Nota Cinta

Wednesday, April 12, 2006

Surah Al-Qasas (Kisah-Kisah)

12-04-06 Sahih Muslim sabda Nabi saw. Belanja runcit menyara keluarga itu sedekah. Daripada tiada harta kepada anak lebih baik mati meninggalkan anak-anak hidup senang dari meminta-minta.
10-05-06 Sahih Muslim Aisyah r ha. Nabi saw membaca 3 Qul lalu meniup tempat yang sakit.
14-06-06 Sahih Muslim Auf bin Malek ra sabda Nabi saw. Janjilah denganku supaya 1)Jangan syirik Allah walaupun dengan satu benda. 2) Jaga 5 waktu. 3) Taat Allah Rasul 4) Jangan suka meminta-minta. HR AtTirmizi Abu Hurairah ra. Nabi saw tidak solat jenazah yang masih berhutang duit. 


gambar sekadar hiasan
SUNNAH MISAI NIPIS JANGGUT TEBAL
12-07-06 Sahih Muslim sunnah Nabi saw. misai nipis janggut lebat.  
Sahih Muslim tabe'in Ibnu Sirin. Janggut beberapa helai uban, Rambut uban tidak di inai manakala Abu Bakar diinai rambutnya. (Sunnah juga-Rasulullah saw tidak larang Abu Bakr.)
Sahih Muslim Anaz bin Malek ra. makruh cabut uban dan cukur janggut.
Sahih Muslim Al-Barra ra. Jiwa tenang bila melihat wajah Rasulullah saw. Tubuh Nabi saw sederhana tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

ZIKIR NABI
09-08-06 Sahih Muslim Abu Hurairah ra. Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahu'akbar 33x.
La-ila-ha-illah-huwahdahulasyarikalah-lahulmulqu
-walaqulhamdu-wahuwa'alaqullisyai'inqadir.

HADIS PUASA  
13-09-06 Sahih AtTirmizi Abi Said AlQudri. Nabi saw berbuka puasa bagi mera'ikan sahabat yang Sahih AtTirmizi Omar Al-Khattab. Nabi saw arah para sahabat berbuka puasa ketika perang bulan Ramadhan. Riwayat AtTirmizi Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Qada puasa tidak diterima Allah kecuali seksa bagi mereka yang sengaja suka-suka tinggal puasa Ramadhan.
tidak tahan ketika rombongan musafir bulan Ramadhan. Berbuka baik bagi yang uzur, kerja berat dan musafir.
Sahih AtTirmizi Habsah bt Saidina Omar Al-Khattab sabda Nabi saw,  Puasa wajib mesti niat di malam hari. Niat selepas Subuh tidak sah puasa.YANG DIKATAKAN NIAT IALAH "ingat dalam hati "aku puasa esok" SUDAH MEMADAI. yang dikarang ulama feqah itu sekadar garis panduan rasmi.


SURAH AL-QASAS (KISAH-KISAH)

28:1-4) Musa lahir setahun selepas Harun ketika bayi-bayi lelaki diperintahkan bunuh oleh Fir'Aun.
7) Allah janji pada emak Musa akan keselamatan Musa setelah dihanyutkan baginda ke sungai Nil.
8) Musa akhirnya jatuh ke tangan Fir Aun.
9) Isteri Fir Aun menghalang Musa dari dibunuh Fir Aun.
28:10-13) Yuhanis yang merahsiakan identitinya sebagai ibu kandung Musa berjaya menyusu Musa setelah kesemua ibu-ibu susuan yang dipanggil itu gagal.
14) Musa dihantar ke FirAun setelah umur 2 tahun dan dibesarkan sehingga 30 tahun di istana.
15-19) Suatu hari, baginda terbunuh tukang masak Kibti kaum FirAun yang dikatakan buli tukang masak kaum Musa. Musa segera bertaubat pada Allah kerana terpengaruh hasutan syaitan.
20-21) Baginda kemudian mendapat khabar angin Fir Aun akan bunuhnya lalu segera melarikan diri untuk menyelamatkan dirinya. 
28:22) Ketika kesesatan padang pasir ke Madyan, malaikat diperintahkan Allah supaya memandu Musa ke sebuah tempat yang dipenuhi pengembala.
23-24) Musa mengangkat dengan mudah batu besar yang menutupi telaga untuk memberi kemudahan pada 2 pengembala wanita mencedok air.
25-27) Kejadian tersebut menyebabkan Nabi Syuaib as mengambil Musa sebagai menantu bersyarat iaitu menetap bersama baginda sambil menjadi pengembala kambing selama 10 tahun.
28) Setelah 10 tahun, Musa dan isterinya Safurah ke Mesir mencari ibu kandung.
29-31) Ketika melalui gunung Tursina, suara entah dari mana datangnya meminta Musa mencampakkan tongkat. Suara itu bebunyi,"Jangan lari, Akulah Allah Tuhan Sekelian Alam, Ular itu tidak akan menyakitimu."
32) Ular besar yang merubah dari tongkat dan cahaya dari tangan itu mukjizat bukti kuasa Allah ketika digunakan untuk memerangi golongan fasik.
28:33-35) Allah perkenan doa Musa dengan mengabarkan saudara sesama Islamnya Harun supaya membantu Musa menghadap Fir Aun dengan janji keselamatan dari Allah.
36) Di istana, Fir Aun dan pembesarnya menuduh Nabi Allah Musa as tu ahli sihir setelah mukjizat yang ditunjukkan baginda.
37-38) Fir Aun menuduh Musa merepek dan perli sambil ketawa dengan memanggil para pembesarnya supaya dibinakan bangunan untuk dia melawat Allah.
39) Allah juga dendam pada yang takabur denganNya.
40) Seluruh Fir Aun dan tenteranya Kami tenggelamkan ke dasar laut.
41-42) Kufur akan dilaknat Allah dunia akhirat jauh dari rahmat Allah.
28:43) Musa mengetahui kisah Nuh didalam Taurat begitu juga Quran mengetahui kisah Musa.
44-46) Kerana perlantikan Rasul dan turun Quran maka Kami sampaikan kisah Syuaib, kisah kerasulan Musa dan perlembagaan peraturan hidup manusia.
47) Lantikan Muhammad ini sebagai alasan yang tidak boleh dipakai manusia tiada peringatan semasa di akhirat.
48) Kafir Musyrikin Mekah memberikan 1000 alasan untuk tidak mahu ikut Islam.Mereka mengatakan para Rasul itu sihir dan kitab yang dibawa tidak betul.
49) Sabda Nabi saw mencabar "bawakan kitab yang betul dan aku akan beriman dengan kitab itu"
50) Kafir yang sengaja bantah sememangnya kekal kejahilan manakala yang berusaha akan Kami tunjukkan jalan hidayah.
51-55) 2 gandaan ganjaran pada ahli kitab yahudi Abdullah bin Salam kerana memeluk Islam dan, 80 orang nasrani bermula Raja Najasyhi.
56-57) Petunjuk hidayah dari Allah bukan dari manusia, memilih tidak mahu memeluk Islam demi kepentingan diri itu menzalimi diri sendiri.

28:58) Ayat Amaran pada manusia. Cuba tengok, sudah berapa banyak negeri-negara Kami musnahkan. Allah sekiranya bertindak, tempat tersebut tidak dapat diduduki sesiapa lagi. Samada menjadi lautan dasar laut atau menjadi deburan padang pasir atau gurun. 59) Aku tidak zalim, Aku tidak hukum bala bencana sebelum diberi peringatan oleh Rasul Aku. Tolak utusanKu Muhammad dan ayatKu Quran maka balaKu turun. Apa saja yang manusia dapat sekarang iaitu kuasa, harta, pangkat, kecantikan, kemewahan, keturunan bangsawan, kesenangan itu semua perhiasan dunia yang akan binasa.
60) Tidakkah kamu berakal, di sisi Allah itu yang kekal. Syurga lebih baik bagi yang beriman. Maka kufur tempatnya neraka.
61) Seronok dunia ini samakah seronok di akhirat? tentu tidak sama sekali. Dunia ini tempat sementara tunggu mati. Sana akhirat tempat kekal.
62) Wahai Penghuni-penghuni neraka,  Panggilkan apa yang kamu takut dalam dunia ke sini halang Aku dari masukkan kamu ke neraka.
Penghuni neraka A balas, tolong saya Ya Allah, saya tak salah, saya terikut dia, saya terpercaya dia. 
Penghuni neraka B jawab, saya tak salah, saya tak paksa, dia yang pilih, dia yang suka, dia yang ikut.
Balas Allah, semua sama saja. semua masuk neraka. 
63) Wahai Penghuni-penghuni neraka. Panggilkan apa yang kamu sembah halang Aku dari campak kamu ke neraka. Tokong berhala yang mereka panggil itu senyap tak berkata. Akhirnya semua ke neraka.
64) Sekiranya mereka Islam, mereka bakal selamat dari api neraka akhirat ini.
65) Apa kamu jawab dengan Nabi yang Aku hantar pada kamu?
66) Mereka hanya diam membisu. 
67) Sesiapapun berpeluang sebelum mati di dunia ini untuk betaubat untuk melepaskan diri mereka dari seksa neraka kelak.
68) Tiada siapa boleh persoal apa pilihan Allah untuk manusia.
69) Allah Mengetahui isi hati perbuatan manusia.
70) kepada Allah segalanya dikembalikan.
(Al-Qasas 28:71) Apa pendapat kamu wahai manusia sekiranya Kami kekalkan malam tanpa siang? (28:72) dan bagaimana pula sekiranya Kami kekalkan siang saja? Kami boleh buat sekiranya Kami berkehendak.
73) Hakikatnya, Malam Siang itu rahmat belas kasihan Kami supaya siang, manusia boleh mencari rezeki dan malam dapat berehat.
74) Manusia di akhirat tidak dapat jawab pertanyaan Allah kenapa mereka syirik.
75) Allah bertanya pada manusia." Berikan bukti tokong kamu ada kuasa? manusia tahu hanya Allah berkuasa tapi tiada guna ketika itu.
76) Karun sepupu Musa yang kaya tetapi sombong dan kedekut.
77-79) Ramai manusia mengidamkan harta Karun, sedangkan kurniaan kelebihan itu ujian Allah. 
81-82) Mereka kemudian insaf setelah Karun ditenggelamkan Allah bersama hartanya.
28:83) Nikmat akhirat untuk mereka yang langsung tiada niat mencari dunia.
84) Istimewa hanya umat Muhammad, 1 kebaikan  gandaan 10 pahala 1 kejahatan 1 dosa.
85) Allah kenal siapa jalan sesat dan siapa jalan hidayah.86) Majoriti dalam kampung kata kita yang ikut Al-Quran hadis ni salah. Betul dia kerana pendapat majoriti. Ini yang berlaku pada Nabi Muhammad saw. Firman Allah, kita tengok nanti siapa betul siapa salah.
87) Musuh tak akan dapat halang dan binasakan kamu Muhammad kerana Aku jaga kamu.
88) Kerja kamu hanya sampaikan risalahKu. Hukum Quran jangan dipinda. Manusia mati kembali padaKu. 

gambar sekadar hiasan
HURAIAN -Janji Allah itu pasti. Kafir dikepong dan menjawab "Kami yakin kamu tidak akan zalim kepada kami kerana kamu keturunan baik-baik wahai Muhammad." Sabda Nabi saw. "kalu begitu, masuklah Islam, kalau kamu tidak mahu masuk Islam pun aku tetap bebaskan kamu semua." Nabi saw melumpuhkan musuhnya dengan akhlak baginda yang tinggi. Akhirnya semua penduduk kafir Mekah menuntut untuk memeluk Islam. JANGAN AMBIK ISLAM PADA PAKAIAN TAPI AKHLAK NABI SAW KIT BUANG. Ada sorang berjubah berserban dengan bini tudung labuh tiba-tiba mengamuk marah-marah depan front desk sebab konon kiblat silap. Pakaian Islamik tapi perangai tak Islam.

Huraian 28:56-57 
Majlis Mubahalah Rasulullah saw tentang Isa bersama Nasrani Najran. Najran turun diketuai Abu Harisah bin AlQamah bersama 14 bangsawan 60 paderi dalam satu pasukan berkuda. Mereka menegaskan bahawasanya Isa itu Allah kerana mempunyai mukjizat boleh hidupkan yang mati. Rasulullah saw datang setelah majlis ditangguhkan dengan membacakan Ali Imran ayat 1-80. Nasrani pula meminta menangguhkan majlis bagi memberi masa kepada mereka untuk menjawab kembali. Kali ini mereka diketuai Abdul Masih, Majlis Mubahalah yang dicadangkan Nabi saw itu tidak jadi diadakan kerana Najran akur dengan Muhammad.
Sabda Nabi saw. Sekiranya mereka melawanku maka Allah takdirkan huru hara dan pecah belah serta jatuh fakir keturunan mereka.
Sebagai kedua-dua pihak mengaku akan kerasulan Muhammad, Najran meminta wakil yang paling amanah dari muslim sebagai mengadili kes mereka. Nabi saw memilih Abu Ubaidah Al-Jarrah. Masalah mereka selesai secara aman. Kerana kepentingan diri. mereka kekal agama Nasrani mereka.













No comments:

Post a Comment