TAWAKAL
RASULULLAH SAW
01-02-06 Pengajian tafsir Quran
kitab Nurul Ihsan syarah us Shamsuri surah Al-Fath ms94. Sahih Muttafakun Alaigh Jabir ibni
Abdillah. Ketika Rasulullah saw sedang tidur, musuh kafir sedang
menghunus pedang pada leher baginda sambil bertanya” kamu takutkah aku.” Tidak”
jawab Nabi saw,” siapa yang boleh halang daripada aku bunuh kamu:?”Allah,
Terlepas pedang dari tangan kafir segera dicapai Rasulullah saw. Nabi saw
mengulangi soalan yang sama pada musuh tersebut sambil menyeru,” Beginilah,
naik saksilah tiada Tuhan selain Allah dan akuilah aku Muhammad bin Abdullah
sebagai Pesuruh Allah.” Kemudian Rasulullah saw melepaskan tawanan musuh Islam
yang enggan memeluk Islam. Tawanan musuh tersebut pulang memberitahu
kawan-kawannya yang dia baru lepas jumpa manusia paling baik hati di dunia.
MIMPI MENURUT
RASUL
01-03-06 Tafsir
surah Al-Fath/Kejayaan/Victory Pengajian Nurul Ihsan us Shamsuri.
Sahih Muslim Jabir ra. Jangan cerita mimpi buruk. Sahih Muslim Abi Hurairah ra. Mimpi orang cakap benar dekat kiamat adalah benar. 1) Mimpi solehin dari Allah. 2) Mimpi ngeri mimpi syaitan 3) Mimpi khayalan inginkan sesuatu. Mimpi ngeri apabila terjaga isyaratkan ludah kiri 3 kali kemudian wuduk dan solat sunat 2 rakaat.
Sahih Muslim Jabir ra. Jangan cerita mimpi buruk. Sahih Muslim Abi Hurairah ra. Mimpi orang cakap benar dekat kiamat adalah benar. 1) Mimpi solehin dari Allah. 2) Mimpi ngeri mimpi syaitan 3) Mimpi khayalan inginkan sesuatu. Mimpi ngeri apabila terjaga isyaratkan ludah kiri 3 kali kemudian wuduk dan solat sunat 2 rakaat.
TANGIS SEDIH VS
TANGIS RAUNG
05-04-06 Al-Fath
“Kejayaan”/“Victory” . Tafsir Nurul Ihsan syarah us Shamsuri ms101 Sahih Muslim ibnu Omar. Air mata kesedihan rahmat
Allah tetapi merintih tidak redha takdir itu azab neraka. Sahih Muslim ummu Salamah. Anak mata mengekori roh
manusia ketika dicabut dari jasad. Rapatkan dagu kemudian ikat jenazah. Adab
sunnah doa melawat pesakit. Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa’afihi waghfu’anhu.
SURAH AL-FATH
“KEJAYAAN/VICTORY”
Segala gambar sekadar hiasan |
48:1-5) Rasulullah saw bercadang
kembali ke Mekah untuk menunaikan umrah disamping ziarah kampung halaman. Pada
masa yang sama, Islam semakin berkembang di Mekah. Janji Allah ialah syurga
bagi mukmin yang di hatinya hanya menang atau syahid.
48:6-17) Munafik persendakan Nabi
saw kerana mereka yakin Nabi saw pasti wafat apabila sampai di Mekah padahal Allah
wajibkan neraka ke atas mereka. Sekembalinya Rasulullah saw dari Hudaibiyah, Munafik
merayu pengampunan kononnya mereka sibuk pada hari muslim bertolak. Sabda Nabi
saw.”aku serahkan pada Allah kerana Allah sudah mengetahui, terpulang pada
Allah samada menerima pengampunan atau tidak.” Munafik berjanji akan
bersungguh-sungguh mempertahankan Islam tetapi Allah Maha Mengetahui meminta KekasihNya
tidak mengambil munafik sebagai angkatan perang Khaibar. 3 jenis dikecualikan
wajib jihad iaitu buta, cacat dan uzur.
48:18) Oleh kerana perjanjian Hudaibiyah
diwakili Osman bin Affan mengambil masa terlalu lama, salah seorang berkata
“aku dapat merasakan Osman sudah mati. Seorang lagi berpendapat, sah Osman
telah mati, mari kita beritakan Nabi saw.” Khabar angin palsu yang sampai
kepada Rasulullah saw menyebabkan baginda melaungkan jihad memerangi Mekah. Allah
redha pada 1400 mukmin yang cintakan akhirat.
19-21)
Sebagai penghargaan, Allah akan menambah lagi harta rampasan perang dengan
kemenangan demi kemenangan pada masa akan datang.
22-23)
Allah jaga ahli keluarga muslim yang tinggal dengan menanamkan rasa gerun hati
Yahudi yang berpakat menculik kanak-kanak muslim sepeninggalan 1400 muslim ke
Mekah.
24)
Allah tidak takdirkan bala kerana dikalangan penduduk Mekah terdapat muslim.
25)
Kafir amat jahat apabila halang muslim untuk beribadah.
26)
Allah redha kepada yang sanggup mati demi agama.
48:27) Mimpi
Nabi Mimpi Benar, bukan bermakna mimpi Nabi terus jadi tetapi suatu hari nanti
dengan izin Allah, pasti jadi. Allah ajar “insya’allah” itu adab buat manusia
ketika melakukan sesuatu pekerjaan.
28) Terbukti akhirnya Rasulullah berjaya masuk dengan aman ke Mekah.
Tugas Muhammad ialah menyeru Islam. Sekiranya tidak mahu memeluk Islam, baginda
mengenakan cukai seperti zakat untuk muslim.
29) Allah suruh berkasih sayang sesama muslim dan tegas pada kafir. Nabi
Muhammad saw kenal umat baginda melalui cahaya sujud solat. Para sahabat itu
tiang Rasulullah saw seperti tersebut Injil dan Taurat.
No comments:
Post a Comment