Nota Cinta

Monday, February 6, 2006

ZUHUD 2006



ZUHUD 2006 bahrulmazi jilid 16 syarah us Shamsuri. 

6-2-06 Sahih Muttafakun Alai dari Saidatina A’isyah r ha. SEBELUM TIDUR, Nabi saw angkat 2 tapak tangan ke muka dan hembus sambil baca 3 Qul. Sapu 2 tapak tangan ke seluruh tubuh setakat yang mampu. Nabi saw mengulanginya 3 kali.

segala niat mesti kerana Allah tanpa campur aduk niat lain
3-4-06 HR AtTirmizi Sunnah CIUM DAHI KELUARGA terdekat. ALLAH LAKNAT manusia kejar nikmat dunia. Sahih Bukhari Beruntunglah siapa bersyukur ketika ditimpa susah dan senang. Firman Allah AtTakhatur. Sekiranya manusia tahu, yang kejar dunia pasti menyesal tanpa batasan.

6-3-06 HR Abu Daud Sentiasalah ingat Tuhan. Sahih Bukhari Sebelum tidur Allahummabizmiq amutu wa ahya. Sahih At Tirmizi dari Abu Hurairah sabda Nabi saw pada Abul Haisam. kambing  boleh diperah susu boleh ditangguh sembelihan. Setiap nikmat dunia ditanya di akhirat. Ambil pekerja yang bertaqwa.
pembantu rumah bukan hamba tawanan kerana mereka bebas merdeka makan gaji.

Makan 1/3 minum 1/3 dan 1/3 dibiarkan untuk bernafas
3-7-06 Sahih Muslim dari Zaid bin Khalid Al-Juhani ra. Sekiranya tidak dituntut BARANG TERCICIR selepas diiklankan selama 1 tahun, maka boleh guna dengan syarat sekiranya dituntut kembali walaupun selepas 3 tahun maka kembalikan dengan diganti seperti nilai yang sama. Sekiranya tak mahu terima barang yang tidak tahan lama maka sedekahkan kepada yang mahu.

HR AtTirmizi dari Abi Hurairah ra. Bermula BINASA anak adam melalui ANAK ISTERI & HARTA yang tidak dikawal dengan agama.
Hasan Sahih AtTirmizi dari Anaz bin Malek ra, apabila mati anak adam, pulang anak isteri harta kecuali bersama AMALNYA. Hasan Sahih AtTirmizi Makan 1/3 minum 1/3 dan 1/3 dibiarkan untuk bernafas.

Hadis Riwayat At Tirmizi, sabda Rasulullah saw.
manusia tamak harta akan lebih ganas sehingga ditakuti serigala
SEGALA NIKMAT DITANYA ALLAH. Elak sembelih kambing tenusu. Cari pekerja pentingkan agama. Nabi saw cium dahi anak angkatnya yang pulang dari musafir, Zaid bin Harithah. SUNNAH BERI SALAM, SUNNAH JABAT TANGAN.  Hamba duit tidak peduli halal haram dilaknat Allah atas lidah Rasulullah saw. HAMBA DUNIA TINGGAL IBADAH DILAKNAT ALLAH
Huraian us Shamsuri- Kerana nak cari nama dan kedudukan pangkat, jahanam kita. Yang sektor swasta jenis minum arak, Yang sektor awam jenis hulur kontraktor projek.

dunia syurga bagi kafir dan ujian bagi muslim
Hasan Sahih At Tirmizi sabda Nabi saw. “Manusia sekiranya tamak harta, serigala juga takut padanya. Aku suka tikar yang tidak selesa supaya memudahkan aku beribadat pada Allah kerana AKHIRAT bagi MUSLIM dan DUNIA bagi KAFIR. Jangan lawan mewah dunia dengan kafir. Dunia tempat singgah sementara, bila sampai ajalku, aku berpindah ke alam kekal. Adakah kita perlu bimbang dunia sedangkan kita sudah tahu akhirat?”

7-8-06 HR AtTirmizi dari Abi Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw. Berpura-pura amal niat menunjuk akan dizahirkan niat busuknya oleh Allah di akhirat. 
Hasan gharib AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Allah turun di mahsyar mengadili seluruh lapangan manusia yang melutut bermula Nabi Adam as sehingga manusia terakhir mati ketika kiamat besar. Yang teraniaya semasa di dunia dibantu dan yang berdosa diseksa. Golongan yang mula-mula dipanggil untuk dijilat api neraka oleh Allah ialah para pengamal Quran yang niat cari makan, ahli sedekah yang niat untuk disegani dan para syuhada yang niat untuk dipuji berani.
gambaran hiasan-jihad dalam peperangan

4-9-06 Sahih Muslim dari Buraidah dari bapanya sabda Nabi saw. "Anak-anak yang mengambil pusaka wajib bayar hutang Allah seperti solat dan puasa ibubapa yang meninggal dunia." Sahih Muslim dari Nukman ra sabda Nabi saw "Takutlah Allah dengan ADIL PADA ANAK-ANAK." Sahih Muslim dari Omar Al-Khattab ra sabda Nabi saw "Mengambil balik pemberian seperti anjing jilat muntah sendiri."

Hasan gharib AtTirmizi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Sembunyikan amal (1 pahala) Sekiranya dalam hati: Mudah-mudahan amal ini mejadi ikutan (2 pahala). Sekiranya dalam hati: Harap pujian dan disegani (riak tiada pahala dapat dosa)

HR AtTirmizi dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Sekiranya tanya sekadar nak tunjuk pandai dan tunjuk berani, tak perlu bertanya. Kiamat ada 2 iaitu kiamat besar dan kiamat kecil. Tidak perlu sibuk bertanya pasal kiamat kerana apa yang penting sibukkan persediaan amal untuk mati.

Hadis Daif At Tirmizi, Ya Rasulullah, Mati beriman akan duduk bersama kekasih dan kesayangannya di akhirat. Sayang Rasulullah saw akan dapat juga bersama dengan Rasulullah saw. 

No comments:

Post a Comment