beriman. Tidur sepertimana pengantin malam pertama.

8-08-06 Sahih Muslim dari A'isyah ra. Nabi saw meminta driri baginda berlindung dari azab kubur, fitnah dajal, fitnah hidup dunia akhirat, fitnah alam barzah, fitnah dosa dan fitnah hutang bagi dirinya.

Hasan Sahih At Tirmizi dari Ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Dinampakkan sepanjang hidup di alam kubur akan wajah syurga dan neraka mengikut amalan semasa di dunia.

Hadis gharib AtTirmizi dari Abdillah bin Mas'Ud ra sabda Nabi saw. Takziah tujuan menyabarkan diganjar pahala seperti orang yang sabar menerima berita kematian yang disayanginya. 


BUKA PUASA
22-09-06 Sahih At Tirmizi sabda Nabi saw, negeri mana yang nampak anak bulan terlebih dahulu maka siapa yang ada di negeri tersebut wajib puasa atau raya terdahulu. Maksimum puasa Ramadhan 30 hari. Hari ke 31 tidak boleh puasa walaupun belum masa berhari raya.
Sahih At Tirmizi Sunnah segerakan buka puasa dan solat maghrib. 
Sahih AtTirmizi dari Jabir ra. Nabi saw buka puasa dengan air kosong sebagai meringankan para sahabat yang tidak tahan musafir panas terik. Mereka berdegil tidak mahu buka puasa selagi Nabi saw tidak buka bersama mereka. Ada sebahagian sahabat lain pula fikir yang bukan-bukan dan meremehkan kemampuan puasa baginda. Sabda Nabi saw kepada yang fikir bukan-bukan tersebut, "Mereka itu derhaka."  

Hadis gharib At Tirmizi dari Abdillah ibni Amr' sabda Nabi saw. MATI MALAM JUMAAT lepas azab kubur. Ulama sepakat berkata mudah-mudahan mati malam Jumaat, selamat dari azab kubur. Mati dosa besar dan dosa kecil tetap diazab. Mati malam jumaat tidak boleh dihujah kerana bukan hadis sahih.

STATUS HADIS GHARIB
Gharib ialah periwayat tunggal dan hanya seorang dari kalangan tabi'e'in. Hadis gharib atau ganjil. Hadis gharib atau ganjil sekiranya diriwayatkan Bukhari Muslim maka diterima. Sekiranya ganjil diriwayatkan Imam At Tirmizi dengan isnad hasan sahih juga diterima. Sekiranya hanya gharib ia adalah daif dan lemah dilarang dibuat berhujah.

RIUH MASYARAKAT KURANG ILMU menurut Imam At Tirmizi "Yang terpakai ialah hadis Sahih sekiranya bertembung dengan hadis gharib." huraian Ustaz Shamsuri "Jangan bertengkar sebab ada yang cakap "Ini memang hadis ini. ini kitab ni, ni bukan pandai-pandai kata." Saya kata"bawak mai kitab tengok, rupa-rupanya hadis daif. Ambik sahih. Kita bertengkar dalam kurang ilmu ni leceh. Baik dapat yang pasti Sahih Muslim Sahih Bukhari.  Yang kita duk pegang selama ni berpuluh tahun  Bertengakq sampai nak keluarq kerongkong tengok-tengok hadis daif."

Hadis gharib At Tirmizi dari tabi'in dari Ali Abi Talib Karamullahuwaj ha sabda Nabi saw. Segerakan 5 waktu maka SEGERAKAN JENAZAH dan kahwin juga patut disegerakan. Hadis gharib sunan At Tirmizi ini isnad Hasan Sahih dalam Ibnu Majah. Maka hadis ini boleh dipakai. 

Tanda-tanda pendapat ulama mazhab mengenai tanda kematian. Kaki melunjur jatuh. Pastikan betul-betul sahih mati baru ditanam.
Hadis Sahih 4 kali angkat tangan takbir solat jenazah.
Hadis paling Sahih. Kiam tangan Rasulullah saw di atas dada dan tangan kanan genggam pergelangan kiri.

Hadis Sahih At tirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Roh mukmin tertahan disebabkan hutang tidak terbayar dan tahanannya akan tamat sehingga langsai hutangnya.

Monday, February 13, 2006

IMAN 2006

Pengajian Bahrulmazi jilid 18 bab Iman
13-02-06 SAHIH MULIM SABDA RASULULLAH SAW. 
Ketika Abu Talib sedang nazak. Wahai pakcik kesayanganku Abu Talib, hanya sebutkan kalimah syahadah saja kerana saya akan jamin pakcik bahawa pakcik orang Islam. Tiba-tiba Abu Jahal muncul wahai abangku Abu Talib, takkan kamu nak membenci agama bapa kita? Nabi saw mencelah menyambung kembali, pakcik katakanlah kalimah syahadah. Abu jahal kembali menyeru abangnya sehingga akhirnya kata Abu Talib, aku tetap agama ibubapaku. Abu Talib ditempatkan di neraka yang paling cetek walaupun banyak buat kebaikan dan banyak membantu Islam.
 
Firman Allah, AtTaubah 113, Tidak boleh mana-mana Nabi atau orang beriman minta ampun untuk kafir walaupun yang mati kafir itu saudara kandung tersayang. 
Firman Allah ayat 56 surah Al-Qasas, Sesungguhnya engkau Muhammad, engkau takkan boleh bagi hidayah kecuali Allah saja yang boleh bagi hidayah.

Sahih Bukhari Muslim Ubadah bin Asamid ra. Ucapan naik saksi Allah Tuhan, Muhammad Rasul dan Musa, Isa sebagai hamba Allah maka dimasukkan ke syurga berdasarkan amalannya dari 8 pintu syurga. Bukhari Muslim Anaz bin Malek ra. Ucapan ikhlas 2 kalimah syahadah diharamkan api neraka.

Allah Tuhan pemilih arasyh Maha Besar Yang Sehabis Garang.
Allah Maha Pemurah Pengasih Penyayang.
Allah Maha Pemurah pada semua makluknya menjadi muslim kafir kaya raya murah rezeki.
Allah Maha Pengasih Penyayang hanya untuk yang beriman dunia akhirat.
Allah Al-Latif Maha Pelembut tetapi,
Allah Al-Aziz Maha Perkasa, Maha Ganaz Sehabis Garang.  
Allah Maha Melihat setiap lintasan hati tak dapat ditipu walaupun manusia menipu sesama manusia. 

10-4-06 SAHIH MUSLIM sabda Rasulullah saw.
Sahih Muslim menurut Abi burdah dari bapa dari datuknya. Muslim mesti biasakan sedekah dan sekiranya tidak mampu sedekah duit, sedekahlah tenaga bantu orang. Sekiranya tidak mampu tolong, sedekah nasihat orang jadi baik. Sekiranya tidak mampu, memadai dengan jaga diri jangan buat jahat dan cakap tidak elok.
Sahih Muslim Abi Hurairah ra. Setiap pagi 2 mala'ikat turun, yang pertama berdoa kebaikan pada yang sedekah dan yang kedua berdoa kemusnahan pada yang kedekut.
Sahih Muslim manfaatkan masa beribadat sebelum mati.

Hadis gharib AtTirmizi Abdullah bin Am'. Muslim berpecah 73 puak dan kesemuanya ke neraka kecuali yang benar-benar berpegang QURAN HADIS.

Huraian ustaz Shamsuri menurut Syeikh Idris Al-Marbawi, 1400 tahun dahulu seperti sabda Nabi saw telah berlaku pada hari ini. Yang teknologi kafir, umat Islam tidak ikut tetapi budaya kafir merosakkan agama itulah yang diikuti masyarakat. Pemimpin Iran yang sekadar berjubah dan berserban mengumumkan secara terang-terangan kepada kuasa-kuasa besar melalui senjata nuklear negara mereka supaya negaranya tidak diganggu.
Ada tempat maksiat ada lesen dibenarkan, Tiada lesen dipenjarakan sedangkan Quran, haramkan judi dan arak. Maka terima lah akibatnya, kita sedang mengundang kemurkaan Allah. Tidak hairanlah tiada pertolongan Allah pada muslim. Doa tidak mustajab.

8-05-06 Sahih muslim. Dari Buraidah dari bapanya. Setelah beberapa kali dipujuk Rasulullah, bertaubat pada Allah, Maiz tetap ulang-alik patah balik memohon dihukum REJAM SAMAPI MATI. Maiz yang telah berumahtangga kemudian berzina itu akhirnya dihukum rejam sampai mati, Dia menjadi kebanggaan penduduk kerana sanggup menyerahkan nyawanya demi taat hukum Allah.

Dosa tanpa sedar. Anak tinggal solat tetap dosa kerana dosa tak didik.

Hasan Sahih AtTirmizi Ibni Abbas sabda Nabi saw.ISTIQAMAH pegang SUNNAHku atau amalan harianku atau jalanku dalam keadaan ketika ramai muslim ambil mudah maka PAHALAya seperti 100 kali gandaSYAHID. Dari Ibnu MasUd ra. Quran pemberi syafaat.

10-7-06 Sahih muslim dari A’isyah r ha sabda Nabi saw. WAHYU TURUN pelbagai jenis isyarat dan jenis bunyi loceng itu yang paling berat. Wahyu juga turun dalam kunjungan pemuda kacak beserban berjubah putih serta berambut hitam dan itu adalah mala’ikat Jibril as. Sahih muslim dari Ubadah Asamir ra yang melihat Rasulullah saw ketika turun wahyu, kening wajah baginda akan berkerut seolah-olah berat menanggung sesuatu.

Hasan Sahih AtTirmizi SUPERPOWER dari Muaz bin Jabbal sabda Nabi saw. Allah qadim tiada awal tiada akhir, kekal, hidup dengan setinggi kekuasaan. Yang paling berkuasa melebihi apa saja yang berkuasa di alam cakarewala. Taat abdi Allah sepenuhnya akan dilindungi Allah di akhirat ketika ketentuan takdir pembalasan dijalankan.

Ikhtikad Ahli Sunnah Al Jamaah pendapat Imam Al-Ghazali. Terpulang pada Allah nak bagi siapa saja sakit walaupun orang baik beriman kerana kita semua hak Allah. Setiap takdir baik buruk itu semua ada hikmah kebaikan disebalik hak Allah yang tidak boleh dipersoal.
Kekal neraka apabila mati bersekutu, mati kafir, mati syirik seperti mati ikhtikad “Quran ni Nabi reka kot...”, Nabi ni untuk umat arab saja bukan untuk kita..”












Tuesday, February 7, 2006

Fitnah 2006

ORANG ZALIM BERCAKAP MENJATUHKAN MARUAH ORANG LAIN Bahrulmazi jilid 15 bab Fitnah 7-2-06  HR AtTirmizi Ummu Salamah sabda Nabi saw doa minta Allah supaya dilindungi dari kegelinciran akidah dan tidak zalim sesiapa seperti bercakap menjatuhkan maruah orang lain.
BIZMILLAHITAWAKKAL “Tawakkal pada Allah” HR AtTirmizi dan Abu Daud dari Anaz bin Malek ra Nabi saw bila nak keluar rumah “Bizmillahitawakkaltu’allallah-lahawlawalakuwata-illa-billah. Rasulullah saw janji petunjuk hidayah.
HR AtTirmizi dari Osman bin Affan ra sabda Nabi saw. 3 halal dibunuh ialah suami atau isteri berzina, murtad dan bunuh muslim.

4-7-06 YAHUDI LANGGAR KONTRAK SOSIAL Sahih Muslim dari A’isyah r ha. Mala'ikat Jibril bertanya “Wahai rasulullah saw, perang Khandaq belum tamat, musuh dalam selimut yahudi khuraizah yang belot kontrak sosial itu mesti dihapuskan.” Musuh akhirnya ditawan dan dipancung kecuali wanita dan kanak-kanak. Sahih Muslim Abu Hurairah ra, sabda Nabi saw, aku nak halau yahudi keluar dari bumi ini.

PARA SAHABAT IBARAT BINTANG DI LANGIT HR AtTirmizi dari Ibnu Omar r anhuma, sabda Nabi saw, "para sahabatku dan para tabi'in ibarat bintang di langit sebagai petunjuk rujukan muslim. Setidak-tidaknya tahu siapa mereka semua kerana merekalah berkembangnya Islam dan Islam dapat dinikmati oleh kita semua."

Kuliah 1-9-06 PINTU FITNAH BERMULA SELEPAS SYAHIDNYA OMAR Sahih Muslim dari Huzaifah Al-Yaman sabda Nabi saw. "Percaya dan sebar berita palsu memulakan titik hitam sehingga hati jadi busuk. Pintu Fitnah besar bermula selepas Omar Al-Khattab ra syahid ditikam semasa betulkan saf solat subuh berjemaah."

05-09-06 Sahih muslim Abdullah bin Amru Al-Az sabda Nabi saw. Paling baik 3 hari puasa sebulan.
Hasan Sahih Gharib At Tirmizi dari Ibnu Omar sabda Nabi saw. Berkawanlah dengan ilmuan Islam yang baik supaya terpelihara dari iblis syaitan.
142 AnNisa. Ibadat terpaksa dengan tiada kemanisan iman. 

Monday, February 6, 2006

ZUHUD 2006



ZUHUD 2006 bahrulmazi jilid 16 syarah us Shamsuri. 

6-2-06 Sahih Muttafakun Alai dari Saidatina A’isyah r ha. SEBELUM TIDUR, Nabi saw angkat 2 tapak tangan ke muka dan hembus sambil baca 3 Qul. Sapu 2 tapak tangan ke seluruh tubuh setakat yang mampu. Nabi saw mengulanginya 3 kali.

segala niat mesti kerana Allah tanpa campur aduk niat lain
3-4-06 HR AtTirmizi Sunnah CIUM DAHI KELUARGA terdekat. ALLAH LAKNAT manusia kejar nikmat dunia. Sahih Bukhari Beruntunglah siapa bersyukur ketika ditimpa susah dan senang. Firman Allah AtTakhatur. Sekiranya manusia tahu, yang kejar dunia pasti menyesal tanpa batasan.

6-3-06 HR Abu Daud Sentiasalah ingat Tuhan. Sahih Bukhari Sebelum tidur Allahummabizmiq amutu wa ahya. Sahih At Tirmizi dari Abu Hurairah sabda Nabi saw pada Abul Haisam. kambing  boleh diperah susu boleh ditangguh sembelihan. Setiap nikmat dunia ditanya di akhirat. Ambil pekerja yang bertaqwa.
pembantu rumah bukan hamba tawanan kerana mereka bebas merdeka makan gaji.

Makan 1/3 minum 1/3 dan 1/3 dibiarkan untuk bernafas
3-7-06 Sahih Muslim dari Zaid bin Khalid Al-Juhani ra. Sekiranya tidak dituntut BARANG TERCICIR selepas diiklankan selama 1 tahun, maka boleh guna dengan syarat sekiranya dituntut kembali walaupun selepas 3 tahun maka kembalikan dengan diganti seperti nilai yang sama. Sekiranya tak mahu terima barang yang tidak tahan lama maka sedekahkan kepada yang mahu.

HR AtTirmizi dari Abi Hurairah ra. Bermula BINASA anak adam melalui ANAK ISTERI & HARTA yang tidak dikawal dengan agama.
Hasan Sahih AtTirmizi dari Anaz bin Malek ra, apabila mati anak adam, pulang anak isteri harta kecuali bersama AMALNYA. Hasan Sahih AtTirmizi Makan 1/3 minum 1/3 dan 1/3 dibiarkan untuk bernafas.

Hadis Riwayat At Tirmizi, sabda Rasulullah saw.
manusia tamak harta akan lebih ganas sehingga ditakuti serigala
SEGALA NIKMAT DITANYA ALLAH. Elak sembelih kambing tenusu. Cari pekerja pentingkan agama. Nabi saw cium dahi anak angkatnya yang pulang dari musafir, Zaid bin Harithah. SUNNAH BERI SALAM, SUNNAH JABAT TANGAN.  Hamba duit tidak peduli halal haram dilaknat Allah atas lidah Rasulullah saw. HAMBA DUNIA TINGGAL IBADAH DILAKNAT ALLAH
Huraian us Shamsuri- Kerana nak cari nama dan kedudukan pangkat, jahanam kita. Yang sektor swasta jenis minum arak, Yang sektor awam jenis hulur kontraktor projek.

dunia syurga bagi kafir dan ujian bagi muslim
Hasan Sahih At Tirmizi sabda Nabi saw. “Manusia sekiranya tamak harta, serigala juga takut padanya. Aku suka tikar yang tidak selesa supaya memudahkan aku beribadat pada Allah kerana AKHIRAT bagi MUSLIM dan DUNIA bagi KAFIR. Jangan lawan mewah dunia dengan kafir. Dunia tempat singgah sementara, bila sampai ajalku, aku berpindah ke alam kekal. Adakah kita perlu bimbang dunia sedangkan kita sudah tahu akhirat?”

7-8-06 HR AtTirmizi dari Abi Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw. Berpura-pura amal niat menunjuk akan dizahirkan niat busuknya oleh Allah di akhirat. 
Hasan gharib AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Allah turun di mahsyar mengadili seluruh lapangan manusia yang melutut bermula Nabi Adam as sehingga manusia terakhir mati ketika kiamat besar. Yang teraniaya semasa di dunia dibantu dan yang berdosa diseksa. Golongan yang mula-mula dipanggil untuk dijilat api neraka oleh Allah ialah para pengamal Quran yang niat cari makan, ahli sedekah yang niat untuk disegani dan para syuhada yang niat untuk dipuji berani.
gambaran hiasan-jihad dalam peperangan

4-9-06 Sahih Muslim dari Buraidah dari bapanya sabda Nabi saw. "Anak-anak yang mengambil pusaka wajib bayar hutang Allah seperti solat dan puasa ibubapa yang meninggal dunia." Sahih Muslim dari Nukman ra sabda Nabi saw "Takutlah Allah dengan ADIL PADA ANAK-ANAK." Sahih Muslim dari Omar Al-Khattab ra sabda Nabi saw "Mengambil balik pemberian seperti anjing jilat muntah sendiri."

Hasan gharib AtTirmizi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Sembunyikan amal (1 pahala) Sekiranya dalam hati: Mudah-mudahan amal ini mejadi ikutan (2 pahala). Sekiranya dalam hati: Harap pujian dan disegani (riak tiada pahala dapat dosa)

HR AtTirmizi dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Sekiranya tanya sekadar nak tunjuk pandai dan tunjuk berani, tak perlu bertanya. Kiamat ada 2 iaitu kiamat besar dan kiamat kecil. Tidak perlu sibuk bertanya pasal kiamat kerana apa yang penting sibukkan persediaan amal untuk mati.

Hadis Daif At Tirmizi, Ya Rasulullah, Mati beriman akan duduk bersama kekasih dan kesayangannya di akhirat. Sayang Rasulullah saw akan dapat juga bersama dengan Rasulullah saw. 

Wednesday, February 1, 2006

Surah Al-Fath "KEJAYAAN" / "VICTORY"

TAWAKAL RASULULLAH SAW

01-02-06 Pengajian tafsir Quran kitab Nurul Ihsan syarah us Shamsuri surah Al-Fath ms94. Sahih Muttafakun Alaigh Jabir ibni Abdillah. Ketika Rasulullah saw sedang tidur, musuh kafir sedang menghunus pedang pada leher baginda sambil bertanya” kamu takutkah aku.” Tidak” jawab Nabi saw,” siapa yang boleh halang daripada aku bunuh kamu:?”Allah, Terlepas pedang dari tangan kafir segera dicapai Rasulullah saw. Nabi saw mengulangi soalan yang sama pada musuh tersebut sambil menyeru,” Beginilah, naik saksilah tiada Tuhan selain Allah dan akuilah aku Muhammad bin Abdullah sebagai Pesuruh Allah.” Kemudian Rasulullah saw melepaskan tawanan musuh Islam yang enggan memeluk Islam. Tawanan musuh tersebut pulang memberitahu kawan-kawannya yang dia baru lepas jumpa manusia paling baik hati di dunia.  

MIMPI MENURUT RASUL

01-03-06 Tafsir surah Al-Fath/Kejayaan/Victory Pengajian Nurul Ihsan us Shamsuri.
Sahih Muslim Jabir ra.
Jangan cerita mimpi buruk. Sahih Muslim Abi Hurairah ra. Mimpi orang cakap benar dekat kiamat adalah benar. 1) Mimpi solehin dari Allah. 2) Mimpi ngeri mimpi syaitan 3) Mimpi khayalan inginkan sesuatu. Mimpi ngeri apabila terjaga isyaratkan ludah kiri 3 kali kemudian wuduk dan solat sunat 2 rakaat.    

TANGIS SEDIH VS TANGIS RAUNG

05-04-06 Al-Fath “Kejayaan”/“Victory” . Tafsir Nurul Ihsan syarah us Shamsuri ms101 Sahih Muslim ibnu Omar. Air mata kesedihan rahmat Allah tetapi merintih tidak redha takdir itu azab neraka. Sahih Muslim ummu Salamah. Anak mata mengekori roh manusia ketika dicabut dari jasad. Rapatkan dagu kemudian ikat jenazah. Adab sunnah doa melawat pesakit. Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa’afihi waghfu’anhu. 

SURAH AL-FATH “KEJAYAAN/VICTORY”

Segala gambar sekadar hiasan
48:1-5) Rasulullah saw bercadang kembali ke Mekah untuk menunaikan umrah disamping ziarah kampung halaman. Pada masa yang sama, Islam semakin berkembang di Mekah. Janji Allah ialah syurga bagi mukmin yang di hatinya hanya menang atau syahid.
48:6-17) Munafik persendakan Nabi saw kerana mereka yakin Nabi saw pasti wafat apabila sampai di Mekah padahal Allah wajibkan neraka ke atas mereka. Sekembalinya Rasulullah saw dari Hudaibiyah, Munafik merayu pengampunan kononnya mereka sibuk pada hari muslim bertolak. Sabda Nabi saw.”aku serahkan pada Allah kerana Allah sudah mengetahui, terpulang pada Allah samada menerima pengampunan atau tidak.” Munafik berjanji akan bersungguh-sungguh mempertahankan Islam tetapi Allah Maha Mengetahui meminta KekasihNya tidak mengambil munafik sebagai angkatan perang Khaibar. 3 jenis dikecualikan wajib jihad iaitu buta, cacat dan uzur.
48:18) Oleh kerana perjanjian Hudaibiyah diwakili Osman bin Affan mengambil masa terlalu lama, salah seorang berkata “aku dapat merasakan Osman sudah mati. Seorang lagi berpendapat, sah Osman telah mati, mari kita beritakan Nabi saw.” Khabar angin palsu yang sampai kepada Rasulullah saw menyebabkan baginda melaungkan jihad memerangi Mekah. Allah redha pada 1400 mukmin yang cintakan akhirat.
19-21) Sebagai penghargaan, Allah akan menambah lagi harta rampasan perang dengan kemenangan demi kemenangan pada masa akan datang.
22-23) Allah jaga ahli keluarga muslim yang tinggal dengan menanamkan rasa gerun hati Yahudi yang berpakat menculik kanak-kanak muslim sepeninggalan 1400 muslim ke Mekah.
24) Allah tidak takdirkan bala kerana dikalangan penduduk Mekah terdapat muslim.
25) Kafir amat jahat apabila halang muslim untuk beribadah.
26) Allah redha kepada yang sanggup mati demi agama.
48:27) Mimpi Nabi Mimpi Benar, bukan bermakna mimpi Nabi terus jadi tetapi suatu hari nanti dengan izin Allah, pasti jadi. Allah ajar “insya’allah” itu adab buat manusia ketika melakukan sesuatu pekerjaan.
28) Terbukti akhirnya Rasulullah berjaya masuk dengan aman ke Mekah. Tugas Muhammad ialah menyeru Islam. Sekiranya tidak mahu memeluk Islam, baginda mengenakan cukai seperti zakat untuk muslim.
29) Allah suruh berkasih sayang sesama muslim dan tegas pada kafir. Nabi Muhammad saw kenal umat baginda melalui cahaya sujud solat. Para sahabat itu tiang Rasulullah saw seperti tersebut Injil dan Taurat.