Pengajian Bahrulmazi jilid 18 bab Iman
13-02-06 SAHIH MULIM SABDA RASULULLAH SAW.
Ketika Abu Talib sedang nazak. Wahai pakcik kesayanganku Abu Talib, hanya sebutkan kalimah syahadah saja kerana saya akan jamin pakcik bahawa pakcik orang Islam. Tiba-tiba Abu Jahal muncul wahai abangku Abu Talib, takkan kamu nak membenci agama bapa kita? Nabi saw mencelah menyambung kembali, pakcik katakanlah kalimah syahadah. Abu jahal kembali menyeru abangnya sehingga akhirnya kata Abu Talib, aku tetap agama ibubapaku. Abu Talib ditempatkan di neraka yang paling cetek walaupun banyak buat kebaikan dan banyak membantu Islam.
Firman Allah, AtTaubah 113, Tidak boleh mana-mana Nabi atau orang beriman minta ampun untuk kafir walaupun yang mati kafir itu saudara kandung tersayang.
Firman Allah ayat 56 surah Al-Qasas, Sesungguhnya engkau Muhammad, engkau takkan boleh bagi hidayah kecuali Allah saja yang boleh bagi hidayah.
Sahih Bukhari Muslim Ubadah bin Asamid ra. Ucapan naik saksi Allah Tuhan, Muhammad Rasul dan Musa, Isa sebagai hamba Allah maka dimasukkan ke syurga berdasarkan amalannya dari 8 pintu syurga. Bukhari Muslim Anaz bin Malek ra. Ucapan ikhlas 2 kalimah syahadah diharamkan api neraka.
Allah Tuhan pemilih arasyh Maha Besar Yang Sehabis Garang.
Allah Maha Pemurah Pengasih Penyayang.
Allah Maha Pemurah pada semua makluknya menjadi muslim kafir kaya raya murah rezeki.
Allah Maha Pengasih Penyayang hanya untuk yang beriman dunia akhirat.
Allah Al-Latif Maha Pelembut tetapi,
Allah Al-Aziz Maha Perkasa, Maha Ganaz Sehabis Garang.
Allah Maha Melihat setiap lintasan hati tak dapat ditipu walaupun manusia menipu sesama manusia.
10-4-06 SAHIH MUSLIM sabda Rasulullah saw.
Sahih Muslim menurut Abi burdah dari bapa dari datuknya. Muslim mesti biasakan sedekah dan sekiranya tidak mampu sedekah duit, sedekahlah tenaga bantu orang. Sekiranya tidak mampu tolong, sedekah nasihat orang jadi baik. Sekiranya tidak mampu, memadai dengan jaga diri jangan buat jahat dan cakap tidak elok.
Sahih Muslim Abi Hurairah ra. Setiap pagi 2 mala'ikat turun, yang pertama berdoa kebaikan pada yang sedekah dan yang kedua berdoa kemusnahan pada yang kedekut.
Sahih Muslim manfaatkan masa beribadat sebelum mati.
Hadis gharib AtTirmizi Abdullah bin Am'. Muslim berpecah 73 puak dan kesemuanya ke neraka kecuali yang benar-benar berpegang QURAN HADIS.
Huraian ustaz Shamsuri menurut Syeikh Idris Al-Marbawi, 1400 tahun dahulu seperti sabda Nabi saw telah berlaku pada hari ini. Yang teknologi kafir, umat Islam tidak ikut tetapi budaya kafir merosakkan agama itulah yang diikuti masyarakat. Pemimpin Iran yang sekadar berjubah dan berserban mengumumkan secara terang-terangan kepada kuasa-kuasa besar melalui senjata nuklear negara mereka supaya negaranya tidak diganggu.
Ada tempat maksiat ada lesen dibenarkan, Tiada lesen dipenjarakan sedangkan Quran, haramkan judi dan arak. Maka terima lah akibatnya, kita sedang mengundang kemurkaan Allah. Tidak hairanlah tiada pertolongan Allah pada muslim. Doa tidak mustajab.
8-05-06 Sahih
muslim. Dari Buraidah dari bapanya.
Setelah beberapa kali dipujuk Rasulullah, bertaubat pada Allah, Maiz tetap
ulang-alik patah balik memohon dihukum REJAM SAMAPI
MATI. Maiz yang telah berumahtangga kemudian berzina itu akhirnya
dihukum rejam sampai mati, Dia menjadi kebanggaan penduduk kerana sanggup
menyerahkan nyawanya demi taat hukum Allah.
Dosa tanpa sedar. Anak tinggal solat tetap dosa kerana dosa tak didik.
Hasan Sahih AtTirmizi Ibni Abbas sabda Nabi
saw.ISTIQAMAH pegang SUNNAHku
atau amalan harianku atau jalanku dalam keadaan ketika ramai muslim ambil mudah
maka PAHALAya seperti 100
kali gandaSYAHID. Dari Ibnu MasUd ra. Quran pemberi syafaat.
10-7-06 Sahih muslim
dari A’isyah r ha sabda Nabi saw. WAHYU TURUN
pelbagai jenis isyarat dan jenis bunyi loceng itu yang paling berat. Wahyu juga
turun dalam kunjungan pemuda kacak beserban berjubah putih serta berambut hitam
dan itu adalah mala’ikat Jibril as. Sahih muslim
dari Ubadah Asamir ra yang melihat Rasulullah saw
ketika turun wahyu, kening wajah baginda akan berkerut seolah-olah berat menanggung sesuatu.
Hasan Sahih AtTirmizi SUPERPOWER dari Muaz bin Jabbal sabda Nabi saw. Allah
qadim tiada awal tiada akhir, kekal, hidup dengan setinggi kekuasaan. Yang
paling berkuasa melebihi apa saja yang berkuasa di alam cakarewala. Taat abdi
Allah sepenuhnya akan dilindungi Allah di akhirat ketika ketentuan takdir
pembalasan dijalankan.
Ikhtikad Ahli Sunnah Al Jamaah pendapat Imam Al-Ghazali. Terpulang pada
Allah nak bagi siapa saja sakit walaupun orang baik beriman kerana kita semua
hak Allah. Setiap takdir baik buruk itu semua ada hikmah kebaikan disebalik hak
Allah yang tidak boleh dipersoal.
Kekal neraka apabila mati bersekutu, mati kafir, mati syirik seperti mati
ikhtikad “Quran ni Nabi reka kot...”, Nabi ni untuk umat arab saja bukan untuk
kita..”
No comments:
Post a Comment