SYAHID PALSU
14-02-06 Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw selepas Perang Khaibar kepada seorang parajurit muslim yang telah syahid. Ambil sebelum dibahagi itu tempatnya di neraka sebab itulah dia bukan mati syahid sebaliknya aku dapat melihat dia di neraka.
GALIAN SEMULA KUBUR
Hadis Riwayat AtTirmizi Islam benarkan bongkar kembali kubur membetulkan dada mengadap kiblat. Sesetengah para sahabat ditanam pada waktu malam. Benda berharga yang terjatuh dibenarkan bongkar. Cerita kebaikan tentang si mati dituntut syarak manakala keburukan ditegah syarak.
PERBAHASAN IJTIHAD ULAMA MAZHAB
Perbahasan ulama feqah vs perbahasan ulama hadis bakal menyebabkan pihak lain atau masyarakat menjadi konfius. Tidak salah memegang ijtihad Mazhab Syafi'e tetapi kita tidak boleh mengatakan ijtihad ulama mazhab lain salah kerana setiap pendapat mazhab ada nas dalil yang disandarkan. Hadis Sahih dari A'isyah ra. Rasulullah saw suka memilih yang mudah. Sabda Nabi saw IJTIHAD TEPAT 2 PAHALA IJTIHAD KURANG TEPAT 1 PAHALA. Hadis gharib At Tirmizi dari Abdullah bin Mas'ud ra sabda Nabi saw. Muslim yang SABAR KEMATIAN ANAK belum baligh akan mendindingi mereka dari api neraka.
09-05-06 Sahih Muslim Sumamah ketua suku yang ditawan 3 hari akhirnya dibebaskan kerana kekerasan hatinya. Akhirnya dia memeluk Islam setelah TERPESONA AKHLAK RASULULLAH SAW sambil berkata, "Demi Allah, Muhammad, Islam dan Madinah yang paling aku benci sebelum ini kini amat disayangiku." Kata Sumamah setelah kembali ke kaumnya, "aku tidak akan memberi walaupun sebiji gandum kecuali dengan keizinan Rasulullah saw."
HR At Tirmizi MATI SYAHID Jihad fisabilillah, kemalangan, mati lemas, terbakar, sakit punca perut, penyakit wabak itu syahid akhirat dengan syarat sabar atas sakit tersebut.
11-07-06 Sahih Muslim terdapat tanda pada belikat belakang Rasulullah saw. Terdapat barakah pada tubuh dan bekas minuman, makanan, air wuduk dan peluh baginda.
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra doa Rasulullah saw. Sekiranya aku tersakiti hati atau fizikal sesiapa, jadikanlah ia sebagai pahala solat dan sedekah pada mereka serta dekatkan mereka padaku.
Hasan Sahih AtTirmizi dari Abi Qatadah ra. Rasulullah saw solat jenazah umat baginda kecuali yang mati meninggalkan hutang dan yang mati terlepas hukum rejam zampai mati. SELAKU PEMIMPIN ISLAM, HUTANG FAKIT MISKIN YANG SUSAH AKAN DIJELASKAN OLEHKU.
Sahih Muslim MATI BUNUH DIRI DAN BUNUH MUSLIM TANPA SEBAB KEKAL NERAKA
HR AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Akan datang 2 mala'ikat mukar nakir dengan rupa gerun hitam kebiruan. Hanya mulut orang beriman boleh berselawat apabila dijelmakan wajah Rasulullah saw. Seru malaikat pada yang mayat beriman. Tidur sepertimana pengantin malam pertama.
8-08-06 Sahih Muslim dari A'isyah ra. Nabi saw meminta driri baginda berlindung dari azab kubur, fitnah dajal, fitnah hidup dunia akhirat, fitnah alam barzah, fitnah dosa dan fitnah hutang bagi dirinya.
Hasan Sahih At Tirmizi dari Ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Dinampakkan sepanjang hidup di alam kubur akan wajah syurga dan neraka mengikut amalan semasa di dunia.
Hadis gharib AtTirmizi dari Abdillah bin Mas'Ud ra sabda Nabi saw. Takziah tujuan menyabarkan diganjar pahala seperti orang yang sabar menerima berita kematian yang disayanginya.
BUKA PUASA
22-09-06 Sahih At Tirmizi sabda Nabi saw, negeri mana yang nampak anak bulan terlebih dahulu maka siapa yang ada di negeri tersebut wajib puasa atau raya terdahulu. Maksimum puasa Ramadhan 30 hari. Hari ke 31 tidak boleh puasa walaupun belum masa berhari raya. Sahih At Tirmizi Sunnah segerakan buka puasa dan solat maghrib.
Sahih AtTirmizi dari Jabir ra. Nabi saw buka puasa dengan air kosong sebagai meringankan para sahabat yang tidak tahan musafir panas terik. Mereka berdegil tidak mahu buka puasa selagi Nabi saw tidak buka bersama mereka. Ada sebahagian sahabat lain pula fikir yang bukan-bukan dan meremehkan kemampuan puasa baginda. Sabda Nabi saw kepada yang fikir bukan-bukan tersebut, "Mereka itu derhaka."
Hadis gharib At Tirmizi dari Abdillah ibni Amr' sabda Nabi saw. MATI MALAM JUMAAT lepas azab kubur. Ulama sepakat berkata mudah-mudahan mati malam Jumaat, selamat dari azab kubur. Mati dosa besar dan dosa kecil tetap diazab. Mati malam jumaat tidak boleh dihujah kerana bukan hadis sahih.
STATUS HADIS GHARIB
Gharib ialah periwayat tunggal dan hanya seorang dari kalangan tabi'e'in. Hadis gharib atau ganjil. Hadis gharib atau ganjil sekiranya diriwayatkan Bukhari Muslim maka diterima. Sekiranya ganjil diriwayatkan Imam At Tirmizi dengan isnad hasan sahih juga diterima. Sekiranya hanya gharib ia adalah daif dan lemah dilarang dibuat berhujah. RIUH MASYARAKAT KURANG ILMU menurut Imam At Tirmizi "Yang terpakai ialah hadis Sahih sekiranya bertembung dengan hadis gharib." huraian Ustaz Shamsuri "Jangan bertengkar sebab ada yang cakap "Ini memang hadis ini. ini kitab ni, ni bukan pandai-pandai kata." Saya kata"bawak mai kitab tengok, rupa-rupanya hadis daif. Ambik sahih. Kita bertengkar dalam kurang ilmu ni leceh. Baik dapat yang pasti Sahih Muslim Sahih Bukhari. Yang kita duk pegang selama ni berpuluh tahun Bertengakq sampai nak keluarq kerongkong tengok-tengok hadis daif."
Hadis gharib At Tirmizi dari tabi'in dari Ali Abi Talib Karamullahuwaj ha sabda Nabi saw. Segerakan 5 waktu maka SEGERAKAN JENAZAH dan kahwin juga patut disegerakan. Hadis gharib sunan At Tirmizi ini isnad Hasan Sahih dalam Ibnu Majah. Maka hadis ini boleh dipakai.
Tanda-tanda pendapat ulama mazhab mengenai tanda kematian. Kaki melunjur jatuh. Pastikan betul-betul sahih mati baru ditanam.
Hadis Sahih 4 kali angkat tangan takbir solat jenazah.
Hadis paling Sahih. Kiam tangan Rasulullah saw di atas dada dan tangan kanan genggam pergelangan kiri.
Hadis Sahih At tirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Roh mukmin tertahan disebabkan hutang tidak terbayar dan tahanannya akan tamat sehingga langsai hutangnya.
No comments:
Post a Comment