35:8) Syaitan mempengaruhi manusia buat dosa, maka segera pohon keampunan Allah. Kesesatan dan hidayah itu takdir pilihan individu itu sendiri. Tidak perlu dukacita wahai Muhammad saw. 9) Bumi kering kontang, Allah boleh hantarkan angin bersama awan untuk menurunkan hujan bagi menyuburkan kembali. Demikian manusia mati dihidupkan kembali di mahsyar.
10) Segala amalan perbuatan dan perkataan soleh diangkat ke langit sampai di sisi Allah dan amalan perbuatan dan perkataan jahat disediakan seksa yang tiada tergambar capaian akal fikiran manusia.
11) Diciptakan Nabi Adam as kemudian dijadikan berpasangan bersama Hawa lalu dibiakkan berkembang manusia dengan umur jangka hayat siap tertulis di Luh Mahfuz.
35:12) Allah jadikan laut satu tawar dan satu masin supaya manusia dapat makan minum dari
hasilnya disamping digunakan sebagai pengangkutan perkapalan. Semua itu nikmat rezeki supaya manusia bersyukur yang membawa kepada kepercayaan tauhid pada Allah.
13) Kejadian panjang atau pendek tempoh masa siang malam sebagai bukti kebesaran Allah.
14) Benda yang disembah selain Allah itu tidak sesekali mengaku dirinya Tuhan dan ahli syirik itu menipu diri mereka sendiri.
15) Manusia apabila ditimpa musibah, kepada Allah juga mereka kembali meminta hajat.
16) Amaran Allah, jika Aku benci, sekelip mata Aku buang semua manusia dari muka bumi ini.
17) Bencana tsunami, gempa bumi, tanah runtuh dan pelbagai itu mudah bagiKu.
18) Dosa seksa tidak dapat ditanggung walaupun saudara keluarga terdekat. Hanya yang beriman perkara ghaib seperti seksa kubur berpotensi taat Allah. Yang beriman ini akan solat 5 waktu dan memilih jalan kebaikan menyucikan hati.
19-21) Malam dan siang tidak sama, teduh syurga dan panas neraka tidak sama, manusia hidup dan mayat mati tidak sama dan demikian tidak sama Islam dan kafir.
22) Penghuni kubur tidak dapat dengar dunia luar, sekiranya kalau terdengar, itu izin Allah.
23) Hidayah bukan milik Rasul dan Rasul hanya pemberi ingatan.
35:24-25) Diutus para Rasul bersama kitab-kitab samawi mengingatkan manusia supaya mentauhidkan Allah.
26) Azab manusia tidak tahan menanti kafir dan yang berdosa.
27) Diciptakan alam semulajadi termasuk pelbagai jenis saiz warna isi makhluk sebagai membuktikan kebesaranNya.
28) Allah Maha Perkasa dan Maha Pengampun sepanjang masa.
29) Manusia baik ialah selalu baca Quran, tidak tinggal solat dan sentiasa derma.
30) Manusia bersyukur dijanjikan ditambah kebaikan dari Allah.
31) Quran syariat terkahir wajib ditaati manusia membenarkan Zabur Taurat Injil.
35:32) Allah 3 Kategori. 1)zalim diri sendiri lalai 5 waktu,
2)sederhana taat fardu malas sunat tengah malam dan 3)ghairah amal
soleh, sentiasa telan kemarahan, mulut sentiasa zikrullah dan merasakan
Allah sentiasa disisinya.
33)3 golongan ini akhirnya masuk syurga
selepas diseksa baki dosa. Azab seksa Allah tiada langsung tertahan oleh
manusia di akhirat, manusia tidak mati walaupun terputus leher, hancur
perut.
34-35) Ahli syurga lelaki perempuan menikmati emas sutera, juadah hebat, kediaman istana mewah, nikmat setubuh bidadari dan wildan sehingga seronok tanpa batasan serta sentiasa muda belia.
36-37) Ahli neraka merayu kerana tidak tahan sakit dengan terbelah hancur anggota muka dan badan tetapi tetap bernyawa tidak mati. Rayuan tersebut hanya tinggal rayuan kerana hanya semasa hidup di dunia saja boleh mengelakkan perkara tersebut dari berlaku.
35:38) Allah Maha Mencipta cakerawala angkasa lepas mengetahui serentak setiap isi hati manusia.
39) Kufur humban neraka.
40) Allah memerintahkan Muhammad mempersoalkan kebolehan tokong yang mereka sembah sedangkan tokong berhala itu kaku tidak dapat berbuat apa-apa.
41) Allah Pentadbir dan Pemelihara isi langit dan bumi menetapkan hukum alam azab bencana syurga neraka oleh ketetapan perbuatan dosa pahala.
42-43) Arab Musyhrikin Quraisyh mengutuk yahudi nasrani yang saling bergaduh kerana kedua-dua Musa Isa itu pesuruh Allah padahal apabila datang Muhammad, mereka menolak demi menjaga status pangkat pembesar kebanggaan mereka.
44) Allah menggalakkan melancong ke tempat sejarah pembalasan Allah.
45) Sekiranya Allah berkehendak, seluruh musuh Islam tiada satu pun dapat lari dari dibinasa.
wallahu alam...pengajian kitab Nurul Ihsan jilid 3 syarah ustaz Shamsuri.
No comments:
Post a Comment